31/05/2025
BATUK KOKOL
Anak ini baru 6 minggu. Tapi dia meninggal dunia sebab batuk kokol.
Ini kes sebenar, akan dibentangkan oleh rakan saya dalam satu persidangan hujung minggu ini. Bayi perempuan, belum cukup umur untuk terima vaksin pertussis pertama โ yang hanya boleh mula pada umur 2 bulan.
Malangnya, dia dijangkiti batuk kokol dari ahli keluarga sendiri โ ibu, ayah dan kakak kandung semuanya pernah mengalami batuk berpanjangan beberapa minggu sebelum itu. Masa awal sakit, bayi cuma batuk ringan. Bila makin teruk (demam, kurang menyusu, lemah), dibawa ke klinik. Namun pada masa tu, keadaannya tidak dikenalpasti sebagai batuk kokol.
Bayi kemudiannya dirujuk ke hospital, dimasukkan ke NICU, dan disahkan dijangkiti pertussis. Keadaannya cepat merosot, dan akhirnya meninggal dunia akibat kejutan septik yang teruk.
๐ Hasil contact tracing, kakak kandung umur 14 tahun turut disahkan positif pertussis, dan beberapa lagi kes ditemui di sekolahnya. Semuanya pernah lengkap vaksin masa kecil, tapi sebab dos terakhir pertussis dalam jadual Malaysia diberi pada umur 18 bulan, perlindungan menurun bila masuk remaja dan dewasa.
๐ Bila orang dewasa atau remaja dijangkiti, gejalanya ringan โ cuma batuk biasa. Tapi mereka boleh jadi pembawa senyap, dan jangkitkan pada bayi kecil yang belum divaksin.
---
Apa kita boleh buat?
โ
Ambil vaksin Tdap masa mengandung.
Kerajaan kini beri percuma kepada semua ibu mengandung. Vaksin ini bukan untuk ibu semata, tapi untuk lindungi bayi yang bakal lahir. Antibodi ibu akan pindah ke bayi โ dan itu boleh jadi penyelamat nyawa.
๐ Jangan tunggu sampai jadi kes macam ni.
Vaksin Tdap selamat, berkesan, dan boleh cegah tragedi.
Kalau anda sedang hamil, tolong tanya doktor tentang vaksin Tdap masa pemeriksaan antenatal.
Kalau kenal sesiapa yang sedang mengandung โ tolong sampaikan maklumat ni.
Nyawa bayi terlalu mahal untuk kita abaikan.
Dan kita semua ada peranan.
Dr Amirul Amzar
Pakar Perubatan Keluarga
Medical Mythbusters Malaysia, M3