27/10/2023
PROGRAM : CERAMAH KHAS SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN
Dewan HIKMAH, Petra Jaya, Kuching | 1 November 2023 (Rabu) |2.30 Petang
Hikmah Sarawak berbesar hati menjemput seluruh rakyat Sarawak untuk menyertai program solidariti kemanusiaan khas buat Palestin anjuran Hikmah Sarawak.
Program tersebut ialah Program Ceramah Khas : Solidariti Bersama Palestin yang akan diadakan pada 1 November 2023 di Dewan Hikmah, Petra Jaya, Kuching pada jam 2.00 petang.
Antara penceramah yang dijemput untuk mengisi program tersebut ialah Ustaz Muhammad Azri Izat, penceramah bebas dan jemputan khas seorang rakyat Palestin, saudara Ahmad Fuad Bitari, untuk berkongsi berkaitan isu semasa dan perkembangan yang berlaku di Palestin. Ustaz Wan Lukmanhakim Wan Sajali bertindak selaku moderator.
Antara objektif program ini ialah membicarakan prihal solidariti secara intelektual disamping mendapat perkongsian terus dari warga Palestin untuk memberi gambaran jelas mengenai perkara yang sedang berlaku di Gaza ketika ini. Program ini juga bertujuan untuk mengumpul sumbangan Musaadah Tabung Kecemasan Misi Kemanusiaan Kepada Rakyat Palestin kelolaan Tabung Baitulmal Sarawak
Semoga Allah swt permudahkan segala urusan dan hasrat kita semua . Amiin ya rabb.
Jom Follow & Like laman rasmi kamekorang:
Facebook : https://www.facebook.com/HikmahSarawakOfficial?mibextid=LQQJ4d
Instagram : https://instagram.com/hikmahsarawak?igshid=Mzc1MmZhNjY=
Tiktok : www.tiktok.com/