Persatuan Alumni ILKKM Kuching

Persatuan Alumni ILKKM Kuching Welcome to the official page of the ILKKM Kuching Alumni Association. Join us as we connect, engage and network with fellow alumni from ILKKM Kuching.

Stay updated on events, news, and opportunities as member of ILKKM Kuching Alumni.

06/02/2025
Pelatih Diploma Lanjutan Penjagaan Kesihatan Primer Ambilan Mac 2024 dengan kerjasama Persatuan Alumni ILKKM Kuching tel...
07/07/2024

Pelatih Diploma Lanjutan Penjagaan Kesihatan Primer Ambilan Mac 2024 dengan kerjasama Persatuan Alumni ILKKM Kuching telah berjaya menganjurkan Karnival Kesihatan di Uma Sambop, Batu Pilau, Belaga, dari 3 hingga 4 Julai 2024. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran kesihatan dalam komuniti setempat melalui pelbagai aktiviti yang informatif dan interaktif.

Penglibatan Persatuan Alumni merangkumi peranan sebagai moderator ketika sesi Forum antara agensi, pengendalian booth kerjaya, serta pelbagai aktiviti lain yang bertujuan memberikan pendidikan kesihatan dan mempromosikan kerjaya dalam bidang kesihatan.

Kami berterima kasih kepada Pelatih Diploma Lanjutan Penjagaan Kesihatan Primer Ambilan Mac 2024 kerana telah menjemput Persatuan Alumni ILKKM Kuching dan kepada semua yang telah turut serta dan bersama-sama memupuk kesedaran kesihatan yang lebih baik.


CARTA ORGANISASI PERSATUAN ALUMNI ILKKM KUCHING SESI 2023/2025
27/06/2024

CARTA ORGANISASI PERSATUAN ALUMNI ILKKM KUCHING SESI 2023/2025

22/10/2023
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk mengikuti Program Lanjutan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malays...
19/10/2023

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk mengikuti Program Lanjutan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) bagi Sesi Mac 2024 akan dibuka untuk permohonan bermula pada 1 hingga 15 November 2023.

Semua pegawai dan anggota paramedik dan auksiliari kesihatan dari Kerajaan, Badan Berkanun dan Swasta yang layak adalah dijemput untuk memohon secara dalam talian (online) menerusi Sistem Permohonan Program Lanjutan KKM (e-LDP) di alamat http://eldp.moh.gov.my/.

Sebarang pertanyaan berhubung penawaran ini boleh e-mel kepada kursuslanjutan@moh.gov.my.

BAHAGIAN PENGURUSAN LATIHAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

09/09/2023
23/08/2023

TUJUAN PENUBUHAN ALUMNI
Penubuhan Alumni di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) bertujuan memenuhi keperluan akreditasi program latihan oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) bagi program-program latihan di ILKKM.

Address

INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KUCHING
Kuching
93250

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Alumni ILKKM Kuching posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram