Prexious Lactation Center

Prexious Lactation Center Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Prexious Lactation Center, Kubang Semang.

PREXIOUS Lactation Center adalah pusat sehenti untuk ibu menyusu mendapatkan perkhidmatan:
- konsultasi face-to-face
- konsultasi atas talian
- peralatan penyusuan bayi
- kelas penyusuan
- lawatan rumah (home visit)
- urutan laktasi

Satu perkataan. Satu ayat. Satu kenyataan hati.Menyusukan anak bukan mudah, tapi mommy tetap buat setiap hari. 🤍Dr Nurha...
23/07/2025

Satu perkataan. Satu ayat. Satu kenyataan hati.

Menyusukan anak bukan mudah, tapi mommy tetap buat setiap hari.

🤍

Dr Nurhaya Yacob. MD

“Aku ni siapa sekarang?”"Kenapa aku jadi macam ni ek?'Satu soalan yang muncul diam-diam dalam hati mommy.Bila dah jadi m...
20/07/2025

“Aku ni siapa sekarang?”
"Kenapa aku jadi macam ni ek?'

Satu soalan yang muncul diam-diam dalam hati mommy.
Bila dah jadi mak, tiba-tiba semua benda tentang orang lain.
Anak. Suami. Rumah. Kerja.

Mommy sayang keluarga kecil ini —
tapi dalam senyap, mommy mula rasa kosong.

Bangun pagi macam autopilot.
Hidup dalam list yang tak habis-habis.
Sampai lupa nak tanya pada diri sendiri:
“Apa tujuan aku dalam dunia kecil bernama keluarga ni?”

Orang nampak kita okay. Kita pun jawab “okay je…”
Tapi dalam hati, kita sendiri keliru.
Betul ke aku okay?
Atau aku cuma lupa macam mana rasanya okay tu sebenarnya?

Mommy…
rasa kosong tu bukan sebab mommy lemah.
Tapi sebab mommy tengah berubah —
dari seorang wanita kepada seorang ibu.

Media sosial, nasihat sana sini,
semua tu boleh jadi terlalu banyak.
Tekanan itu kadang-kadang menjadikan kita terlalu keras pada diri sendiri.

Tapi mommy…
ketahuilah:
we do we, and let others do them.

Mommy datang dari cerita hidup yang berbeza.
Dengan sistem sokongan yang tak sama.

Jadi, ambil yang baik, catat dalam hati.
Dan cakap pada diri sendiri:
“Aku akan cuba. Tapi tak semua untuk aku. Dan itu tak apa.”

Post ini untuk mommy yang sedang mencari dirinya semula.

❤️ Kalau rasa terhubung, komen atau share ya.

Dr Nurhaya Yacob. MD ,
Menemani perjalanan penyusuan ibu dengan penuh kasih
Prexious Lactation Center

Kenapa tak ada siapa bagi tahu... menyusu bukan macam dalam buku?Masa saya mengandung dulu, saya ingat menyusu akan jadi...
04/07/2025

Kenapa tak ada siapa bagi tahu... menyusu bukan macam dalam buku?

Masa saya mengandung dulu, saya ingat menyusu akan jadi natural.

Baby keluar je, terus tahu nak menyusu. Saya pun terus tahu macam mana nak bagi.

Semuanya smooth... macam dalam buku, macam dalam video.

Tapi realitinya... sangat lain.
Baby saya tak nak menyusu.
Dia tidur je. Bila bangun, dia nangis.
Bila saya bagi susu… dia tolak.
Saya blur. Saya panik. Tapi saya diam.
Lepas tu breast mula bengkak.
Ni**le mula luka. Berdarah.
Menyusu jadi satu penyeksaan fizikal… dan emosi.

Masa tu saya dalam pantang kat kampung.
Suami tak ada. Saya jaga baby sendiri.
Baby menangis tak henti. Saya cuba susukan… tapi dia masih menangis.

Dan mak cakap,
“Ni anak kau tak cukup susu ni.”

Ayat tu.
Pendek je. Tapi cukup untuk buat saya rasa… gagal.

Saya cuba buat yang terbaik. Tapi masih tak cukup?
Saya rasa macam nak jerit… tapi siapa yang nak dengar?
Mak cakap saya kena kuat.
Tapi kuat macam mana kalau saya sendiri pun tak tahu nak buat apa?
Saya tak cerita kat siapa-siapa. Takkan nak cerita kat mak —
nanti dikata mengada-ngada.

Tapi hati saya?

Rabak.

Saya cuma nak menyusu anak saya. Itu je.
Dan saya harap… saya bukan sorang-sorang yang pernah rasa macam ni.

Kalau mommy tengah lalui benda yang sama… atau pernah rasa benda ni dulu…

Jom kongsi cerita awak. Saya nak dengar. Kita saling support.

Kadang… satu cerita boleh buat orang lain rasa “Aku tak keseorangan.”
🫶🏻
Tag kawan mommy yang baru lepas bersalin, atau tengah pregnant.

Kadang... kita tak tahu, dia pun tengah struggle.

Tapi tak pernah ada ruang nak luah.

TakCukupSusu?
Bukan salah mommy.

Kadang bukan pun tak cukup. Cuma orang sekeliling tak cukup ilmu untuk faham.

Prexious Lactation Center

Kenapa tak ada siapa bagitahu… jadi mak ni macam ni?” Pagi baru mula, dah rasa penat. Rumah tunggang-langgang.Anak meren...
02/07/2025

Kenapa tak ada siapa bagitahu… jadi mak ni macam ni?”

Pagi baru mula, dah rasa penat.

Rumah tunggang-langgang.
Anak merengek, kerja bertimbun, dan kepala penuh dengan to-do list yang tak pernah habis.

Kita bukan malas.
Bukan tak reti urus masa.

Tapi sebab… beban dia real.
Kita jaga anak.
Urus rumah.
Siapkan kerja.
Dan dalam diam, kita telan emosi sebab tak sempat nak rasa.

Kadang rasa nak hilang sekejap. Tapi baby tengah tidur atas dada.
Kadang nak cakap “aku penat” – tapi takut orang anggap kita lemah atau tak tau bersyukur.

Mommy…
kalau mommy sedang rasa macam ni , mommy bukan sorang.

3 perkara yang mommy boleh buat bila sedang jam hadap situasi macam ni :

1. Ambil masa duduk seorang diri tanpa handphone ( mesti tempat korang sembunyi will be in the toilet kan. Tenang tak ada orang nak runtun kaki)
2. Cakap kuat biar telinga dengar "aku penat!" - its totally validate your emotion and how your body feel!
3. Minta tolong walaupun sikit! Minta tolong bukan tanda kita lemah, minta tolong tu tanda kita tahu dan sedar akan kemampuan kita pada ketika itu.

Benda ni bukan semua orang akan faham. Tapi kami faham.

Kami pun tengah hidup dengan realiti yang sama.

Dan kita tak perlu sembunyikan kepenatan tu.

Komen “REALITI” kalau rasa relateable.
Tag kawan mommy yang tengah rasa benda yang sama

Prexious Lactation Center

Kadang yang paling susah bukan kerja tu sendiri… Tapi moment kita kena ‘switch off’ jadi mommy, dan ‘switch on’ jadi pek...
29/06/2025

Kadang yang paling susah bukan kerja tu sendiri…

Tapi moment kita kena ‘switch off’ jadi mommy, dan ‘switch on’ jadi pekerja.
Lepas tiga hari cuti panjang...

Mommy rasa berat tak nak mula minggu baru?

Letih.
Lemau.
Rasa macam belum recharge pun sepenuhnya.

Kalau mommy tengah rasa:
✅️Mood low
✅️Risau susu tak cukup
✅️Guilty and rindukan baby kat pengasuh
✅️Tak ready langsung nak back to reality...

Mommy tak keseorangan.
Sebab ramai mommy tengah rasa benda yang sama sekarang.

Rasa macam... “boleh tak sambung cuti sehari lagi...sehariiiiii je lagi?”

Tapi hidup kena jalan.
Baby tetap kena hantar ke penjaga.
Mommy tetap kena pam susu balik.
Kerja tetap kena buat.
Kalau hari Isnin mommy tak start laju,
Kalau mommy terbangun lewat sikit,
Kalau mommy pam sambil pejam mata sebab mengantuk...

Takpe. You all tetap mommy yang hebat.
Yang penting mommy tak berhenti.

Mommy cuba.
Perlahan pun takpe.
Yang penting bergerak.

Kami di Prexious nak cakap satu je:
You are doing better than you think.

Dan tak kira berapa low perasaan mommy mula, kami sentiasa support, always!

DM “BLUES” kalau nak support atau tanya apa-apa pasal penyusuan minggu ni

Tag kawan mommy yang mungkin tengah rasa benda sama.

Prexious Lactation Center

Orang nampak EP mom ni macam senang.Tak payah susukan baby direct. Tak payah risau baby latch betul ke tak.Tapi hakikatn...
28/06/2025

Orang nampak EP mom ni macam senang.

Tak payah susukan baby direct. Tak payah risau baby latch betul ke tak.

Tapi hakikatnya?

Dialah yang:
✅️Set alarm bangun pam susu walau baby dah tidur
✅️Pump sambil tahan sakit badan, breast keras
✅️Nangis bila susu drop
✅️Stress sebab stok tak cukup
✅️Rasa sunyi sebab buat semua sorang
Macam-macam lagi lah...

Ada mommy terpaksa EP sebab baby NICU.

Ada sebab trauma direct feed.
Ada sebab kerja tak fleksibel.
Ada yang tak ada support dari orang sekeliling.

Tapi semua mommy ni ada satu benda sama…

Dia tetap buat. Hari-hari. Demi anak.
Tak ada spotlight.
Tak ada pujian.
Tapi setiap titik susu tu penuh dengan pengorbanan.
Kalau mommy sekarang jadi EP mom, we see you mom.

Mommy penat, tapi tetap kuat.
Mommy sunyi, tapi tetap bertahan.
Mommy sakit, tapi mommy tahan.

Mommy buat benda luar biasa, walaupun orang tak nampak.

Kalau mommy pernah rasa macam ni, drop emoji di komen 🔥

Kalau you all ada kawan yang jadi EP, tag dia & bagitahu dia: “Aku bangga dengan kau!”

Share post ni, biar lebih ramai tahu:
EP mom tak patut invisible.

Prexious Lactation Center

Orang lain tengah sibuk susun resolusi tahun baru…Azam nak kurus, nak rajin solat, nak baca buku sebulan sekali.Ada yang...
27/06/2025

Orang lain tengah sibuk susun resolusi tahun baru…

Azam nak kurus,
nak rajin solat, nak baca buku sebulan sekali.
Ada yang dah siapkan vision board siap warna-warni.
Ada yang start journaling dengan kata-kata motivasi…

Tapi kita?
Masih struggle susu tumpah,
Baby yang menangis nonstop,
eyebag makin galak dari tahun lepas —
dan self-care?

Entah ke mana 😞

Kadang rasa cemburu tengok orang lain boleh plan itu ini.

Kita nak mandi pun kadang kena tunggu baby tidur.
Nak duduk sekejap pun rasa bersalah bila rumah bersepah.
Rasa macam hidup stuck kat fasa “penat + tanggungjawab + pengorbanan” je.

TAPI…
Tahu tak, mommy?
Allah tak miss.
Allah tak terlepas pandang satu saat pun penat kita.

Setiap kali mak menyusu walau badan longlai,
Setiap kali mak bangun tengah malam dengan mata separuh pejam,
Setiap kali mak tahan sabar bila anak meragam dan suami tengah lena....

Itu semua ada ganjarannya.
Pahala tetap laju masuk.

Tak perlu tunggu lapang baru nak ibadah.
Tak perlu tunggu perfect baru nak jadi ibu yang “baik”.

Kadang satu zikir masa menyusu tu pun…
dah cukup buat Allah pandang dengan kasih sayang.

Hijrah kita tak perlu viral. Tapi Allah tahu.
Kalau tahun baru ni mak tak sempat susun azam macam orang lain, its ok!

Cukup kalau kita teruskan…
✔️ Menyusu dengan sabar
✔️ Niatkan setiap penat untuk Allah
✔️ Ucap zikir perlahan masa peluk anak
✔️ Doa dalam hati masa baby latch

Sikit-sikit… tapi konsisten.

Mommy, you all senang bina Syurga, bukan sekadar jaga anak tau.

Dan untuk tu, Allah sangat menghargai setiap detik kau bertahan.

Tahun baru bukan untuk jadi sempurna.
Tapi untuk terus cuba walau letih, walau sempit.

Asalkan hati kita tetap menuju Dia!

🩷 Tag mak lain yang tengah penat tapi tak pernah berhenti mencuba.

Prexious Lactation Center
Menemani perjalanan penyusuan mommy dengan penuh kasih sayang.



Selamat Menyambut Awal Muharram 1447HTahun baru Hijrah tak perlu azam luar biasa.Cukup dengan usaha untuk jadi versi mom...
27/06/2025

Selamat Menyambut Awal Muharram 1447H

Tahun baru Hijrah tak perlu azam luar biasa.

Cukup dengan usaha untuk jadi versi mommy yang lebih baik.

Tanpa hilangkan diri sendiri demi puaskan hati orang lain.

Mommy yang masih menyusu walau penat.
Masih sabar walau tak cukup tidur.
Masih kuat walau hati dah berkali-kali retak.
Bagaimana untuk refleksi diri agar semua ni dapat difomulakan menjadi versi ibu yang membawa keberkatan di dunia dan di akhirat.

Hijrah mommy mungkin tak viral...
Tapi Allah nampak, Allah kira. Satu-satu.

Ikhlas dari kami di Prexious Lactation Center

Selamat Hari Raya AidiladhaDaripada kami di Prexious Lactation CenterSemoga semangat pengorbanan dan keikhlasan Hari Ray...
06/06/2025

Selamat Hari Raya Aidiladha
Daripada kami di Prexious Lactation Center

Semoga semangat pengorbanan dan keikhlasan Hari Raya Aidiladha memberi sinar keberkatan buat anda dan keluarga.

Sebagaimana pengorbanan menjadi teras ibadah ini, kami percaya setiap langkah dalam perjalanan keibuan – termasuk menyusu dan membesarkan anak – juga dipenuhi kasih, sabar, dan ketulusan.

“Pengorbanan hari ini, keberkatan untuk selamanya"

Prexious Lactation Center
Menemani perjalanan penyusuan anda dengan penuh kasih

Prexious Lactation Center tidak beroperasi pada Jumaat, 6 Jun 2025 sehingga Ahad 8 Jun 2025 sempena sambutan Hari Raya A...
06/06/2025

Prexious Lactation Center tidak beroperasi pada Jumaat, 6 Jun 2025 sehingga Ahad 8 Jun 2025 sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Kami akan kembali beroperasi seperti biasa pada hari Isnin, 9 Jun 2025.

Waktu Operasi Prexious Lactation Center⁣⁣⁣ adalah :
Isnin hingga Jumaat : 9.00 pagi - 6.00 petang⁣⁣⁣
Sabtu : 9.00 pagi - 1.00 petang
Tutup setiap Ahad⁣⁣⁣ dan hari kelepasan am

Sebarang info, pertanyaan dan temujanji, boleh dilakukan melalui link di bawah:

https://lactationconsultation.wasap.my
https://lactationconsultation.wasap.my
https://lactationconsultation.wasap.my

Harap maklum.⁣⁣⁣

Dengan penuh rasa hormat dan kasih, kami warga Prexious Lactation Center merafak sembah serta menjunjung kasih mengucapk...
02/06/2025

Dengan penuh rasa hormat dan kasih, kami warga Prexious Lactation Center merafak sembah serta menjunjung kasih mengucapkan Selamat Menyambut Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Semoga Seri Paduka Baginda dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dipelihara Allah SWT dan terus memayungi rakyat serta negara dengan penuh kebijaksanaan dan keadilan.

Daulat Tuanku.

Prexious Lactation Center tidak beroperasi pada Isnin, 12 Mei 2025 sempena sambutan Hari Wesak Kami akan kembali beroper...
11/05/2025

Prexious Lactation Center tidak beroperasi pada Isnin, 12 Mei 2025 sempena sambutan Hari Wesak

Kami akan kembali beroperasi seperti biasa pada hari Selasa, 13 Mei 2025.

Waktu Operasi Prexious Lactation Center⁣⁣⁣ adalah :
Isnin hingga Jumaat : 9.00 pagi - 6.00 petang⁣⁣⁣
Sabtu : 9.00 pagi - 1.00 petang
Tutup setiap Ahad⁣⁣⁣ dan hari kelepasan am

Sebarang info, pertanyaan dan temujanji, boleh dilakukan melalui link di bawah:

https://lactationconsultation.wasap.my
https://lactationconsultation.wasap.my
https://lactationconsultation.wasap.my

Harap maklum.⁣⁣⁣

Address

Kubang Semang

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00

Telephone

+60175970820

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Prexious Lactation Center posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Prexious Lactation Center:

Share

Our Story

Perkhidmatan yang disediakan di Dr Nurhaya Lactation Center : - Klinik laktasi secara personal - Kursus Asas Penyusuan Ibu - Penyusuan bagi ibu bekerjaya - Kursus Cabaran dalam Penyusuan Ibu - Kursus Cara-cara penggunaan dan pemilihan pam susu dengan betul - Kursus Susu merudum, bagaimana cara mengatasinya - Corporate training Penjualan - Menjual pam susu, alat-alat ganti pam susu - barang- barang keperluan penyusuan seperti breastmilk storage bag dan storage bottle, nursing cover, handfree bra, nursing bra dan lain-lain - Menjual beg termal dr beberapa jenama terpilih. - Menjual baju-baju nursing friendly dari beberapa jenama pilihan. Peminjaman Pam Susu Kami juga menyediakan perkhidmatan peminjaman pam susu bergantung kepada terma dan syarat. Sekiranya pam susu yang anda beli dari kami bermasalah, anda hanya perlu membawa kembali ke center kami, dan kami akan penghantar ke pusat servis berkaitan, manakala anda akan diberi keistimewaan untuk meminjam pam susu yang sama selama pam susu anda dibaiki. (sekiranya pam susu yang anda gunakan tidak ada dalam simpanan maka anda boleh diberi pilihan memilih pam susu yang ada). Sekiranya pam susu anda di beli bukan dari center kami, kami tidak akan melayani servis pam susu anda, walaupun begitu, anda boleh meminjam pam susu dari kami dengan kadar yang minima. Untuk meminjam pam susu dari center kami, anda dikehendaki membayar sejumlah deposit yang akan dikembalikan semula sekiranya pam yang anda pinjam dikembalikan dalam keadaan baik dan sempurna beserta dengan wang sewa sehari RM5. Sila datang ke center kami untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.