12/01/2026
Fikir2 kan
Anda Rasa Anda Tidur Seorang Diri? Fikir Semula." Misteri Penghuni Tetap Di Wajah Kita
Malam ini, sebelum anda lelapkan mata, cuba renung cermin sekejap. Bersih kan muka tu? Tak ada apa-apa kan?
Sebenarnya, anda silap.
Di sebalik kulit wajah yang mulus itu, terdapat ribuan "penyewa" mikroskopik yang sedang bersiap sedia untuk memulakan pesta malam mereka sebaik sahaja anda menutup lampu.
Nama mereka ialah Demodex Folliculorum.
Apa benda ni?
Ia adalah sejenis tungau (mites) berkaki lapan, macam labah-labah versi sangat kecil, yang tinggal di dalam akar bulu mata dan kelenjar minyak di hidung serta p**i anda.
Fakta Yang Buat Anda Tak Lena Tidur:
1. Semua Orang Ada
Tak kira anda rajin cuci muka pakai produk kayangan atau tidak, kajian menunjukkan hampir 100% orang dewasa memiliki tungau ini. Ia sebahagian daripada mikrobiom kulit manusia.
2. Aktiviti Malam
Demodex takut cahaya. Waktu siang, mereka tidur dalam lubang pori (makan minyak muka anda). Waktu malam masa anda tidur, mereka akan MERANGKAK KELUAR ke permukaan kulit untuk mencari pasangan dan.. ehem.. mengawan di atas muka anda. π±
3. Tiada Jalan Keluar
Tungau ini tiada lubang dubur. Mereka simpan kotoran dalam badan sampai mati. Bila mereka mati (selepas 2 minggu), badan mereka meletup dan sisa itu kekal di muka kita.
Perlu Ke Risau?
Jangan panik dan jangan sental muka pakai Clorox p**a!
Sebenarnya, Demodex ini secara umumnya tidak berbahaya. Mereka tolong makan sel kulit mati dan minyak berlebihan.
TETAPI.
Jika pop**asinya TERLALU RAMAI (akibat sistem imun rendah atau kebersihan diri yang teruk), ia boleh menyebabkan masalah kulit seperti Rosacea (muka merah radang), gatal-gatal mata, dan keguguran bulu mata.
Nasihat min min, kita tak boleh hapuskan mereka 100%, dan tak perlu pun. Cukup sekadar kawal pop**asi mereka.
β
Cuci muka setiap hari (buang minyak berlebihan = kurangkan makanan mereka).
β
Basuh sarung bantal kerap (jangan biar berdaki).
β
Jangan kongsi alat mekap (mascara/brush) dengan orang lain.
Selamat malam semua. Kirim salam pada "kawan-kawan" kecil di bulu mata tu ya. π