Bulan Sabit Merah Malaysia Kuantan

Bulan Sabit Merah Malaysia Kuantan Khidmat Kemanusiaan

Kepada Ahli-Ahli BSMM Kuantan dijemput untuk hadir ke Mesyuarat Agong Tahunan BSMM Kuantan bagi tahun 2026.Malaysian Red...
16/04/2026

Kepada Ahli-Ahli BSMM Kuantan dijemput untuk hadir ke Mesyuarat Agong Tahunan BSMM Kuantan bagi tahun 2026.

Malaysian Red Crescent

Jemputan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya 'Lebaran Kasih Aidilfitri' Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Kuantan  sempena Ul...
29/03/2026

Jemputan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya 'Lebaran Kasih Aidilfitri' Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Kuantan sempena Ulang Tahun RTM ke-80 dan Kempen Derma Darah akan diadakan pada ketetapan berikut :

Tarikh : 1 April 2026
Jam : 12.30 tengahari - 2.30 petang
Tempat : Ruang Legar Berjaya Megamall Kuantan

Semua dijemput hadir !!!!!!!!

Malaysian Red Crescent

Kuantan I 18 Mac 2026 : Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Kuantan yang diketuai Pengerusinya, Harun Kamaluddin membuat a...
19/03/2026

Kuantan I 18 Mac 2026 : Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Kuantan yang diketuai Pengerusinya, Harun Kamaluddin membuat agihan kain pelikat, kuih raya dan hamper raya semasa kunjungan ke Pejabat Operasi Persatuan Pemandu Teksi Kuantan berdekatan UTC dilaluan stadium dalam program kasih Aidil Fitri 2026.

Malaysian Red Crescent

Kuantan I 8 Mac 2026 : Sempena kehadiran lebaran yang bakal tiba,  Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Kuantan telah melak...
09/03/2026

Kuantan I 8 Mac 2026 : Sempena kehadiran lebaran yang bakal tiba, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Kuantan telah melaksanakan program tanggungjawab sosial (CSR) tajaan Muhibbah Packaging & Trading (Phg) Sdn. Bhd.

Program pembelian pakaian hari raya kepada 65 anak-anak Rumah Kanak-Kanak Tg.Ampuan Fatimah,Kuantan,Pahang ini diadakan di Pasaraya Ten Ten Alor Akar yang turut disertai oleh Mr. Aaron Yap dari Muhibbah Packaging & Trading serta Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang bagi memilih pakaian yang bersesuaian kepada kanak-kanak ini.

Selesai program anak-anak serta warga RKKTAF ini diraikan p**a di Hotel Sri Manja dalam majlis berbuka puasa.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pengurusan Muhibbah Packaging & Trading diatas usaha mengembirakan anak-anak bagi menyambut hari lebaran.

Malaysian Red Crescent Jabatan Kebajikan Dan Masyarakat Negeri Pahang

Selamat Tahun Baru 2026. Bersama kita membantu kepada pesakit yang memerlukan !!!!!!Menderma darah mampu umpama kita men...
07/01/2026

Selamat Tahun Baru 2026. Bersama kita membantu kepada pesakit yang memerlukan !!!!!!

Menderma darah mampu umpama kita menyelamatkan 3 nyawa.

Tarikh : 10 Januari 2026
Jam : 10.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Ruang Legar Berjaya Megamall

BSMM juga menyediakan aktiviti kesedaran kesihatan iaitu F***l Occult Blood Test (FOBT) secara percuma sebagai langkah saringan awal kanser usus yang di taja rakan kolabrasi kami Beacon Oncology Clinic Kuantan.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini !!!!!!!

Malaysian Red Crescent Hospital Tengku Ampuan Afzan Kerajaan Negeri Pahang

Kuantan I Khidmat kemanusiaan ketika monsun timur laut (MTL) senantiasa menjadi keutamaan dalam memastikan keselesaan ma...
30/12/2025

Kuantan I Khidmat kemanusiaan ketika monsun timur laut (MTL) senantiasa menjadi keutamaan dalam memastikan keselesaan mangsa.

BSMM Kuantan terlibat sama dalam membantu urusetia bemcana dalam mendaftarkan mangsa banjir diPPS, pendaftaran mangsa Banjir di PPS SMK Paya Besar, PPS SK Bukit setongkol, PPS SK Belukar, PPS Dewan Melati, Dewan semangat Kuantan.

BSMM Kuantan turut mengagihkan bakul makanan sumbangan Nestle kepada mangsa yang telah p**ang ke kediaman mangsa serta menyalurkan kerusi roda kepada pesakit kronik melalui Pengerusi BSMM Kuantan, Harun Kamaluddin.

Malaysian Red Crescent Kerajaan Negeri Pahang

30/12/2025
Kuantan I 27 Disember 2025 : Kempen Derma Darah yang diadakan di Berjaya Megamall Kuantan  anjuran BSMM Kuantan dengan k...
30/12/2025

Kuantan I 27 Disember 2025 : Kempen Derma Darah yang diadakan di Berjaya Megamall Kuantan anjuran BSMM Kuantan dengan kerjasama Tabung Darah HTAA mendapat sambutan yang menggalakkan dari penderma.
Malaysian Red Crescent Hospital Tengku Ampuan Afzan

Jom!!!!! Derma DarahKempen Derma Darah kembali lagi. Bersama kita membantu kepada pesakit yang memerlukan. "1 Darah Mamp...
24/12/2025

Jom!!!!! Derma Darah

Kempen Derma Darah kembali lagi. Bersama kita membantu kepada pesakit yang memerlukan. "1 Darah Mampu Menyelamatkan 3 Nyawa".

Malaysian Red Crescent Hospital Tengku Ampuan Afzan Tabung Darah HTAA Kerajaan Negeri Pahang

Kuantan I 4 Disember 2025 : Kempen Derma Darah anjuran Kelab KEWPER Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang de...
10/12/2025

Kuantan I 4 Disember 2025 : Kempen Derma Darah anjuran Kelab KEWPER Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Pahang dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Kuantan serta Tabung Darah HTAA Kuantan telah berlangsung dari jam 10.00 pagi sehingga jam 4.00 petang bertempat di Blok C, Wisma Sri Pahang.

Program yang bertemakan 1 darah mampu menyelamatkan 3 nyawa ini telah mendapat sokongan penuh dari kakitangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang serta orang ramai bagi menderma darah.

Dalam masa yang sama BSMM Kuantan turut menganjurkan Kempen Keselamatan Di Rumah bagi memberi kesedaran kepada masyarakat keperluan menyediakan first Aid Kit di setiap rumah jika berlaku kemalangan yang tidak dapat dielakkan sebelum menerima rawatan.

Malaysian Red Crescent Hospital Tengku Ampuan Afzan Kerajaan Negeri Pahang

Menderma Darah Mampu Menyelamatkan 3 nyawaJom!!! Sama-sama kita hadir ke Kempen Menderma Darah anjuran Kelab KEWPER , Pe...
01/12/2025

Menderma Darah Mampu Menyelamatkan 3 nyawa

Jom!!! Sama-sama kita hadir ke Kempen Menderma Darah anjuran Kelab KEWPER , Pejabat Kewangan dan Perbwndaharaan Negeri Pahang dengan Kerjasama Bulan Sabit Merah (BSMM) Kuantan dan Tabung Darah HTAA Kuantan.

Tarikh I 4 Disember 2025. Jam I 10 pagi hingga 4 Petang
Bertempat di Dewan Blok C, Wisma Sri Pahang.

Semua dijemput hadir !!!!!!!

Hospital Tengku Ampuan Afzan Kerajaan Negeri Pahang
Malaysian Red Crescent

Kempen Derma Darah Kembali lagi !!!!!!!!!Jom kita... dengan menderma darah anda mampu menyelamatkan 3 Nyawa.Malaysian Re...
16/10/2025

Kempen Derma Darah Kembali lagi !!!!!!!!!
Jom kita... dengan menderma darah anda mampu menyelamatkan 3 Nyawa.

Malaysian Red Crescent Hospital Tengku Ampuan Afzan

Address

Kuantan
25300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bulan Sabit Merah Malaysia Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share