16/02/2026
16/2/2026
Meeting Kedua bagi perancangan dan persiapan
Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Penolong Pegawai Perubatan Hospital Universiti. Meeting kali ini memberi fokus kepada perkembangan semasa setiap jawatankuasa, termasuk aspek teknikal pertandingan, logistik kejohanan, penajaan, pengurusan kewangan, penyertaan pasukan, serta perancangan makanan dan hadiah kejohanan. Perbincangan yang dijalankan menunjukkan komitmen tinggi daripada semua ahli jawatankuasa dalam memastikan kejohanan ini dapat dilaksanakan dengan terancang, sistematik dan berkualiti.
Pihak jawatankuasa juga sedang giat menjalankan persediaan termasuk penyelarasan jadual pertandingan, pengurusan pengadil, persiapan kemudahan padang, serta hebahan rasmi kepada semua Hospital Universiti yang terlibat. Sokongan daripada pelbagai pihak amat dihargai dalam memastikan kejohanan ini dapat dijalankan dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa yang telah memberikan komitmen, masa dan tenaga dalam menjayakan perancangan kejohanan ini. Semoga segala urusan dipermudahkan dan kejohanan ini dapat berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
Semoga kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform pertandingan sukan, malah dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara Penolong Pegawai Perubatan Hospital Universiti seluruh Malaysia.