Kayden Center

Kayden Center Pusat Terapi dan Pendidikan Khas Inklusif
(3)

11/04/2026

welcome to the new Kayden Center 2.0 , Tanah Merah 🤍

built from love, patience & everything in between ✨



09/04/2026

👀 Sneak Peek Alert @ Kayden Center 👀

Nampak macam dinding biasa… tapi sebenarnya ada sesuatu yang tersembunyi di sini…

Kami nak bagi sedikit hint…
Di dalamnya ada satu ruang istimewa yang direka khas untuk bantu anak-anak explore, regulate & develop dengan cara yang menyeronokkan…

Tapi… kami belum nak tunjuk semuanya lagi 😉

Apa sebenarnya di sebalik hidden door tu?
Kenapa ruang ni jadi antara yang paling “rare” di Kayden Center?

🎥 Tunggu video seterusnya untuk bongkar rahsia “Hidden Gem” kami!

Drop komen “NAK” kalau nak kami reveal cepat sikit 🤭

08/04/2026

Di Kayden Center, kami percaya setiap anak punya potensi yang luar biasa.. dan di sebalik setiap kemajuan kecil itu, ada insan hebat yang sentiasa setia membimbing mereka..

Interventionist dan terapis kami bukan sekadar mengajar, tetapi memahami…
Bukan sekadar membimbing, tetapi menyentuh hati…
Dengan penuh sabar, kasih sayang dan dedikasi, mereka membantu setiap anak melangkah lebih yakin, satu demi satu…

Inilah barisan interventionist dan terapis Kayden yang sentiasa memberi yang terbaik untuk anak-anak istimewa ini… 🥰

06/04/2026

Alhamdulillah, Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kayden Center telah berlangsung dengan penuh meriah dan suasana yang sangat bermakna..

Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa, jiran tetangga sekitar center serta rakan-rakan kolaborasi yang sudi hadir memeriahkan majlis ini. Kehadiran anda semua bukan sahaja mengeratkan silaturahim, malah menjadikan Kayden sebagai satu komuniti yang penuh kasih sayang dan sokongan..

Semoga ukhuwah yang terjalin ini terus berkekalan dan membawa lebih banyak kebaikan pada masa akan datang..

05/04/2026

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat dan Doa Selamat sempena pembukaan Kayden Center Tanah Merah.. ✨🌙

Majlis ini dipimpin oleh para pelajar tahfiz dari Madrasah Darul Huffaz Nur Hadi yang telah mengimarahkan suasana dengan bacaan yang merdu dan penuh khusyuk..

Semoga dengan doa yang dipanjatkan, Kayden Center Tanah Merah terus diberkati, dipermudahkan segala urusan dan menjadi tempat yang memberi manfaat besar buat anak-anak serta komuniti..

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong.. Semoga segala kebaikan ini dibalas dengan ganjaran yang berlipat kali ganda 🤍

✨🌙 Jemputan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kayden 🌙✨Dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan, Kayden Center ingin menje...
03/04/2026

✨🌙 Jemputan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kayden 🌙✨

Dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan, Kayden Center ingin menjemput semua ibu bapa, anak-anak serta komuniti untuk bersama-sama memeriahkan:

🎉 Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kayden 🎉

📅 Tarikh: 4 April
⏰ Masa: 12.30 PM – 4.00 PM
📍 Tempat: Kayden Center, Tanah Merah
https://share.google/Cvm1EdilEZl5fYGFY

💚 Jom datang bersama keluarga!
Nikmati suasana Aidilfitri yang meriah, eratkan silaturrahim dan cipta kenangan indah bersama kami.

📲 Scan QR code untuk daftar sekarang!

Jumpa anda di sana! ✨

19/03/2026

3… 2… 1…
Raya mode ON 🌙✨
Selamat Hari Raya dari keluarga Kayden Center . Maaf zahir batin ♥️

09/03/2026

“PERCAYA PADA PROSES”

This is just the beginning. KAYDEN CENTER 2.0 (Tanah Merah).

A new “home” for our little heroes — is coming.

Doakan kami ♥️

🌙 Iftar Bersama Keluarga Kayden CenterAlhamdulillah, hari ini kakitangan Kayden Center berpeluang meluangkan masa berbuk...
08/03/2026

🌙 Iftar Bersama Keluarga Kayden Center

Alhamdulillah, hari ini kakitangan Kayden Center berpeluang meluangkan masa berbuka puasa bersama-sama di Crown Garden Hotel 🥰

Momen ini bukan sekadar menikmati juadah berbuka, tetapi juga menjadi ruang untuk mengeratkan ukhuwah, berkongsi cerita, dan menghargai usaha setiap ahli pasukan yang sentiasa komited dalam memberikan yang terbaik buat anak-anak di Kayden…

Terima kasih kepada seluruh team Kayden yang sentiasa berdedikasi, saling menyokong dan bekerja sebagai satu keluarga. 🤍

Semoga kebersamaan ini terus menguatkan semangat kita untuk terus memberi khidmat yang terbaik kepada anak-anak dan ibu bapa yang mempercayai Kayden Center.

✨ Together we grow, together we care ♥️

03/03/2026

Ada kanak-kanak yang belajar dengan melihat..
Ada yang yang belajar dengan mendengar..
Dan ada kanak-kanak yang belajar melalui sentuhan..

Di Kayden Center, kami gunakan teknik multisensory supaya kanak-kanak tak cuma kenal huruf… tapi alami sendiri proses belajar tu melalui deria mereka..

Macam aktiviti dalam video ni, pembelajaran nampak ringkas, tapi sebenarnya banyak yang sedang berlaku:

✔️ Kanak-kanak fokus
✔️ Kanak-kanak ingat lebih lama
✔️ Melatih motor halus
✔️ Membina keyakinan diri

Kayden percaya, semua kanak-kanak boleh belajar, mereka perlukan pendekatan yang betul, sabar dan konsisten 🤍

Setiap senyuman kecil, setiap huruf yang berjaya disebut, itu adalah kejayaan besar buat mereka… dan buat kita juga..🥹

Kayden Center
Tempat kanak-kanak belajar dengan rasa selamat, seronok dan dihargai

Address

PT 8013, Tingkat 1 & 2, Bandar Satelit Pasir Tumboh
Kubang Kerian
16150

Website

https://www.hatchingcenter.com/

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kayden Center posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Kayden Center:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram