30/04/2026
Baginda ialah Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan.
Dilantik sebagai YDPA pertama pada 31 Ogos 1957.
Zaman itu… komunis sedang mengganas.
Ramai takut. Ramai berdiam diri.
Tapi tidak bagi baginda.
Baginda turun sendiri ke kampung-kampung.
Jumpa rakyat.
Nasihat mereka supaya tidak terpengaruh dengan ideologi komunis.
Kerana keberanian itu… baginda jadi sasaran.
Pada usia 56 tahun, satu kejadian mengejutkan berlaku.
Kereta api yang baginda naiki bersama permaisuri, Tuanku Kurshiah…
dibom oleh komunis.
Ya… dibom dalam perjalanan dari Singapura ke Seremban.
Namun dengan izin Allah… baginda selamat.
Lokomotif itu asalnya bernama “Krian”.
Selepas kejadian, ditukar kepada “Bunga Melor”.
Kini dikenali sebagai “Alor Gajah”.
Dan hari ini… ia masih wujud.
Dipamerkan di Muzium Tentera Darat, Port Dickson.
Sejarah ini nyata.
Keberanian ini bukan cerita rekaan.
Semoga Allah SWT merahmati roh baginda.
Sumber:Mazlan Mohamad