27/08/2016
SEBAB DOKUMENTARI INI, RTM KENA ULANG TAYANG SEKALI LAGI!
Sabtu ini RTM terpaksa ulang tayang sekali lagi dokumentari ini pukul 2.30 petang. Bukan sebab ia standard Natgeo, bukan sebab ada Mira Filza, bukan sebab Kitaro buat lagu temanya, tetapi atas permintaan ramai yang kagum dengan cerita atau content yang mereka bawa iaitu rawatan alternatif kanser yang mampu memusnahkan ketumbuhan kanser dengan hanya 10 minit!
Kaedah terbaru itu membuatkan satu team penerbitan Panorama RTM yang diketuai oleh Rosli Mohd Nordin telah pergi ke Hospital Fuda, Guangzhou (yang memang terkenal dengan rawatan kanser seluruh dunia) dan hasilnya dokumentari itu mendapat perhatian hingga RTM mengambil keputusan untuk menyiarkannya sekali lagi pada 27 Ogos ini.
By the way, menerusi artikel yang aku baca dalam akhbar, teknologi baru ini dikenali sebagai 'NanoKnife' di mana dua rod (positif dan negatif) akan diletakkan pada kedua-dua belah tumor. Apabila arus elektrik dialirkan, ia akan membentuk padang elektronik bervoltan tinggi (sehingga 2,000 volt) yang dipantau menerusi imbasan bunyi atau CT. Voltan yang tinggi ini menyebabkan pembentukan nekrosis pada tumor yang mematikan sel kanser!
Paling menarik ia kurang risiko, kurang kesakitan dan ambil masa yang singkat untuk sembuh.merawat kanser yang tidak boleh dibedah atau berada pada kedudukan yang sukar dicapai termasuk pada struktur kritikal (contohnya leher, kelangkang dan ruang pelvis yang padat dengan saraf) dan salur darah utama. Ia juga boleh digunakan untuk merawat kanser pankreas, otak, tulang, payudara, salur darah, buah pinggang dan prostat.
So pada mereka yang menderita sakit kanser atau mereka yang mempunyai saudara/ kenalan yang menanggung penderitaan penyakit ini, better korang tengok. Mana tahu ia adalah rawatan alternatif terbaik yang mungkin kita boleh explore selain daripada rawatan konvensional yang lain. Tengok jangan tak tengok!
Tarikh siaran : 27 Ogos 2016 (Sabtu)
Masa : 2.30 minit ptg
Chanel : TV1
Penerbit :
Pengacara : Wan Aliazar Wan Halim
Penyelidik : Wan Aliazar Wan Halim
Editor :
Jurukamera : Japeridin.....cp grp sblh...kalu sapo free.. Blh la ngadap *tv1 kul 230 ptg hari ni*