Maajun Anggun Bistari Kuantan Pahang

Maajun Anggun Bistari Kuantan Pahang Maajun Perancang Keluarga Terbaik Masa Kini

13/03/2021
Tatacara mkb MAB
13/03/2021

Tatacara mkb MAB

02/08/2019

ASAL USUL KEWUJUDAN MAB YANG TIDAK KETAHUI UMUM.

Hari ni saya nak berkongsi asal usul kewujudan Maajun Anggun Bistari, perjalanan keringat dan airmata serta menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan Meng"legalkan" MAB.

MAB ni asalnya adalah maajun sediaan orang orang kampung, resepinya telah lebih dari 40 tahun digunakan sebagai menjarakkan kehamilan & untuk tujuan dalaman wanita. mungkin juga lebih lama dari itu sebenarnya digunakan.

Almaklumlah orang dulu dulu mana cakna pil perancang ke suntikan depo, implanon dan lain-lain.

Apa yang ada disekeliling mereka, itulah yang mereka manfaatkan sepenuhnya. Zaman moyang, nenek kita dulu lah jugak tu, bukan nya orang lain pun.

Jadi Pengasas MAB ni asalnya merupakan pengamal Mab sahaja pada mulanya..Namun kuasa Allah yang mengilhamkan kepada Pengasas untuk menyebarkan kebaikan MAB ini melalui perniagaan, maka bermulalah episod MAB dijadikan bahan dagangan kata moden nya MAB dibisneskan lebih kurang 13 tahun yang lalu.

Sekiranya tiada usaha membisneskan MAB , kita hari ni memang tak kenal sampai sudahlah apa itu Maajun Anggun Bistari.

Pengasas ni orang biasa biasa saja, bukan lah anak kenamaan, anak somebody atau anak orang berada..pendek kata anak orang kampung. Jadinya cara bisnes yang dijalankan cara kecil kecilan lah.

Bermula dengan promote di alam maya yang pada ketika itu, forum forum adalah platform nya seperti Forum Wanita Melayu.com, lama kelamaan Izin Allah bisnes makin berkembang dan berkembang.

Semakin ramai yang berjodoh dan serasi dengan MAB ni sebagai Perancang & sekaligus sebagai penjagaan dalaman wanita.

Dari yang tak boleh langsung makan pil, menerima kesan badan makin dipam pam, muntah, pening, mual, tukar ke inject, period bertahun tak datang, badan naik, jerawat sana sini, moody memanjang. Jadi mereka inilah yang mencuba MAB dan serasi.

Bukan setakat berjaya menjarakkan kehamilan malah menerima khasiat MAB seperti bertenaga, keputihan hilang, sakit tumit, badan, lenguh lenguh hilang, selalu kalau terbatuk sikit dah terkucil, sejak amalkan Mab tidak lagi. Nak solat & ibadah pun jadi lebih mudah.

So mereka mereka inilah yang terus mengamalkan MAB dan terbuka hati menjadi agen / dealer bagi menyebarkan kebaikan MAB. Mereka mereka ini ada yang sehingga ke hari ni sudah 13 tahun masih terus mengamalkan MAB ini dan masih setia memasarkan MAB, mereka ini bukan seorang dua, malahan ramai dan berjaya membina network mereka sendiri sekaligus memperbaiki taraf hidup serta pendapatan keluarga masing masing.

Usaha Pengasas memulakan bisnes MAB, akhirnya menampakkan jalan positif bukan sahaja memperbaiki taraf ekonomi mereka sendiri malah turut membantu ramai wanita samaada surirumah atau yg berkerja juga..inilah ciri usahawan yang sebenar.

Mengusahawan kan orang lain juga sehingga ke hari ini usaha ini masih Pengasas teruskan untuk melahirkan lebih ramai wanita yang berpendapatan sendiri.

Bisnes yang MAB jalankan hanya bertaraf enterprise di bawah Syarikat Zai Permai Resources, Syarikat tidak pernah mendapat mana mana geran, loan atau apa apa bantuan pihak tertentu.Semuanya dijalan kan dengan modal sendiri.

Sehingga suatu tahap, Pengasas juga ingin melangkah ke tahap lebih baik dalam bisnesnya dimana Meng"legal"kan Mab supaya lebih tersebar luas dan mashyur. Antara caranya adalah dengan mendapatkan kelulusan KKM.

Antara Syarat untuk mendapat KKM adalah wajib mempunyai kilang yang bertaraf GMP dan HACCP. Maka berusahalah Pengasas ni suami Isteri mencari Kilang di Lembah klang yang boleh membantu. Nak buat kilang sendiri bukan sikit duit nak pakai kan, maka gigih lah mencari kilang yg sepatutnya.

Akhir pencarian bertemu dengan satu kilang bertaraf GMP dan banyak mengeluarkan produk berjenama tempatan juga. Awalnya Kilang ni mengatakan semua boleh, dari pengeluaran MAB sehingga ke kelulusan KKM, maka senyum lebarlah Pengasas. Satu perasaan lega.

Tunggu punya tunggu selepas bayar semua bayaran yg dipersetujui, akhirnya bermulalah process research & pembuatan Mab, Malangnya kilang tak dapat nak menghasilkan MAB dalam bentuk asal iaitu bentuk maajun basah tetapi dalam bentuk tablet.

Malang yang kedua, semua bahan bahan dalam MAB tidak memerlukan kelulusan KKM dalam bentuk NOT atau MAL kerana tiada bahan aktif yang dikawal selia oleh Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan tetapi cukup sekadar berdaftar dengan Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan KKM dengan no pendaftaran 170616/05/120.

Bermula dari itu, MAB ada 2 bentuk iaitu satu bentuk maajun basah dan satu lagi bentuk tablet.

Pengasas juga mengambil langkah proaktif, menghantar sample kedua dua MAB untuk lab test di UTM, USM dan Pusat Racun Negara. Ujian ke atas Steroid, Merkuri dan Racun Berjadual telah dijalankan. Kelulusan bahawa MAB bebas Merkuri, Steroid dan Racun Berjadual telah dikeluarkan.( boleh rujuk sijil). Syarikat ZPR juga turut mendapat pengiktirafan dari UTM atas inovasi produk herba MAB sebagai produk berpotensi tahap tinggi.

Namun begitu, Mab masih terus menerus dikecam tidak berdaftar dengan KKM kerana tiada no MAL / NOT.

Pengasas masih belum berputus asa, maka pergi berjumpa dengan bahagian Farmasi KKM, dari nasihat pegawai KKM itu, tiada masalah untuk Mab tablet dijual di pasaran, begitu juga dengan MAB klasik dengan syarat label pada botol MAB klasik perlu ditukar dengan tidak menyatakan segala khasiat khasiat nya..cukup sekadar nama MAB dan lain lain maklumat syarikat.

Maka penjualan MAB TABLET diteruskan begitu juga MAB KLASIK dengan label botol yang baru mengikut standard yang disyorkan oleh pegawai KKM.

Namun episod kecam dan kondem Mab tetap dan terus juga berlaku. Pengasas pun naik buntu juga, mana nak menjawab kecaman pengkritik, persoalan para dealer, & pengguna. Ditambah dengan isu MAB Fake oleh pihak tidak bertanggungjawab dan permainan buang harga oleh pemborong dan kedai kedai kosmetik.

Satu epoisod yang mana pengasas dan mab juga mendapat tempias MAB fake dan telah berjumpa pegawai kpdnhep maka serbuan telah dibuat namun begitu belum dpt dikenalpasti punca usul MAB fake.

Syukurlah pengasas telah dari awal mengambil langkah mendaftar pemilik cap dagangan MAB beserta logo dengan Perbadanan Harta Intelek MyIPO.

MAB FAKE pasti tidak akan terlepas dari undang-undang trademark, trade description act, copyright dan civil action remedi. Begitulah MAB yang masyhur. Selalunye produk bila wujud fake bererti produk terkenal dan pujaan ramai.

Dengan itu Pengasas mengambil langkah drastik mengarahkan semua dealer supaya menghentikan bekalan kepada para pemborong dan kedai kosmetik seluruh negara bagi memastikan ketulenan dan keberkesanan MAB.

MAB ini perlu diambil mengikut tatacara dan kaedah yang betul, sekiranya tidak diambil mengikut kaedah yang sepatutnya, fungsi Merancang akan gagal sepenuhnya.

Kelemahan Pemborong atau toko toko jamu, mereka hanya menjual tanpa memberikan konsultasi yang tepat, tiada follow up, tiada guide one to one dan paling geram mereka main harga.

Sekiranya anda membeli MAB di kedai - kedai jamu, maka berhati hatilah kerana MAB original tidak dibekalkan di mana mana kedai.

Namun semua dugaan dugaan tidak mematahkan semangat Pengasas untuk terus memartabatkan industri herba dan mempertahankan Maajun Anggun Bistari MAB khususnya.

Sekali lagi prosedur prosedur untuk mendapatkan No MAL/ NOT KKM dikaji. dari kajian yang dijalankan, antara syarat nya adalah Kilang yang menegeluarkan MAB mestilah kilang yang berdaftar GMP, HACCP dan juga mempunyai lesen Herba dengan KKM. Kesilapan Kilang MAB TABLET terdahulu adalah tidak mempunyai Lesen Herba, hmmm lesson learned.

Untuk mendapatkan kilang yang ada kesemua syarat ni memang sangat sukar. Kebanyakan kilang yang besar besar dan berjenama, memang tak layan lah setakat player kecik macam Pengasas ni.

Kuasa Allah, kita merancang Allah juga Merancang. Pengasas bertemu dengan kenalan yang memiliki kilang yang memenuhi kesemua syarat di atas, GMP, HACCP & lesen Herba..Alhamdulillah, maka sekarang ini, proses untuk meng"legalkan" Maajun Anggun Bistari sedang berjalan. Alhamdulillah telah diluluskan oleh KKM dengan siri no. MAL19046066TC. Serentak itu juga kesemua dealer setia MAB telah dibekalkan nombor ID agar semuanya menjadi ahli berdaftar. Tiada lagi urusniaga dengan pemborong atau fake, jika mahu yang original dan guidance yang sah.

Doakan agar semua proses ini dipermudahkan dan menemui kejayaan.

Buat semua Pelanggan, bakal pelanggan MAB dan semua dealer, tetap lah setia dengan Maajun Anggun Bistari. Semoga usaha MAB terpahat dalam sejarah sebagai jenama yang mewarnai industri Herba Negara.

Allahuaalam.
Syukur selalu. 😊

Kredit to Puan Wan Norma
Penolong Pengurus ZPR merangkap Stokis MAB.
melayu.com
melayu.com

1 biji sehari je si Hitam manisMAAJUN ANGGUN BISTARI Nama diberiRasanya manis2 gituKhasiatnya mmg power, rugi sapa tak t...
10/07/2019

1 biji sehari je si Hitam manis
MAAJUN ANGGUN BISTARI Nama diberi
Rasanya manis2 gitu
Khasiatnya mmg power, rugi sapa tak try, cepat2 wasap kalau nk ANGGUN




07/07/2019

Akk jual jamu ke..???
Akk jual maajun dik..MAAJUN ANGGUN BISTARI (MAB)
Maajun dgn Jamu ni tak sama..mai akak terangkan..👇👇👇

BEZA MAAJUN & JAMU

Maajun dan jamu adalah dua bentuk yang berbeza. Walaupun kedua-duanya kadangkala boleh dihasilkan dari bahan yang sama namun rupa bentuk fizikal, cara penghasilan & cara pengambilannya juga berbeza.

Definisi Maajun

Maajun ialah campuran herba, akar kayu yang di kisar halus dan digaul bersama dengan madu. Ada sesetengah maajun perlu di'masak' dengan di jemur dibawah pancaran hangat matahari selama beberapa hari.

Selepas itu campuran tadi akan di gentel-gentel mengikut saiz yang dikehendaki.

Ada 2 jenis maajun. Maajun basah dan maajun kering. Maajun basah tidak akan dijemur sampai kering manakala maajun kering p**a, selepas digentel akan dijemur sekali lagi sehingga kering. Jangka hayat maajun kering lebih lama berbanding maajun basah yang mudah dijangkiti kulapuk kalau tidak menjaganya dengan betul.

Definisi Jamu

Jamu ialah campuran herba, akar kayu yang dikisar halus dan digaulkan bersama. Berbeza dengan maajun, jamu tidak dicampur dengan madu.

Selepas dicampur semua jenis herba jamu siap sedia diguna.

Cara penggunaan jamu ialah, jamu perlu dibancuh dengan air dan diminum. Biasanya satu sudu jamu akan dibancuh bersama dengan air suam setengah cawan.

Warisan Tradisional

Walaupun rupa bentuk dan cara pengambilannya berbeza, maajun dan jamu tetap merupakan antara warisan perubatan tradisional yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.

Walaupun dengan kehadiran pelbagai ubat dengan kandungan bahan kimia yang ada dipasaran, perubatan herba tetap masih menjadi pilihan ramai kerana keaslian bahan yang digunakannya iaitu dari herba alami semulajadi dari pelbagai jenis tumbuhan.





Alhamdulillah akhirnya perkara yg dinanti2kan diraikan dgn penuh kegemilangan, Pelancaran Maajun Anggun Bistari KKM  #06...
06/07/2019

Alhamdulillah akhirnya perkara yg dinanti2kan diraikan dgn penuh kegemilangan, Pelancaran Maajun Anggun Bistari KKM


#06072019

Alhamdulillah, akhirnya yg dinanti2kan tiba jugaPelancaran MAB KKM DILANCARKAN dgn rasminya
06/07/2019

Alhamdulillah, akhirnya yg dinanti2kan tiba juga
Pelancaran MAB KKM DILANCARKAN dgn rasminya



Aturan Makan MAB
26/02/2018

Aturan Makan MAB

12/10/2017

Bismillah 💕💕

💋Maajun Anggun Bistari

💋 Lebih 30 thn diusaha dan diamalkan

💋RM21 sebotol / 21bj

💋Formula Makan 21-6-21

💥7 HERBA RAHSIA MAB 💥

🌿Kacip Fatimah
☘Manjakani
🍀Serapat
🌱Inai
🍂Senduduk
🌳Habbatus Sauda
🐝Madu

💋Fungsi Terbaik Merancang Keluarga

MAB SEBAGAI FAMILY PLANNING SEMULAJADI
Dari segi saintifiknya bagaimana MAB boleh bertindak sebagai family planning..

1) Apabila kita makan MAB ianya ia akan meningkatkan temperature (suhu) badan dalam tempoh 24 jam. Suhu ini akan membuat satu environment pada sekitar rahim kita (tempat pertemuan benih lelaki n perempuan) dimana pada suhu ini ianya akan membuatkan benih lelaki dan perempuan tidak aktif untuk bercantum (persenyawaan) untuk membentuk embrio (janin). Dengan kata lain peluang utk pregnant adalah zero pada suhu ini.

2) Untuk pengetahuan dari ilmu kajian biologi benih(ovum) yg dihasilkan cuma ada hayatnya (umur) sehingga 24 jam sahaja. Jika benih ini tidak dapat bersenyawa dalam tempoh 24 jam ini maka ianya akan mati sendiri. Ini ada ketetapan umur benih sejak azali lagi yang Allah jadikan.

3) Jadi relate dgn maklumat diatas sebab tu lah MAB hanya dibuat berfungsi setakat 24 jam sahaja. Tujuannya supaya menyamai umur benih. Jadi dlm zon yang tidak selesa tu ia tidak berupaya utk combine dgn couplenya maka lepas tempoh 24 jam ia pun matilah sendiri n pada hujung bulan (time rest 7 hari) ia akan direduce melalui period. Jadi kalau dalam tempoh 24 jam tu kalau ia berjaya combine maka proses persenyawaan akan berlaku dan akhirnya membentuk embrio (janin).... so pregnant lah tu. Coz inilah MAB ni kena makan ikut aturan dgn gap masa yg betul. +/- 2 jam adalah dikira 100% selamat. Jika tak ikut displin ni maka selepas 24 jam suhu badan akan normal dan benih akan kembali aktif n dlm zon yang selesa maybe ia berupaya untuk melakukan persenyawaan maka terpregntlah bagi org yg makan main2/lupa/tak ada displin.

4) So satu biji itulah dose yang betul utk membuat temperature yang tepat. Jika dilebihkan dose nnt blh membawa risiko lain p**a kecuali kes lupa shj..jadi itulah konsep family planning yg mudah utk difahami. Tidak ada chemical (cth: steroid dan merkuri) dlm membuat protection sbg family plan hanya ramuan rempah2 n herba tertentu sudah memadai.

💋Sebagai Bonus
🌸Keputihan Terawat
🌸Menambah Tenaga Dalaman
🌸Period Cantik
🌸Awet Muda
🌸Menyingkirkan darah2 lama dlm rahim
🌸Menegang Urat Kendur (esp:miss B)
🌸Melewat Monopause
🌸Melancarkan Darah
🌸Melawas Pembuangan KeciL Besar
🌸Memelihara Peranakan
🌸Merapat Otot2 Miss V
🌸Menambah semangat keintiman
🌸Mengawal Kolestrol

Pemegang Sijil
👍🏽Bebas Steroid dari Lab UTM KL
👍🏽Bebas Mercury dari Lab UTM KL
👍🏽Bebas Racun dari Pusat Racun Negara, USM

Address

Kuantan
25150

Telephone

+601170748936

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maajun Anggun Bistari Kuantan Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Maajun Anggun Bistari Kuantan Pahang:

Share