Kets Pandang Sari

Kets Pandang Sari MASALAH SARAF RAWATAN TULANG BELAKANG
VERTEBRA

Rawatan Alternatif Tulang Belakang Secara Natural
& Tidak Berisiko

Membantu Merawat Masalah Seperti:

1.

Kets Pandang Sari, with subsidiaries Tajul Therapy Centre and Ketโ€™s Postnatal Care & Beauty offers wellness body therapy & massage treatment, training & education, promoting holistic well-being and specialized in postnatal support. Tulang Belakang ( Spine )
2. Saraf Terkepit ( Pinched Nerved )
3. Fizikal Terapi
4. Sendi Tulang ( Joint )
5. Sakit Belakang ( Otot Mengeras)
6. Slip Disc ( HNP atau Bulging Disc )
7. Upper / Lower Backpain
8, Bahu Senget (Frozen Shoulder / Finger )
9. Susah Melipat Kaki / Lutut (Knees pain / Ancle
pain)
10. Kedua Kaki Tidak Sama Rata/Panjang
11. Muscle Spasm
12. Sciatica
13. Telapak Kaki Berasa Tercucuk
14. Migrain
15. Virtigo
16. Mudah Letih Atau Penat
17. Tennis Elbow
18. Kecedaraan Sukan ( Sport Injuries )
19. Penyakit Yang Berkaitan Tulang Belakang ( Spine
Related)

Salam Nisfu Syaโ€™ban ๐ŸŒ™Dalam perjalanan hidup yang penuh liku, kita semua pernah penat, pernah tersasar dan pernah terluka...
02/02/2026

Salam Nisfu Syaโ€™ban ๐ŸŒ™

Dalam perjalanan hidup yang penuh liku, kita semua pernah penat, pernah tersasar dan pernah terluka. Nisfu Syaโ€™ban mengajak kita untuk berhenti seketika, bermuhasabah dan memberi ruang kepada hati untuk kembali tenang.

Moga malam yang penuh keberkatan ini menjadi titik untuk kita memaafkan diri sendiri, melapangkan dada dan memperbaharui niat. Semoga setiap doa yang lahir dari hati dipermudahkan dan setiap langkah selepas ini dipandu dengan ketenangan dan keikhlasan.

Kets Pandang Sari sentiasa percaya bahawa penyembuhan bermula apabila kita berani memperlahankan langkah dan mendengar keperluan jiwa. Moga kita semua terus diberi kekuatan untuk menjaga diri, menyokong sesama kita dan berjalan bersama dalam kebaikan.

โœจ Ikhlas daripada Kets Pandang Sari

Pernah terfikir mok ada kemahiran yang bukan sahaja membantu orang lain, tapi dapat berik nilai kepada dirik pun? Progra...
30/01/2026

Pernah terfikir mok ada kemahiran yang bukan sahaja membantu orang lain, tapi dapat berik nilai kepada dirik pun? Program Wellness Therapy bukan sekadar terapi, tapi ia adalah cara belajar memahami tubuh badan, cara mengurus kesakitan secara bukan invasif dan memberi sokongan fizikal melalui teknik yang betul dan selamat.

Dalam program tok, pelatih didedahkan dengan pembelajaran teori yang mudah difahami, latihan praktikal secara berperingkat serta pengalaman sebenar berdepan situasi dengan bermacam pelanggan. Setiap sesi dibimbing oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dan bertauliah supaya pelatih bukan hanya tauk cara polah terapi. Tapi supaya pelatih tauk dan faham kenak sesuatu teknik digunakan.

Program tok sesuai untuk kitak yang ingin:
โ€ข Bina kerjaya baru
โ€ข Menambah kemahiran sedia ada
โ€ข Menambah pendapatan sampingan
โ€ข Mencari laluan pekerjaan yang lebih fleksibel dan berpotens

Industri wellness semakin berkembang dan keperluan kepada terapis terlatih semakin meningkat.

Mun kitak sedang mencari ilmu, pengalaman dan hala tuju yang jelas tok mungkin langkah pertama kitak ke arah masa depan yang lebih bermakna.

๐Ÿ“ฉ PM kamek orang untuk maklumat lanjut.

30/01/2026

Segalanya bermula dengan satu keputusan โ€”
untuk mencuba sesuatu yang baru,
untuk keluar dari zon selesa
dan untuk percaya bahawa proses pembelajaran ini ada tujuannya.

Pada awalnya, banyak perkara terasa asing. Teori yang mencabar, praktikal yang menguji kesabaran
dan latihan berulang kali yang memerlukan komitmen tinggi.
Namun perlahan-lahan,
mereka belajar bahawa setiap kesukaran itu adalah sebahagian daripada pembentukan diri.

Hari-hari di kelas bukan hanya tentang belajar teknik terapi,
tetapi tentang membina disiplin, kerja berpasukan dan empati.
Daripada tangan yang kekok,
menjadi sentuhan yang lebih yakin dan terarah.

Ada penat yang tak terucap
dan ada tawa yang menguatkan semangat. Semua kenangan ini menjadikan perjalanan kami di
Wellness Therapy Lawas satu pengalaman yang sukar dilupakan.

Perjalanan ini mungkin sampai ke satu noktah, tetapi ilmu dan pengalaman yang diperoleh
akan terus hidup dan dibawa ke mana sahaja kamu melangkah ๐Ÿค

BBQ Night Penuh Bermakna ๐Ÿฅฐโค๏ธMalam BBQ ini menjadi satu kenangan yang sangat bermakna buat kami semua di Kets Pandang Sar...
30/01/2026

BBQ Night Penuh Bermakna ๐Ÿฅฐโค๏ธ

Malam BBQ ini menjadi satu kenangan yang sangat bermakna buat kami semua di Kets Pandang Sari. Ia diadakan bersama pelatih Wellness Therapy Lawas sebelum Sir Tajul dan Mdm Fyza bertolak pulang ke Kuching selepas 2 minggu meluangkan masa bersama-sama.

Apa yang menjadikan malam ini istimewa bukan hanya pada hidangan yang disediakan, tetapi semangat kebersamaan dan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pelatih. Dari persiapan awal hingga ke akhir majlis, semuanya berganding bahu memastikan majlis makan malam ini berjalan dengan lancar dalam suasana yang penuh mesra dan harmoni ๐Ÿค

Setulus penghargaan kami ucapkan kepada para pelatih atas saguhati yang diberikan kepada kami cikgu-cikgu. Keikhlasan itu benar-benar menyentuh hati dan akan sentiasa kami kenang. Terima kasih kerana menghargai kami bukan sekadar sebagai pengajar, tetapi sebagai sebahagian daripada perjalanan kalian.

Ini bukan sebuah perpisahan. Sebaliknya, ia adalah permulaan kepada perjalanan Wellness Therapy di Lawas โ€” perjalanan yang dibina atas ilmu, kepercayaan dan hubungan yang tulus.
Semoga kenangan ini kekal dalam ingatan dan ikatan yang terjalin terus utuh walau di mana kita berada. Semoga program ini terus berkembang dan memberi manfaat kepada masyarakat setempat โœ…

๐Ÿ“ธ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ฟ ๐—จ๐—ท๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฟ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—น โ€“ ๐—ช๐—ฒ๐—น๐—น๐—ป๐—ฒ๐˜€๐˜€ ๐—ง๐—ต๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฝ๐˜† ๐—Ÿ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜€Minggu lepas dipenuhi dengan fokus, usaha dan semangat...
29/01/2026

๐Ÿ“ธ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ฟ ๐—จ๐—ท๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฟ ๐—ฃ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—น โ€“ ๐—ช๐—ฒ๐—น๐—น๐—ป๐—ฒ๐˜€๐˜€ ๐—ง๐—ต๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฝ๐˜† ๐—Ÿ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜€

Minggu lepas dipenuhi dengan fokus, usaha dan semangat yang luar biasa daripada semua pelatih semasa Ujian Penilaian Akhir Praktikal. Inilah masa untuk para pelatih membuktikan kemahiran, keyakinan dan kefahaman yang telah dipelajari sepanjang tempoh latihan.

Kami sangat berbangga melihat kesungguhan, kerjasama dan sikap profesional yang ditunjukkan oleh semua pelatih Wellness Therapy Lawas. Setiap usaha, kesilapan dan pembetulan sepanjang proses ini adalah sebahagian daripada pembelajaran yang sangat bermakna ๐Ÿ’ช

Tahniah kepada semua yang telah berjaya melalui fasa ini! Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan berharga untuk melangkah ke dunia terapi dengan lebih yakin dan beretika ๐ŸŒฟ

๐Ÿ“ฃ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐˜ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ถ ๐—ฝ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ช๐—ฒ๐—น๐—น๐—ป๐—ฒ๐˜€๐˜€ ๐—ง๐—ต๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฝ๐˜† ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด? Pendaftaran bagi intake seterusnya kini dibuka! ๐Ÿคฉ๐Ÿคฉ๐Ÿคฉ

Ikuti page Kets Pandang Sari untuk maklumat lanjut dan jangan lepaskan peluang membina kerjaya dalam bidang terapi & kesejahteraan โœจ

Hari-hari terakhir sebelum Ujian Penilaian Akhir bukan sekadar tentang ulang kaji teknik. Ia adalah tentang kefahaman, k...
19/01/2026

Hari-hari terakhir sebelum Ujian Penilaian Akhir bukan sekadar tentang ulang kaji teknik. Ia adalah tentang kefahaman, keyakinan dan kesediaan diri sebagai seorang Wellness Therapist.

Dalam sesi final training ini, para pelatih kami memberi sepenuh fokus untuk memperkemaskan pengetahuan, menghubungkan teori dengan praktikal serta memahami rasional di sebalik setiap sentuhan, pemerhatian dan keputusan. Setiap soalan yang ditanya, setiap perbincangan yang berlaku dan setiap latihan yang diulang adalah sebahagian daripada proses pembentukan seorang terapis yang beretika, berpengetahuan dan bertanggungjawab.

Kami percaya, latihan bukan hanya untuk lulus peperiksaan tetapi untuk melahirkan individu yang mampu memberi rawatan dengan empati, kefahaman dan profesionalisme. Teruskan melangkah dengan yakin. Ilmu telah dipelajari, kemahiran telah diasah dan kini tiba masa untuk membuktikan keupayaan diri.

Kami di Kets Pandang Sari berbangga melihat perjalanan dan komitmen setiap pelatih hingga ke tahap ini. Semoga segala usaha diberkati dan dipermudahkan ๐Ÿ’ชโœจ

Pagi tadi kami luangkan masa di Pantai Punang Lawas untuk senaman ringan, zumba dan grounding bersama pelatih Wellness T...
17/01/2026

Pagi tadi kami luangkan masa di Pantai Punang Lawas untuk senaman ringan, zumba dan grounding bersama pelatih Wellness Therapy.

Aktiviti luar macam ni bagi ruang untuk badan bergerak dengan lebih bebas, pernafasan jadi lebih lega dan minda pun lebih tenang. Grounding bantu kami rasa lebih โ€˜connectedโ€™ dengan alam dan diri sendiri, sesuatu yang sangat penting dalam perjalanan wellness.

Masa ini juga jadi bonding time yang sangat bermakna. Ketawa, berbual santai dan saling memberi sokongan buat hubungan antara pelatih dan tenaga pengajar jadi lebih dekat. Bila ada kepercayaan dan keselesaan, pembelajaran jadi lebih hidup dan bererti.

Sedikit masa di luar kelas, tapi banyak nilai yang dibawa pulang โœจ

๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—›๐—œ๐—ฅ ๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—ž๐—˜ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐— ๐—” ๐—ช๐—˜๐—Ÿ๐—Ÿ๐—ก๐—˜๐—ฆ๐—ฆ ๐—ง๐—›๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฃ๐—ฌ ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ฆ โœ…Media sosial mungkin sunyi sekejap,tapi di dalam kelas, aktiviti b...
17/01/2026

๐—•๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—›๐—œ๐—ฅ ๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—ž๐—˜ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐— ๐—” ๐—ช๐—˜๐—Ÿ๐—Ÿ๐—ก๐—˜๐—ฆ๐—ฆ ๐—ง๐—›๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฃ๐—ฌ ๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ฆ โœ…

Media sosial mungkin sunyi sekejap,
tapi di dalam kelas, aktiviti berjalan tanpa henti.

Sepanjang beberapa sesi kebelakangan ini kelas dipenuhi dengan penilaian diagnosis, hands-on mobilisasi dan juga aktiviti senaman ringan dalam kelas. Bukan sekadar untuk bergerak, tapi untuk kekal fokus dan tidak โ€˜tewasโ€™ dengan rasa mengantuk ๐Ÿคฃ๐Ÿคญ

Apa yang paling menyeronokkan untuk dilihat ialah apabila pelatih Wellness Therapy Lawas mula berani menggunakan tangan mereka sendiri, mula bertanya soalan dengan lebih yakin dan mula faham kenapa sesuatu pergerakan itu dibuat, bukan sekadar macam mana. Proses ini memang tidak berlaku dalam sehari. Ia perlukan pengulangan, kesabaran dan ruang untuk belajar daripada kesilapan. Tapi dari satu sesi ke satu sesi, keyakinan dan kefahaman itu mula terbina. Perlahan, tapi nyata.

Kemahiran ini bukan hanya dipelajari untuk menjadi seorang terapis. Ia adalah kemahiran yang boleh digunakan untuk diri sendiri, untuk keluarga dan untuk memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป

โœจ New Year. New Energy. New Growth. โœจ2026 is a fresh chapter โ€” filled with hope, purpose and endless possibilities. At K...
31/12/2025

โœจ New Year. New Energy. New Growth. โœจ

2026 is a fresh chapter โ€” filled with hope, purpose and endless possibilities. At Kets Pandang Sari, we are grateful for every soul who believed in our vision and trusted us with their learning journey.

May this year bring strength to your hands, clarity to your mind and success to every step you take.
Letโ€™s continue growing, learning and making an impact together ๐Ÿค

Happy New Year 2026!

31/12/2025

As we come to the end of 2025, we would like to take this moment to express our heartfelt appreciation to everyone who has supported Kets Pandang Sari throughout the year.

This year has been a meaningful journey filled with learning, growth, dedication, and continuous improvement. None of this would have been possible without the trust and encouragement from our students, trainers, collaborators, clients, partners and the wider community who stood by us every step of the way.

Every class conducted, every training session completed, every collaboration formed and every milestone achieved reflects the collective effort and belief shared with us. Your support has been our motivation to keep improving, serving with integrity and staying committed to the values we uphold.

This video is a small recap of our 2025 journey โ€” a reflection of the moments, lessons and progress we are truly grateful for. As we move forward into the new year, we remain committed to growing together, sharing knowledge and continuing to serve with purpose and sincerity.

Thank you for being part of our journey.
We look forward to creating even more meaningful moments together in the year ahead.

25/12/2025

Merry Christmas & Happy New Year from Kets Pandang Sari & Management โœจ

Address

Kuching
93050

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kets Pandang Sari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Kets Pandang Sari:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram