10/04/2025
Autism Dahulu Terpinggir & Di Isolasi
Pada tahun 1943.
Seorang pakar bernama Dr. Leo Kanner mula perasan, ada sesuatu yang unik pada 11 orang anak yang dirujuk ke kliniknya.
Mereka lain. Tapi bukan kerana mereka ‘sakit’. Mereka cuma ada cara yang berbeza untuk berhubung dengan dunia.
Mereka tak bercakap macam biasa.
Mereka lebih tertarik pada objek daripada manusia.
S**a menyendiri dan mengasingkan diri.
Ada yang sangat sensitif sampai bunyi jam berdetik pun buat mereka menangis.
Dr. Kanner menulis satu kertas kerja dan kajian satu permulaan yang membuatkan dunia mula sedar:
“Ini bukan masalah emosi… ini satu kondisi perkembangan. Bukan gila! Bukan Kerasukkan dan kita perlu faham.”
Tapi malangnya, pemahaman tu terlalu lambat sampai kepada masyarakat.
Ramai anak-anak dulu dibesar dengan trauma. Bukan sebab tak disayangi, tapi sebab tak difahami.
Lumrah manusia mereka akan takut dengan apa yang tidak mereka fahami.
Ada yang dihantar ke hospital sakit jiwa.
Ada yang dirawat dengan kejutan elektrik.
Ada yang dibawa jumpa bomoh, dipukul rotan, dilabel kerasukan.
Di letakkan didalam sangkar dilayan umpama binatang.
Bayangkan, anak kecil 5-6 tahun… cuma mahu rasa selamat dalam dunianya sendiri,
tapi dipaksa keluar dari tempat selamat tu.
Dipaksa jadi “normal”.
Dipaksa diam.
Dipaksa ikut cara orang dewasa, walau hati kecilnya masih tak faham kenapa.
Hari ini… kita tahu lebih banyak. Kita nampak dengan lebih jelas. Informasi dihujung jari.Program diagnosis dan intervensi semakin baik.
Tapi cabaran masih belum hilang.
Kalau ada satu perkara yang saya harap semua ibu bapa tahu…
Autism is not new.
Cuma dulu autism adalah sesuatu yang "taboo" luar Dari konteks pemahaman masyarakat kita.
Mungkin dulu ada di antara rakan-rakan atau saudara kita yang autism,tapi tidak pernah mendapat diagnosis,kerana limitasi diagnosis pada ketika itu.
Hari ini kita ada pilihan.
Untuk faham.
Untuk belajar.
Untuk ubah cara kita menyokong anak-anak ini.
Bukan untuk betulkan mereka. Tapi untuk terima mereka, dan bantu mereka berkembang ikut cara mereka sendiri.
Your child is not alone. You are not alone.
Dan kita dalam perjalanan yang sama—untuk buka lebih banyak mata dan hati.
-Uncle D-