Pusat Rawatan Ruqyah Al Ekhsan

Pusat Rawatan Ruqyah Al Ekhsan Kami menyediakan rawatan Islam secara Ruqyah serta rawatan Bekam, Urutan Traditional dan Kiropraktik.

13/04/2025

Assalammualaikum wbt...Saya Ustaz Faizal dari Pertubuhan Amal Kebajikan Madrasah Ruqyah Al-Ekhsan Kuching, sebagai pengasas dan Mudir Madrasah ingin memaklumkan kepada anda sekalian utk mencari sukarelawan berkhidmat sambil belajar ke pertubuhan Madrasah kami...
Asrama disediakan dan makan minum di tanggung...yg masih berumur 13 hingga 17 tahun pembelajaran ke sekolah akedemik akan ditaja oleh pihak kami...

Kami mencari anak2 atau remaja yg berumur 13 tahun hingga 20 tahun yg tidak lagi bersekolah dan tidak ada pekerjaan utk sertai kami...

Kepada ibu bapa yg ingin menghantar anak2 yg tidak brsekolah lagi dan mahu mereka menjadi anak2 yg solihin serta ada pengetahuan agama dan bagi membentuk sahsiah serta akhlak mereka agar menjadi anak2 yg diharapkan suatu masa akan dtg digalak utk ikut serta.

Dan kepada golongan remaja yang telah terlibat dengan penyalahgunaan dadah yang ingin untuk berubah serta bertaubat kami mengalu-alukan kehadiran anda dengan Syarat atas kerelaan hati sendiri bukan dgn paksaan. kerana jika dengan paksaan tidak akn membuahkan hasil yg baik.

Kepada anda yg menerima maklumat ini maka sebarkanlah kepada mereka yg memerlukan utk menjadi sebahagian dr kami.

Kelayakan Sukarelawan yang kami ingin cari :-

1. Beragama Islam
2. Muallaf yang ingin belajar
3. Anak yatim atau yatim piatu
4. Anak2 asnaf
5. Anak Ibu tunggal
6. Anak yang bapanya menjalani hukuman di penjara
7. Golongan Anak2 Fakir Miskin
8. Anak2 yg ada terlibat dgn penagihan dadah
9. Berumur 13 Tahun hingga 25 Tahun sahaja
10. Kerelaan hati sendiri tiada paksaan drpd mana2 pihak.
11. Tiada tanggungan mana2 hutang atau komitmen.
12. Masih Bujang atau Duda tanpa anak. (bagi yang pernah berkahwin)
13. Tiada yuran bulanan ataupun bayaran2 lain.
14. Sanggup menjalankan kerja2 Amal.

Sekiranya anda sekalian ingin mengatahui lebih lanjut atau ada sebarang pertanyaan serta kemusykilan bolehlah hubungi atau Whatsapp Ustaz Faizal
0198011557

Tempat kami berada di:-
*PUSAT RAWATAN RUQYAH AL-EKHSAN*
1st. FLOOR, SUBLOT 8, LOT 4596, PRC GARDEN SHOPLOT, JLN MATANG-BATU KAWA, 93050 KUCHING.

Sekian Wassalam.

23/03/2024
10/06/2023
16/05/2023

Assalamualaikum.....Ustaz brgkat ke KL ptg nie...hingga 22 hrbln...jika ada yg nak berubat atau perlukan khidmat rawatan Islam...blh maklumkan nanti..Ustaz Faizal dr Sarawak

Assalamualaikum W.B.T, puji dan syukur kami panjatkan ke hadrat Allah SWT yang telah melimpahkan nikmat dan kurnia-Nya k...
15/04/2023

Assalamualaikum W.B.T, puji dan syukur kami panjatkan ke hadrat Allah SWT yang telah melimpahkan nikmat dan kurnia-Nya kepada kita semua. Selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang syafaatnya sentiasa kita nantikan di Yaumul Akhir. Saya selaku pengasas serta pengerusi Pusat Rawatan Islam Dan Madrasah Ruqyah Al-Ekhsan, yang kini telah pun berdaftar sebagai PERTUBUHAN AMAL KEBAJIKAN MADRASAH RUQYAH AL-EKHSAN KUCHING, akan mengadakan Majlis Khatamul Al-Quran dan Iftar (Berbuka puasa) perlajar2 bersama ibu bapa mereka pada:

TARIKH :18 APRIL 2023 Bersamaan 27 RAMADHAN 1444-H
HARI : SELASA
MASA : 0500 PETANG
TEMPAT : PUSAT RAWATAN AL-EKHSAN

Sumbangan tersebut adalah untuk membeli cenderahati kepada setiap pelajar berupa senaskah Al-Quran dan sebuah hamper dan untuk kos makanan dan minuman semasa berbuka puasa bagi pelajar dan ibu bapa serta guru-guru.

Besarlah kiranya harapan kami agar tuan/puan dpt menghulurkan sedikit sumbangan utk merealisasikan majlis tersebut.

Sumbangan anda boleh diniatkan untuk salah satu nuat dibawah
1) INFAQ RAMADHAN
2) BAYARAN FIDYAH
3) MEMBAYAR ZAKAT HARTA
4) MEMBAYAR ZAKAT PENDAPATAN
5) MEMBAYAR ZAKAT PERNIAGAAN
6) MEMBAYAR ZAKAT EMAS DAN PERAK

Anggaran keseluruhan kos yang diperlukan ada dinyatakan di dlm surat permohonan sumbangan melalui PERTUBUHAN AMAL KEBAJIKAN MADRASAH RUQYAH AL-EKHSAN KUCHING.

Segala bentuk sumbangan tuan/puan bolehlah menghubungi saya Ustaz Faizal ditalian 019-8011557 atau 017-8561507 atau blh terus ke Pusat Rawatan Al-Ekhsan sebagai pejabat pertubuhan Madrasah kami di :-

1st. Floor, Sublot 8, Lot 4596,
PRC Garden Shoplot, Jalan Matang - Batu Kawa,
93250 Kuching.
Atau boleh bank in atau online transfer ke Akaun saya
*CIMB BANK 7625950600 FAIZAL BIN ZAIDIL*
(Kami masih lagi menunggu permohonan membuka akaun semasa atas nama Pertubuhan Amal Kebajikan Madrasah Ruqyah Al-Ekhsan Kuching seperti lampiran yg diberikan kerana pertubuhan kami baru sahaja di iktirafkan pada 31 March 2023 yang lalu).

Kami juga ada sertakan sekali Lampiran senarai nama2 pelajar yg ikut serta pada Majlis Khatamul Al-Quran tersebut...

Sekian Wassalam....

Semoga Allah merahmati anda sekalian dan setiap sumbangan anda akn mendapat balasan yg setimpal dr Allah SWT.... Aamiin Ya Robbal A'laamiin.

*ADAB BERGURU*Setinggi apapun kita belajar, seberapa luasnya ilmu yang kita miliki, setebal dan sebanyak apapun kitab ya...
22/03/2023

*ADAB BERGURU*

Setinggi apapun kita belajar, seberapa luasnya ilmu yang kita miliki, setebal dan sebanyak apapun kitab yang kita khatamkan, gelar apapun yang kita terima, sebesar apapun pangkat kita,

Ingatlah, Kita tetap perlu menjadi KOSONG dihadapan GURU kita, terutama GURU yang telah MEMBIMBING KITA. Banyak yang terjadi hari ini, dulunya MURID dihadapan GURU, tetapi setelah menempuh SEDIKIT pengalaman, tiba-tiba berlagak menjadi GURU dihadapan GURU.

Dahulu mencium tangan, kini tidak lagi. Dahulu berkhidmat, kini tidak lagi, bahkan mengharap dirinya p**a DIKHIDMATI. Dahulu memanggil GURU dengan penuh hormat, kini hanya menyebut nama, bahkan kini dirinya p**a minta DIHORMATI.

Semua GURU mengharapkan agar MURIDNYA lebih darinya. Tetapi MURID tidak akan mampu melebihi dari GURUNYA.

Duhai MURID, jangan engkau LUPA DIRI. Jika tidak kerana GURU engkau, tidak engkau kenal jalan ini. Jangan hilang ADAB dengan GURU! Tidak ber ADAB maka hilanglah KEBERKAHAN.

Kalau MURID itu umpama bulu mata, maka GURU itu umpama kening. Walau setinggi manapun bulu mata naik, tidak akan sampai setara dengan kening. Semoga Alloh SWT mengaruniakan kita ADAB bersama GURU kita, seperti yang diharapkan GURU kita bahkan lebih dari itu.

Ada istilah, saat berhadapan dengan GURU, kita tidak boleh berfikir kesalahan dan kekurangan GURU, berdoalah agar Alloh menutup semua aibnya dan seolah kita hanya terlihat semua kebaikannya saja.

Kepercayaan GURU terhadap muridnya banyak bergantung kepada kepercayaan murid pada GURUNYA. Kepercayaan GURU sebenarnya AMAT PENTING dalam proses PENURUNAN ILMU terutamanya yang melibatkan KERAHASIAAN ILMU itu sendiri. Maka, menjadi tugas murid untuk berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan KEPERCAYAAN GURU terhadap dirinya. KUNCINYA adalah "ADAB DALAM BERGURU". Antara ADAB DALAM BERGURU termasuk :

1. Mentaati setiap suruhan GURU (selagi tidak melanggar syariat).
2. Hormat dan memuliakan GURU
3. Tidak "melompat" GURU selagi belum dapat keizinan GURU (ini yang biasa berlaku sekarang).
4. Jangan mendesak dan meminta-minta.
5. Pegang setiap AMANAT GURU.
6. Kepercayaan yang tidak berkurang
7. Jujur dan Ikhlas dalam menuntut ILMU.

Sekian. Semoga bermanfaat.

Assalamualaikum sila brkunjung di Mydin Bandar Baru Samariang Jualan Amal kutipan Dana Madrasah Al-Ekhsan.....Bantu kami...
01/02/2023

Assalamualaikum sila brkunjung di Mydin Bandar Baru Samariang Jualan Amal kutipan Dana Madrasah Al-Ekhsan.....
Bantu kami meringankan beban anak2 Asnaf dgn membeli sambil menderma....
Hubungi kami di talian
019-8011 557 utk sbrg prtanyaan...

Assalamualaikum wbt...Bekam Sunnah dan Urutan Tradisional satu bdn rmh ke rmh ada juga kami sediakan...Jadi buat temujan...
23/01/2023

Assalamualaikum wbt...

Bekam Sunnah dan Urutan Tradisional satu bdn rmh ke rmh ada juga kami sediakan...
Jadi buat temujanji segera utk merebut Promosi harga hanya RM50 bagi setiap sesi bekam atau urutan tradisional...

Whatsapp 019-801 1557 utk lelaki
013-8324654 utk wanita

22/01/2023

Address

FIRST FLOOR, SUBLOT 8, LOT 4596, PRC GARDEN SHOPLOT, Jalan MATANG-BATU KAWA, KUCHING
Kuching
93250

Opening Hours

Monday 10:00 - 00:00
Tuesday 10:00 - 00:00
Wednesday 10:00 - 00:00
Thursday 10:00 - 00:00
Friday 19:00 - 00:00
Saturday 10:00 - 00:00
Sunday 10:00 - 00:00

Telephone

+60198011557

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Rawatan Ruqyah Al Ekhsan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pusat Rawatan Ruqyah Al Ekhsan:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram