Klinik Ummu Roihan yang pertama terletak di bandar Pekan di mana penubuhanya telah pun melebihi 5 tahun. Klinik Ummu Roihan di Sungai Isap ini telah secara rasminya dibuka pada 13hb Mei 2011 baru-baru ini. Biarpun klinik ini masih baru dibuka, perkhidmatan yang ditawarkan adalah setanding dengan mana-mana klinik swasta yang lain, malah kami menyediakan perkhidmatan klinik pakar perubatan bagi rawa
tan susulan bagi penyakit-penyakit kronik. Kami percaya dengan adanya pakar perubatan kos rawatan dapat dijimatkan berbanding dengan kos rawatan pakar di hospital-hospital swasta di Kuantan. Sememangnya telah menjadi matlamat kami untuk meyediakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik dan mampu dibiayai oleh setiap lapisan masyarakat kita. Selain daripada itu, kami juga merupakan klinik swasta yang pertama di Kuantan yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan darah “Full Blood Count”(FBC) di klinik. Ujian darah ini adalah penting terutamanya untuk mengesan kekurangan kandungan darah, tanda-tanda jangkitan dalam darah dan lain-lain. Ujian ini juga amat penting dalam pengesanan dan rawatan susulan demam denggi. Keputusan ujian yang dijalankan akan diperolehi dalam masa kurang dari 10 minit. Mesin yang kami gunakan bertetapan dengan piawaian di hospital-hospital kerajaan. Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan jika dibandingkan dengan harga di makmal-makmal dan hospital-hospital swasta. Pada masa ini terdapat 4 orang doktor yang bertugas di klinik ini mengikut jadual yang telah disediakan, terdiri daripada 3 orang pegawai perubatan dan seorang pakar perubatan yang mempunyai tauliah dan berpengalaman untuk menjalankan perkhidmatan di klinik ini.