PMG Medical Clinic-Kota Sentosa, Kuching

PMG Medical Clinic-Kota Sentosa, Kuching Medical clinic under Public Medicare Group (PMG) that provides affordable, friendly, professional, and comprehensive healthcare services to all.

Your Perfect Healthcare Partner!

16/10/2025

Golongan yang berisiko tinggi mendapat komplikasi akibat jangkitan virus influenza adalah seperti

✅ Kanak-kanak berumur bawah 5 tahun
✅ Wanita hamil
✅ Warga tua 65 tahun ke atas
✅ Pesakit kronik
✅ Individu yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah sama ada akibat penyakit kronik yang dihidapi
✅ Individu obes

Segera dapatkan rawatan jika gejala jangkitan menjadi bertambah teruk.

26/09/2025

Perut Kembung, Pinggang Pun Sakit?

Pernah tak bila perut rasa penuh dengan angin, tiba-tiba pinggang pun jadi sengal? Ramai anggap kebetulan, tapi sebenarnya ada kaitan.

Bila perut kembung, usus yang mengembang akan menolak organ sekitarnya. Tekanan itu bukan saja buat rasa tak selesa di bahagian perut, tapi juga boleh “menghantar” isyarat sakit ke kawasan pinggang.

Lebih parah bila kita ubah postur untuk tahan kembung otot belakang jadi tegang dan mula rasa sakit
Untuk legakan

• Bergerak & regangan jangan baring lama, berjalan perlahan atau buat stretching.
• Urut perut ikut arah jam bantu keluarkan gas.
• Minum air suam elak minuman bergas/sejuk.
• Letak pad panas di perut atau pinggang untuk relaks otot.
• Jaga makanan kurangkan kekacang, minuman manis/bergas, lebihkan probiotik

Jaga makan, elakkan sembelit, banyak bergerak. Pinggang yang sihat bermula dari perut yang tenang. ❤️

11/09/2025

Kerusi kosong di hujung pusat dialisis itu bukan kerana tiada pesakit, tapi kerana seorang tidak kembali. Mesin masih berbunyi, jarum masih menusuk lengan pesakit lain, darah masih berpusing dalam tiub lutsinar. Di luar kaca, seorang anak kecil melambai perlahan pada ayahnya yang terikat empat jam setiap sesi. Mereka dah hafal tempoh menunggu, tiga kali seminggu, tanpa gagal.

Lelaki itu dulu sihat. Umur baru empat puluh. Kerja kuat, badan tegap. Sakit belakangnya ditelan dengan pil tahan sakit yang dibeli macam gula-gula. Air kosong? “Minum sikit pun cukup,” katanya. Malam ada mi segera, hujung minggu ayam goreng, air manis jadi kebiasaan. Dia tak pernah terfikir dua organ kecil dalam tubuhnya sedang reput perlahan-lahan.

Sampai satu hari muka jadi sembap. Kaki berbekas bila ditekan. Kencing berbuih macam sabun. Dia fikir itu penat. Hospital fikir itu amaran. Bila akhirnya buat ujian darah, doktor hanya menggeleng.
“Buah pinggang encik dah rosak. Dan benda ini, takkan pulih.”

Itu realiti paling pedih. Buah pinggang yang gagal takkan sembuh semula. Dialisis hanya meminjam masa. Transplant mungkin beri peluang, tapi barisan panjang, kos tinggi, penderma jarang. Antara mesin dan transplant, jawapan paling ramai takut dengar ialah tanah.

Hari ini, hampir 1 daripada 7 rakyat Malaysia ada penyakit buah pinggang kronik. Pada 2011, peratusnya hanya 9%. Pada 2018, naik jadi 15.48%. Itu lebih lima juta rakyat. Setiap tahun, lebih 9,000 orang baharu mula dialisis, cukup untuk penuhkan sebuah stadium kecil. Dari hanya 6,702 orang pada tahun 2000, kini hampir 40,000 orang hidupnya terikat pada mesin. Jika trend ini berterusan, menjelang 2040 lebih 106,000 rakyat Malaysia akan bergantung pada dialisis untuk hidup.

Dan puncanya? Bukan semata-mata diabetes atau darah tinggi. Kadang-kadang perkara remeh yang kita anggap biasa: pil tahan sakit yang ditelan hari-hari, makanan segera yang penuh garam, air kosong yang disekat sebab sibuk, herba dan suplemen yang kononnya selamat, rokok dan v**e yang merosakkan salur darah halus. Semua itu nampak kecil, tapi perlahan-lahan membunuh.

Dialisis bukan pengakhiran, tapi bukan juga kehidupan yang sama. Bayangkan empat jam duduk di kerusi, tiga kali seminggu, jarum besar menusuk vena, darah berpusing keluar masuk. Bayangkan anak kecil yang membesar di luar pintu pusat dialisis, menunggu mak ayahnya selesai. Bayangkan kerja terpaksa ditinggalkan, percutian dilupakan, hidup diikat pada jadual mesin.

Satu soalan yang selalu berulang, “Doktor, kalau saya jaga betul-betul lepas ni, boleh baik balik ke?” Dan jawapannya tak pernah berubah. Tidak. Buah pinggang yang gagal tidak akan kembali normal.

Kita selalu rasa tragedi berlaku pada orang lain. Sampai satu pagi kita bangun dengan muka sembap. Sampai satu petang kita berjalan dengan badan yang pelik letihnya. Sampai satu malam buih di mangkuk tandas tak hilang. Sampai satu hari kertas darah keluar dengan angka yang menghukum.

Kerusi kosong di hujung pusat dialisis itu mungkin esok giliran siapa?

Sanggupkah anda biarkan hidup anda dimiliki mesin, hanya kerana hari ini anda terlalu malas minum air kosong?

05/09/2025

🌙✨ Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1447H / 2025M ✨🌙
Marilah kita bersama-sama menghayati dan mencontohi akhlak mulia junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian kita. Semoga hari yang penuh berkat ini membawa kedamaian, keberkatan, serta kasih sayang dalam keluarga dan masyarakat.

📌 Klinik kami tetap 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗞𝗔 semasa cuti umum. Sila ikuti maklumat terkini mengenai waktu operasi klinik kami untuk memudahkan anda.

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗸𝗲-𝟲𝟴!Sebagai Anak Malaysia, mari kita sambut hari penuh bersejarah ini dengan penuh rasa syukur...
31/08/2025

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗸𝗲-𝟲𝟴!
Sebagai Anak Malaysia, mari kita sambut hari penuh bersejarah ini dengan penuh rasa syukur dan semangat patriotik demi Malaysia tercinta.

Semoga Hari Kebangsaan ini memberi inspirasi kepada kita semua untuk terus membina masa depan yang lebih cerah dan makmur bersama.

📌 Klinik kami tetap 𝗗𝗜𝗕𝗨𝗞𝗔 semasa cuti Hari Kebangsaan ini. Sila ikuti maklumat terkini mengenai waktu operasi klinik kami untuk kemudahan anda.

30/07/2025

“Mula-mula kami ingat baju sekolah dia yang tak berapa muat. Tapi lama-lama, setiap kali pakai pun tetap nampak senget…”

Dia mula perhati cara anak berdiri. Bahu tak sama tinggi. Bila anak bongkok ke depan, satu sisi belakang nampak timbul.

Rupanya, anaknya ada scoliosis tulang belakang yang membengkok perlahan-lahan, tanpa disedari.

Ramai ibu bapa tak tahu, ada ujian mudah yang boleh dibuat di rumah.

Cuma minta anak berdiri, kemudian bongkok ke depan seolah-olah nak sentuh jari kaki. Dari belakang, perhatikan:

– Bahu atau belakang nampak tak sama tinggi?
– Tulang belakang nampak membengkok ke sisi?
– Pinggul sebelah lebih tinggi?

Kalau ya, itu mungkin tanda awal scoliosis.

Tapi jangan panik lebih awal dikesan, lebih besar peluang untuk rawatan . Kadang-kadang hanya perlu pemantauan. Kadang perlu alat sokongan. Yang penting, jangan tunggu sampai ia jadi makin teruk.

Satu pemerhatian kecil boleh selamatkan masa depan anak.

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗦𝗮𝗿𝗮𝘄𝗮𝗸 𝗸𝗲-𝟲𝟮! 🎉Hari Sarawak merupakan hari untuk kita sama-sama mengenang sejarah Sarawak , menghargai jas...
22/07/2025

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗦𝗮𝗿𝗮𝘄𝗮𝗸 𝗸𝗲-𝟲𝟮! 🎉
Hari Sarawak merupakan hari untuk kita sama-sama mengenang sejarah Sarawak , menghargai jasa tokoh-tokoh terdahulu serta meraikan kemajuan dan limpahan ekonomi yang dinikmati oleh rakyat Bumi Kenyalang hari ini.

Sempena cuti umum ini, klinik kami beroperasi seperti biasa. Jika anda memerlukan rawatan atau pemeriksaan kesihatan, jangan ragu-ragu untuk datang!

19/07/2025
27/06/2025

✨ Selamat Menyambut Awal Muharram 🌙
27 Jun 2025 menandakan bermulanya tahun baharu lslam dalam kalendar Hijrah. Semoga tahun baru hijrah ini membawa berkat, kekuatan dan kejayaan kepada kita semua.

Sempena cuti umum ini, klinik kami dibuka seperti biasa. Kunjungi PMG Medical Clinic untuk pemeriksaan & rawatan perubatan anda.




15/06/2025

He may not say it out loud, but he’s the pillar that holds the family strong — always working hard, putting others first, and rarely thinking of himself.

This Father's Day, let's remind our dad's to prioritise their well-being, by regular health check -up, healthy lifestyle and preventive care. Because your health is the greatest gift you can give to your family. 💪✨

Tag a dad or father figure in your life in this post to show your love today!

Address

LOT 35, G/F, BLOCK 233, KUCHING NORTH LAND DISTRICT, BATU 7 BAZAAR, Jalan PENRISSEN
Kuching
93250

Opening Hours

Monday 08:00 - 12:00
14:30 - 16:30
Tuesday 08:00 - 12:00
14:30 - 16:30
Wednesday 08:00 - 12:00
14:30 - 16:30
Thursday 08:00 - 12:00
14:30 - 16:30
Friday 08:00 - 12:00
14:30 - 16:30
Saturday 08:00 - 12:00
14:30 - 16:30
Sunday 08:00 - 12:00
14:30 - 16:30

Telephone

+60149447966

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PMG Medical Clinic-Kota Sentosa, Kuching posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to PMG Medical Clinic-Kota Sentosa, Kuching:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram