Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng

Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng Info berkaitan aktiviti yang dilaksanakan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng

APA ITU "ABMS"
23/10/2023

APA ITU "ABMS"

Apakah itu ABMS? Satu sistem yang dibentuk dan dibangunkan bagi membolehkan organisasi mencegah, menghalang, mengesan dan bertindak balas terhadap apa sahaja bentuk rasuah dan mematuhi undang-undang, peraturan dan komitmen lain yang berkaitan. Keperluan ISO 37001:2016 adalah secara umum

**PERTANDINGAN KAWAD KECEKAPAN(PKK) BALAI 2023 JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA ** Kuantan,  09 September 2023 - Pe...
10/09/2023

**PERTANDINGAN KAWAD KECEKAPAN(PKK) BALAI 2023 JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA **

Kuantan, 09 September 2023 - Pertandingan Kawad Kecekapan (PKK) Peringkat Balai telah diadakan di Jabatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang selama 2 hari bermula 08 hingga 09 September 2023.

Pertandingan ini diadakan bagi tujuan menguji daya ketahanan mental dan fizikal pegawai bomba serta semangat kerjasama berkumpulan semasa menjalankan tugasan di samping
meningkatkan lagi tahap kecekapan, kemahiran serta kemampuan anggota dalam menghadapi permasalahan semasa operasi.

Dua acara yang dipertandingkan BBP Gebeng telah dipilih untuk menyertai acara Fire Fighter's Relay Challenge (FFRC). manakala BBP Bukit Angin dalam acara Fire Fighter's Combat Challenge (FFCC).

Di samping 2 acara yg dipertandingkan terdapat 4 balai dipilih untuk menjalani Ujian Kompentensi Pegawai iaitu BBP Gebeng, BBP Bukit Angin, BBP Taman Tas dan BBP Kuala Krau.

Pertandingan PKK di BBP Gebeng turut dihadiri oleh PKPjB Dato' Ir. TS. Dr. Haji Wan Mohammad Zaidi Bin Wan Isa, Pengarah JBPM Negeri Pahang, PPjB Md. Gezani Bin Md. Ghani, PgKB I Ismail Bin Abdul Ghani, PgKB II Ida Shariza Binti Abdul Razak, TPgB II Zahidah Binti Ali.

Urusetia Bahagian Latihan diketuai oleh
PPjB Mohd Razam Bin Taja Rahim dan Pengadil diketuai oleh TPgB II Nazizul Hasmarizal Bin Haja Mydin.



*KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI PAHANG TAHUN 2023*Kuantan, 06 Sep...
07/09/2023

*KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI PAHANG TAHUN 2023*

Kuantan, 06 September 2023 - Bahagian Latihan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang telah menganjurkan Konvensyen KIK JBPM Negeri Pahang tahun 2023 bertempat di Dewan Seri Mahkota Ibu pejabat JBPM negeri Pahang.

Konvensyen ini diadakan bagi meningkatkan daya kreativiti pegawai dan anggota bomba bagi menghasilkan produk inovasi yang berimpak tinggi disamping menyelesaikan sesuatu masalah secara berpasukan dalam meningkatkan lagi mutu perkhidmatan.

Konvensyen ini telah disertai oleh 140 pegawai lain-lain pangkat dari BBP negeri Pahang.

2 orang juri bagi konvensyen ini telah dijemput khas dari Majlis Bandaraya Kuantan iaitu Pn Norkamawati binti Kamal dan Pn Alam Nasut binti Ilias dari JBPM negeri Kelantan untuk mengadili persembahan peserta-peserta semasa pertandingan ini dilangsungkan selama dua hari, bemula dari 5 September hingga 6 September 2023.

Majlis Penutupan konvensyen telah disempurnakan oleh YS Pengarah JBPM Negeri Pahang dan turut dihadiri penolong-.penolong pengarah bahagian,ketua-ketua zon dan ketua balai serta peserta dari JBPM negeri Pahang.

BERITA KEMATIAN PEGAWAI KANAN BOMBAاِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن  اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَاف...
28/08/2023

BERITA KEMATIAN PEGAWAI KANAN BOMBA

اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Dukacita dimaklumkan bahawa PKPjB Morni bin Mamat (56 tahun) yang bertugas di Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah kembali ke Rahmatullah pada jam 6.45 pagi sebentar tadi (Isnin, 28 Ogos 2023) di Wad CCU, Hospital Serdang, Selangor.

Kemaskini maklumat mengenai masa dan tempat jenazah Allahyarham akan dikebumikan akan dimaklumkan kemudian.

Bersama-sama kita mendoakan semoga urusan pengkebumian Allahyarham akan dipermudahkan dan ditempatkan bersama-sama kalangan orang-orang yang beriman serta rohnya dicucuri rahmat.

آمــــــــين آمينَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Al-fatihah..

BahagianOperasi HQ JBPM
Bahagian Operasi HQ
Persatuan Kebajikan JBPM - Bomba
Hal Ehwal Agama JBPM

Gebeng Emergency Mutual Aid (GEMA) telah mengadakan aktiviti gotong royong rumah GEMA bersama Anggota Balai Bomba dan Pe...
22/07/2023

Gebeng Emergency Mutual Aid (GEMA) telah mengadakan aktiviti gotong royong rumah GEMA bersama Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng .Aktiviti ini bertujuan untuk membersihkan kawasan rumah GEMA dan dianggarankan seramai 40 orang telah menyertai aktiviti ini.

Tajuk : Gotong royong rumah GEMA
Tarikh : 18.07.2023

Alhamdulillah Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng dianugerahkan Pencapaian Lima Bintang bagi Pencapaian dan Komitmen Dalam...
19/07/2023

Alhamdulillah Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng dianugerahkan Pencapaian Lima Bintang bagi Pencapaian dan Komitmen Dalam Audit SSR Balai Cemerlang JBPM Negeri Pahang tahun 2022

Jemputan Aktiviti Alam Sekitar Anjuran Basf Petronas ChemicalsTempat : Rimbun Dahan Turtle Hatchery Premises,Mukim Chend...
24/06/2023

Jemputan Aktiviti Alam Sekitar Anjuran Basf Petronas Chemicals

Tempat : Rimbun Dahan Turtle Hatchery Premises,Mukim Chendor,Pahang
tarikh :24.06.2023(sabtu)

16/06/2023

𝐒𝐘𝐀𝐁𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇

Seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang mengucapkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada PPjB Md Gezani bin Md Ghazi di atas kenaikan pangkat dan pelantikan sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang yang baharu

*MOH LE KITA SAMA-SAMA WEH BERGOTONG -ROYONG* -ROYONG PERDANA  JBPM PAHANG # BBP GEBENG #09.06.2023gambar sebelum & sele...
09/06/2023

*MOH LE KITA SAMA-SAMA WEH BERGOTONG -ROYONG*
-ROYONG PERDANA
JBPM PAHANG
# BBP GEBENG
#09.06.2023

gambar sebelum & selepas

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI CEPAT DAN MESRAYS Da...
19/04/2023

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA. SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI CEPAT DAN MESRA
YS Dato'/Tuan/Ketua Bahagian/Ketua Zon/Tuan/Puan

*BBdP Gebeng*

*Tarikh : 19/04/2023
*Masa : 09:40:00
*Tempat : MTBE SDN. BHD.

*Aktiviti :

- CERAMAH KESELAMATAN DAN KEBAKARAN DI MUSIM PERAYAAN.

*Keanggotaan :

- PBK I KUP 6636 HILMI
- PB 17701 FAHMIE
- PB 15228 SYAZWAN

Sekian Untuk Makluman. Terima Kasih.

Perasmian Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran dan OPS Raya Sempena Aidilfitri Tahun 2023
18/04/2023

Perasmian Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran dan OPS Raya Sempena Aidilfitri Tahun 2023

Address

Jalan Bypass
Kuantan
26190

Telephone

095837977

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram