04/01/2026
Dah banyak kajian yang menggalakkan intervensi awal dengan SLT jika anak dikuatiri ada masalah pertuturan bahasa. Ini kerana umur 1-3 tahun merupakan umur emas untuk dapatkan kemahiran komunikasi, bahasa, pendengaran dan pertuturan.
Jangan tunggu dan jangan biarkan anak anda semakin teruk. Bukan mudah untuk mengejar perkembangan tipikal jika anak tertinggal jauh. Kerana kemahiran komunikasi, pertuturan dan bahasa sangat kritikal untuk perkembangan sosial dan pembelajaran anak. Malah anak yang mampu berkomunikasi lebih tenang dan lebih mudah kita uruskan kelakuannya.
Dapatkan perkhidmatan penilaian dan terapi SLT daripada SI ORI Therapy KB.
🗣 SLT bukan pilihan terakhir bila semua gagal.
😍 SLT ialah permulaan terbaik bila anak mula tunjukkan perkembangan berbeza.
👉 Kajian oleh Law et al. (2023) menunjukkan bahawa intervensi awal oleh Speech-Language Therapist (SLT) sebelum usia 3 tahun memberi impak besar terhadap perkembangan bahasa, sosial dan emosi anak. Malangnya, kelewatan dalam mendapatkan penilaian boleh menyebabkan jurang komunikasi semakin melebar dan ini sering disalah tafsir sebagai masalah tingkah laku.
😩 Ramai ibu bapa tunggu sehingga anak “pasti ada masalah” sebelum bertindak. Tapi hakikatnya, tempoh 1.5–3 tahun ialah fasa kritikal untuk perkembangan bahasa. SLT bukan sekadar bantu anak bercakap, tetapi bantu anak difahami, tenang, boleh berkomunikasi dan yakin dalam persekitaran sosial.
✅ Di SI ORI Therapy, penilaian dijalankan oleh SLT berpengalaman, menggunakan pendekatan berasaskan bukti, dan penglibatan ibu bapa dalam sesi sangat digalakkan. Kami percaya kejelasan awal memberi ketenangan kepada ibu bapa dan peluang terbaik kepada anak.
📲 Whatsapp kami untuk penilaian seawal 1.5 tahun.
✨ SI ORI Therapy sedia membantu anak anda.