Pusat Jagaan Orang Tua Dan Warga Emas Kuantan

Pusat Jagaan Orang Tua Dan Warga Emas Kuantan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Jagaan Orang Tua Dan Warga Emas Kuantan, Medical and health, No24, Lorong 61 Taman Seri Inderapura, Kuantan.

Perkhidmatan Penjagaan Orang Tua Dan Warga Emas Untuk Harian, Bulanan & Sepenuh Masa Dibawah Kelulusan Berlesen Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuantan Pahang Serta Lain-lain Jabatan Berwajib

✨ SELAMAT TAHUN BARU 2026 ✨Semoga langkah tahun ke-9 penubuhan True Home Care Centre 2026 ini membawa lebih banyak rahma...
01/01/2026

✨ SELAMAT TAHUN BARU 2026 ✨

Semoga langkah tahun ke-9 penubuhan True Home Care Centre 2026 ini membawa lebih banyak rahmat, kesihatan yang baik, ketenangan jiwa dan kebahagiaan buat semua warga emas, keluarga serta para penjaga yang kami kasihi.

Terima kasih atas kepercayaan, sokongan dan kasih sayang yang diberikan kepada kami sepanjang tahun lalu.

Insya-Allah, kami akan terus komited memberikan penjagaan penuh kasih, selamat dan berhemah seperti keluarga sendiri. Semoga setiap hari di tahun baharu ini dipenuhi senyuman, doa dan keberkatan untuk kita semua.

True Home Care Centre
Penjagaan Warga Emas Berlandaskan Kasih & Ihsan

Pihak True Home Care Centre ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mims Cafe Kuantan atas ...
19/11/2025

Pihak True Home Care Centre ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mims Cafe Kuantan atas sumbangan barangan makanan yang telah diberikan.

Sumbangan ini sangat bermakna dan membantu dalam menjaga kebajikan warga emas di pusat jagaan kami. Semoga kemurahan hati dan keikhlasan pihak Mims Cafe diberkati dan dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda.

Terima kasih kerana terus menyokong usaha kami dalam menjaga warga emas dengan penuh kasih sayang

JAWATAN KOSONG – STAF PEREMPUAN BERMALAMKami di True Home Care Centre sedang mencari staf perempuan yang berminat untuk ...
08/11/2025

JAWATAN KOSONG – STAF PEREMPUAN BERMALAM

Kami di True Home Care Centre sedang mencari staf perempuan yang berminat untuk bekerja dan boleh bermalam di pusat jagaan warga emas.

📌 SYARAT:
Perempuan sahaja
Boleh bermalam di pusat jagaan
Tidak perlu pengalaman – minat dan kesungguhan sudah mencukupi

🌟 KELEBIHAN:
a. Suasana kerja mesra dan tenang
b. Peluang belajar dan berkembang dalam penjagaan warga emas
c. Rakan sekerja supportive
d. Caruman KWSP & Perkeso

Sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi saya http://www.wasap.my/60183758662/Thcc

📍 Lokasi: Inderapura, Kuantan, Pahang
📞 Hubungi: 0183758662 (Pn. Yana)



Hujung minggu kami diisi dengan aktiviti gotong-royong bersama warga emas di True Home Care Centre. Seronok melihat semu...
01/11/2025

Hujung minggu kami diisi dengan aktiviti gotong-royong bersama warga emas di True Home Care Centre. Seronok melihat semua berganding bahu membersih, menghias dan menanam bunga — suasana jadi lebih hidup dan ceria.
💖
Dengan semangat kerjasama dan kasih sayang, kami membersihkan kawasan, menceriakan taman, dan mewujudkan suasana yang lebih selesa untuk warga emas tersayang 💖
Setiap senyuman dan gelak tawa hari ini menjadi kenangan indah buat semua.
Mari teruskan semangat prihatin dan kekeluargaan ini di True Home Care Centre! 🏡❤️

31/10/2025

Selamat datang ke True Home Care Centre, tempat di mana kasih sayang dan perhatian diberikan sepenuh hati kepada warga emas yang kami kasihi. Terletak di Inderapura, Kuantan, Pahang, kami menyediakan perkhidmatan penjagaan harian, mingguan, bulanan dan tetap bagi orang tua dan warga emas yang memerlukan perhatian, rawatan serta suasana seperti di rumah sendiri.

Kami percaya setiap insan berhak menikmati hari-hari yang tenang, gembira dan bermakna. Di True Home Care Centre, kami bukan sekadar menjaga — kami menemani, mendengar dan menghargai setiap detik bersama mereka

Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi saya http://www.wasap.my/60183758662/Thcc



30/10/2025

Syukur ke hadrat Ilahi, beberapa hari lagi dah nak balik dari pusat jagaan. Banyak kenangan indah dan kasih sayang yang diterima di sini.

"Gembira Bersama²" kata-kata yang diucapkan apabila dapat keluar sarapan kedai kopi..insyaAllah lain hari kami akan bawa...
30/10/2025

"Gembira Bersama²" kata-kata yang diucapkan apabila dapat keluar sarapan kedai kopi..insyaAllah lain hari kami akan bawak angin luar lagi yer

Terima kasih diucapkan kepada MAlaysia Rail Link Sdn Bhd diatas keprihatinan dan sokongan terhadap pusat jagaan kami. Su...
25/10/2025

Terima kasih diucapkan kepada MAlaysia Rail Link Sdn Bhd diatas keprihatinan dan sokongan terhadap pusat jagaan kami. Sumbangan yang diberikan amat membantu dalam meneruskan usaha menjaga kebajikan warga emas di sini. Semoga segala kebaikan ini dibalas dengan keberkatan dan rezeki yang berpanjangan. Semoga setiap sen yang disumbangkan menjadi amal jariah dan mendapat ganjaran di dunia serta akhirat.

“Selamat menyambut Hari Warga Emas"Hari Warga Emas penting disambut kerana ia memberi kesedaran kepada masyarakat tentan...
01/10/2025

“Selamat menyambut Hari Warga Emas"

Hari Warga Emas penting disambut kerana ia memberi kesedaran kepada masyarakat tentang peranan besar warga emas dalam keluarga dan negara. Beberapa sebab utama:

1. Menghargai jasa dan pengorbanan
Warga emas adalah golongan yang banyak berjasa membesarkan anak, menyumbang kepada masyarakat, dan membangunkan negara. Hari khas ini menjadi peluang untuk kita menghargai mereka.

2. Meningkatkan kesedaran masyarakat
Sambutan ini mengingatkan orang ramai tentang tanggungjawab menjaga kebajikan warga emas, bukan hanya menyerahkan kepada pihak tertentu atau pusat jagaan.

3. Menggalakkan kasih sayang antara generasi
Ia menjadi jambatan untuk anak muda lebih dekat, memahami dan menghormati orang tua. Hubungan kekeluargaan serta nilai hormat-menghormati dapat diperkukuh.

4. Meningkatkan sokongan sosial dan kesihatan
Program sambutan biasanya melibatkan aktiviti kesihatan, ceramah, pemeriksaan kesihatan percuma dan aktiviti santai yang membantu warga emas kekal sihat, aktif dan gembira.

5. Mengiktiraf hak warga emas
Ia juga menekankan kepentingan melindungi hak mereka — dari segi kesihatan, keselamatan, kewangan dan kesejahteraan.

27/09/2025

Senaman pagi untuk regangan anggota badan. Ada nenek yang excited nak buat..ada atok yang nak kena dipujuk..ada yang s**a dalam terpaksa..ada yang nak jadi patung sahaja..hihihii.Tapi takpelah, janji semua buat senaman untuk kebaikan bersama.

📍 Lokasi: Inderapura, Kuantan Pahang
📞 Hubungi kami: Sebarang pertanyaan anda boleh terus hubungi saya ditalian http://www.wasap.my/60183758662/Thcc

Seperti kebiasaan..bila dapat "outing" seronok sangat lah bila diajak sarapan luar..hihihii. Bahagia sungguh nampaknyaa....
24/09/2025

Seperti kebiasaan..bila dapat "outing" seronok sangat lah bila diajak sarapan luar..hihihii. Bahagia sungguh nampaknyaa..

SELAMAT HARI MALAYSIA 2025 🇲🇾 Apa Itu Hari Malaysia?Hari Malaysia adalah peringatan rasmi pembentukan Malaysia pada 16 S...
16/09/2025

SELAMAT HARI MALAYSIA 2025 🇲🇾

Apa Itu Hari Malaysia?
Hari Malaysia adalah peringatan rasmi pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Pada hari itu, Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, dan Singapura bersatu di bawah satu bendera, menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara baharu di peta dunia.

Namun, tidak ramai yang tahu bahawa tarikh penubuhan negara Malaysia ini sebenarnya pernah mengalami penangguhan. Asalnya, penggabungan dirancang pada 31 Ogos 1963—seiring dengan ulang tahun kemerdekaan Tanah Melayu. Tetapi kerana beberapa faktor politik, keselamatan, dan bantahan antarabangsa, tarikh rasmi akhirnya ditetapkan pada 16 September 1963.

Address

No24, Lorong 61 Taman Seri Inderapura
Kuantan
25150

Opening Hours

Monday 11:00 - 17:00
Tuesday 11:00 - 17:00
Wednesday 11:00 - 17:00
Thursday 11:00 - 17:00
Friday 11:00 - 17:00
Saturday 11:00 - 17:00
Sunday 11:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Jagaan Orang Tua Dan Warga Emas Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share