Pusat Kesihatan UMPSA Malaysia

Pusat Kesihatan UMPSA Malaysia Pusat Kesihatan UMPSA

Tel :
09-431 5042 ; Pekan
09-431 5052 ; Gambang

05/03/2026
03/03/2026
LINDUNGAN PERUBATAN BAGI PERTANDINGAN JALAN LAJU BAGI LATIHAN KEM TAHUNAN PALAPES UDARA UMPSA 2026*Tarikh : 19 - 21 FEB ...
27/02/2026

LINDUNGAN PERUBATAN BAGI PERTANDINGAN JALAN LAJU BAGI LATIHAN KEM TAHUNAN PALAPES UDARA UMPSA 2026*

Tarikh : 19 - 21 FEB 26

Masa* : 10.00 malam – Selesai

Penyertaan
Pertandingan ini melibatkan penyertaan semua Pegawai, Jurulatih, dan Pegawai Kadet PALAPES Udara UMPSA.

Pelaksanaan Program
Pertandingan Jalan Laju 5KM telah dilaksanakan selama dua (2) hari berturut-turut. Pada 19 Februari 2026, sesi latihan telah dijalankan bagi memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai laluan, prosedur keselamatan, serta peraturan pertandingan. Seterusnya, pertandingan rasmi telah diadakan pada 20 Februari 2026.

Program ini bertujuan meningkatkan tahap kecergasan fizikal, disiplin, serta semangat kerjasama dalam kalangan warga PALAPES Udara UMPSA. Selain itu, aktiviti ini turut menjadi platform penilaian ketahanan fizikal dan mental peserta sepanjang pelaksanaan Kem Tahunan.

LINDUNGAN PERUBATAN BAGI PERTANDINGAN KAWAD BAGI LATIHAN KEM TAHUNAN PALAPES UDARA UMPSA 2026Tarikh : 17 FEB 26 (SELASA)...
27/02/2026

LINDUNGAN PERUBATAN BAGI PERTANDINGAN KAWAD BAGI LATIHAN KEM TAHUNAN PALAPES UDARA UMPSA 2026

Tarikh : 17 FEB 26 (SELASA)

Masa : 08.00 pagi – 3.00 petang

Penyertaan
Pertandingan ini melibatkan penyertaan semua Pegawai Kadet PALAPES Udara UMPSA.

Pelaksanaan Program
Pertandingan Kawad telah dilaksanakan sebagai salah satu komponen utama dalam Latihan Kem Tahunan. Aktiviti ini bertujuan menilai tahap disiplin, kekemasan, keseragaman pergerakan, serta kecekapan arahan dalam kalangan Pegawai Kadet.

Sepanjang pertandingan, setiap kumpulan dinilai berdasarkan aspek ketepatan pergerakan, kekuatan suara, koordinasi pasukan, dan pematuhan terhadap tatacara kawad yang ditetapkan. Program ini turut memberi penekanan kepada semangat berpasukan dan kepimpinan dalam kalangan peserta.

Part 2Raikan 24 Tahun UMPSA dengan langkah yang sihat! Sebagai simbolik 24 Tahun UMPSA, warga UMPSA berjaya melengkapkan...
16/02/2026

Part 2

Raikan 24 Tahun UMPSA dengan langkah yang sihat! Sebagai simbolik 24 Tahun UMPSA, warga UMPSA berjaya melengkapkan misi 2.4 KM @ 24 KM !! πŸƒβ€β™‚οΈπŸš΄β€β™‚οΈπŸ’¨

Semoga UMPSA Malaysia terus cemerlang dan melahirkan ramai insan hebat ✨️


,Don'tQuit

Raikan 24 Tahun UMPSA dengan langkah yang sihat! Sebagai simbolik 24 Tahun UMPSA, warga UMPSA berjaya melengkapkan misi ...
12/02/2026

Raikan 24 Tahun UMPSA dengan langkah yang sihat! Sebagai simbolik 24 Tahun UMPSA, warga UMPSA berjaya melengkapkan misi 2.4 KM @ 24 KM !! πŸƒβ€β™‚οΈπŸš΄β€β™‚οΈπŸ’¨

Semoga UMPSA Malaysia terus cemerlang dan melahirkan ramai insan hebat ✨️


,Don'tQuit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... YH. Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan, Sukacita dimaklumkan, satu Kempen...
14/01/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...



YH. Dato’/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr/Tuan/Puan,



Sukacita dimaklumkan, satu Kempen Derma Darah anjuran Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan & Mekatronik (FTKPM) & Society of Manufacturing and Mechatronics Engineering (SMACH) dengan kerjasama Pusat Kesihatan Universiti (PKU), Unit Tabung Darah Patologi Hospital Pekan akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 14 January 2026 (Rabu)

Masa: 10.00 pagi - 4.00 petang

Tempat: Student Lounge, Block G Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan &

Mekatronik, UMPSA Pekan

Program ini juga merupakan inisiatif untuk memperkukuhkan budaya gaya hidup sihat melalui aktiviti kebajikan yang memberi manfaat kepada komuniti dan kesejahteraan penderma

Kempen ini bukan sahaja bertujuan menyokong usaha menambah bekalan darah negara, malah turut menjadi sebahagian daripada inisiatif fakulti untuk memupuk amalan gaya hidup sihat dan meningkatkan kesedaran kesihatan dalam kalangan warga kampus.



Jom beramai-ramai bersama kami memeriahkan program ini. Semoga tuan/puan yang berjaya menjadi penderma darah dapat menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan.



*CPD & Cenderamata disediakan dan menanti anda*

07/01/2026
07/01/2026

Assalamualaikum

Selamat Menunaikan Tanggungjawab sebagai pekerja buat semua…semoga kerja kita sentiasa dikira sebagai ibadah..


*Jom Derma Darah: Setitis Darah, Sejuta Harapan πŸ’‰*Kami menjemput anda semua untuk turut serta dalam kempen derma darah b...
06/01/2026

*Jom Derma Darah: Setitis Darah, Sejuta Harapan πŸ’‰*

Kami menjemput anda semua untuk turut serta dalam kempen derma darah bagi memberi harapan kepada mereka yang memerlukan. Setiap titisan darah yang anda dermakan adalah sinar harapan baru bagi ramai insan di luar sana. Mari bersama menjadi wira sejati!

πŸ“… Tarikh: 15 Januari 2026
⏰ Masa: 9 pagi - 2 petang
πŸ“ Lokasi: Blok A, Darul Makmur Medical Centre
πŸ“ Daftar sekarang: https://forms.gle/LhTVrytLkZtS1eBj9

πŸ’¬ Sebarang pertanyaan? Hubungi kami:
πŸ“ž DMMC: 016-923 4015 / 4007 / 4011
πŸ“ Lokasi DMMC: https://maps.app.goo.gl/tzJSunmCpu5NJNHo9

Jadikan hari anda lebih bermakna dengan menyumbang untuk komuniti! ❀️

18/12/2025

Pusat Pemindahan Sementara (PPS) adalah Kawasan larangan merokok, termasuk v**e.

Sekiranya anda melihat ada individu yang merokok dalam PPS, tegurlah dengan berhemah dan sopan.

Hormatilah invididu lain. Usah tambah derita mangsa banjir yang lain dengan asap rokok.







Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama

18/12/2025

Antara amalan kesihatan dan keselamatan diri semasa banjir

πŸ‘‰ Minum air yang telah dimasak atau air minuman berbotol
πŸ‘‰ Jaga kebersihan dan keselamatan makanan
πŸ‘‰ Larang kanak-kanak bermain air banjir
πŸ‘‰ Jangan merokok di pusat pemindahan
πŸ‘‰ Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami demam, cirit birit, muntah dan lain-lain masalah kesihatan





Address

Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
Kuantan
26300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6094315052

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kesihatan UMPSA Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram