15/04/2026
Jom, kami kongsi Info Kesihatan Mata Hari ini🤓
⁉️ PTERYGIUM: BAHAYA ATAU TIDAK?
Pterygium adalah selaput pada bahagian luar mata, tumbuh di kawasan mata putih, dan boleh merebak tumbuh ke kawasan mata hitam kita.
Ia juga dikenali sebagai 'selaput luar' oleh sesetengah orang, dan ada juga yang samakan pterygium dengan katarak. Tapi Katarak dan Pterygium adalah dua benda yang berbeza ya. 😓
Pterygium terjadi berpunca daripada kesan terdedah kepada UV pada jangka masa yang lama. Lebih berisiko kepada individu yang terdedah kepada Cahaya matahari, atau sukakan aktiviti luar. Masalah mata kering dan juga faktor genetik juga antara faktor punca Pterygium.
Adakah ia bahaya?
✅ Ia tidak membahayakan jika ia tidak menutup keseluruhan mata hitam. Jika ia menutup bahagian kornea, penglihatan akan terganggu.
Boleh guna ubat titis mata?
✅ Artificial tears eyedrop boleh dipakai untuk mengurangkan rasa tidak selesa pada mata.
Tetapi ia bukan lah ubat untuk menghilangkan Pterygium.
Boleh buang ke Pterygium ni?
✅ Pterygium boleh dibuang hanya melalui pembedahan. Selain itu, anda juga digalakkan untuk memakai sunglass ataupun Kanta dengan Perlindungan Sinar UV.
Bagaimana nak check Pterygium?
✅ Kita akan menggunakan Slit Lamp/ Mikroskop Mata untuk pemeriksaan Pterygium.
Jom singgah ke Metro Optical And Optometrist bertempat di Metrocity Matang, Kuching untuk Pemeriksaan Kesihatan Mata anda. 😉
Mata Sihat Mata Menawan,
Hargai & Sayangi Mata. 🤓...........................................................................……………
⏰ Masa Operasi :
Isnin- Sabtu : 10 pagi sehingga 7 malam.
Ahad : TUTUP
☎️ Whatapp/call untuk sebarang pertanyaan dan temu janji:
www.wasap.my/601116015200
📍Google Maps: https://www.google.com/maps/place/Metro+Optical+%26+Optometrist/data=!3m1!4b1!4m2!3m1!1s0x31fb09a2ab95b041:0xaa4caed9cbc0243f
“Your Primary Eye Care Provider”
Affordable.Quality.Reliable