P A S R A H "Pusat Rawatan JIN & Sihir"

P A S R A H "Pusat Rawatan JIN & Sihir" Membantu, Mengubati, Meruqyah, Menyelamat.. Demi Cinta pada Tuhan dan Kasih pada Insan..

ZIARAH MAHABBAH KE PERGURUAN SILAT SENDENG DAN PERUBATAN AURAMETAFIZIKSemalam WALID dijemput ke rumah Dr Jamal atau Poks...
23/01/2022

ZIARAH MAHABBAH KE PERGURUAN SILAT SENDENG DAN PERUBATAN AURAMETAFIZIK

Semalam WALID dijemput ke rumah Dr Jamal atau Poksu Jamal, merupakan salah seorang Guru bagi Silat Seni Sendeng Malaysia, juga merupakan pengasas AuraMetafizik (perubatan Alternatif di bawah KKM), dan merupakan seorang pengamal Tareqah Ahmadiah di bawah jalur Syeikh Said Linggi.

Jemputan Mahabbah mempertemukan dengan para sahabat dan muridnya dlm persilatan dan perubatan juga mendengar Tausiah daripada WALID..

WALID mengucap syukur diatas kewujudan perguruan Silat Sendeng dan juga perubatan AuraMetafizik..

Dalam perbincangan, Dr Jamal menjelaskan Hakikat Aura, gelombang atau getaran atau freekuasi tiada lain melainkan daripada Nur Muhamad jua..

Walid membenar dan mengatakan perguruan yg tiada membawa kpd hakikat Nur Rasulullah akan terhenti pada potensi atau bakat diri secara semulajadi yg boleh membawa pd KUASA DIRI atau MIND POWER semata2 tanpa membawa seorg itu semakin cinta pd RASULULLAH dan Menyaksikan pd SIFAT QUDRAT ALLAH..

Istilah yg sama, rasa gelombang, getaran, aura adalah sama tetapi jika tidak berpaksi pada Guru yg benar dan miliki sanad yg benar, dibimbangj Iblis atau jin kafir disebalik getaran atau gelombang tersebut yg boleh membawa kpd kesyirikan..

Setiap yg wujud semua mempunyai gelombang ,getaran atau Aura, centre ialah Qalbu, jika Qalbu berinteraksi dengan Allah secara yg benar, maka segala keajaiban penyembuhan atau kekuatan yg berlaku adalah Nusrah atau Maunah dari ALLAH..

SELAWAT , ZIKIR dan AL QURAN mempunyai energi yg paling tinggi lantaran ia dari Langit Ketuhanan, apabila disatukan pada Qalbi dan dialirkan seluruh darah dan badan, ia menghasilkan getaran,gelombang atau Aura yg kuat dan hebat dgn izin ALLAH..

Jika ilmu membawa kerendahan diri dan semakin dekat dgn ALLAH berpandu Al Quran dan Sunnah dari pedoman ulama,insyallah ia berada pada kebenaran..

Syukur ,Walid diberi kesempatan memegang brp Atsar NABI berupa kain selimut di Makam BAGINDA, darah bekam BAGINDA Dan Pohon SAHABI tempat RASULULLAH berteduh..

Wallahualam.

21/05/2021

Membuat perjanjian dengan puak dilaknat ni sama shj mcm buat perjanjian dengan Iblis dan syaitan

SUPPORT PROJECT FOR OUR FRONTLINERS SARAWAK. Setiap sumbangan anda sebagai usaha kita menyokong mereka yang sentiasa ber...
18/04/2020

SUPPORT PROJECT FOR OUR FRONTLINERS SARAWAK.

Setiap sumbangan anda sebagai usaha kita menyokong mereka yang sentiasa berusaha bersungguh-sungguh di hadapan.

Sumbangan yang dibuka :
Rm20 sahaja untuk sebotol sanitizer 120 ml (HIGH QUALITY).

Sila berhubung dengan kami di
http://www.wasap.my/60165789628/infakhandsanitizer

Gambar gambar aktiviti sumbangan boleh rujuk di Page FB kami (Terapi Sakeenah)

Sekian,
Encik Rasyidin
Akademi Terapi Sakeenah

14/04/2020

BUNUH DAJJAL DALAM RUMAH

Hadir seorang ibu dan juga merupakan seorang isteri ke pejabat sang faqir, setelah temujanji diatur. Datang jauh dari utara tanah air.

Kehadiran beliau ditemani oleh suami dan 4 orang anak lelaki yang sudah remaja.

Ibu ini mengadu dirinya selalu penat, mudah marah dan selalu mudah terlupa, walau perkara tersebut baharu sahaja 5 minit berlalu.

Buntu bertemu ramai perawat yang mendakwa dirinya bersaka, disihir dan pelbagai dakwaan mistik, namun tiada bertemu penyelesaian. Suami kepada ibu ini akhirnya menghubungi admin temujanji dan membuat temujanji setelah didesak oleh isterinya. Temujanji dibuat awal sebulan.

Mereka dijemput duduk.

Si ibu mula bercerita. "Saya begitu, saya begini, saya sakit itu, sakit ini, hakaza wakaza (bla bla)...."

Sang faqir sambil menumpukan perhatian kepada aduan si ibu tadi, mata meliar ke kanan dan kiri ibu tersebut.

Kanan beliau, suami. Kiri beliau, anak-anak.

Belum sempat si ibu menghabiskan keluhan jiwanya, sang faqir mengisyaratkan tanda 'tunggu sekejap'.

Sang faqir mengalihkan pandangan pada suami beliau. "Ada urusan hidup mati ke?" Tanya sang faqir.
Si suami terkejut, kemudian menjawab, "eh takde-takde. Kenapa ye ustaz?"

"Jika tiada urusan berkaitan hidup atau mati, bolehlah dan sudilah kiranya tuan simpan dahulu kekasih tercinta tuan di dalam poket, jika matikan dulu lebih baik." Sang faqir meminta kepada si suami.

Kemudian mengalihkan kepada 4 anak remaja mereka yang sedang kelam kabut menyimpan kekasih tercinta mereka di dalam poket masing-masing.

"Tiada urusan hidup dan mati juga, kan?" Sang faqir menyoal mereka.

Abang sulung mereka mewakili adik-adik, "tak-tak."

"Ok good, now we may proceed and further. Setakat main PUBG tu, dalam kubur nanti boleh main, main sekali dengan Munkar dan Nakir. PUBG tu boleh tolong kita jawab soalan dalam kubur nanti. Betul tak?" Sang faqir menegur.

Mereka menunduk.

Kenapa teguran agak menikam? Baca sampai habis, kalian akan faham nanti.

Sang faqir mengisyaratkan pada si ibu supaya meneruskan keluhan dan mengisyaratkan pada si suami dan anak supaya tumpu perhatian.

Secara ringkas, keluhan si ibu adalah berikut :
- Sering letih
- Malam sukar tidur
- Sering berdebar-debar hingga sesak nafas
- Mudah melenting walaupun sebenarnya dulu seorang penyabar.
- Mudah lupa.
- Mengamuk teruk tetapi terlupa yang dirinya ada mengamuk setelah keadaan reda.

Selesai si ibu mengadu keluhan. Sang faqir bertanya kepada si suami, "maaf tanya, tuan bertugas di mana?"

Si suami menjawab, "saya buat bisnes sikit-sikit ustaz."

"Anak-anak belajar lagi atau sudah bekerja?" Menyoal anak mereka.

"Saya baru habis belajar, diploma, tengah cari kerja. Yang lain belajar lagi, satu kolej, 2 sekolah menengah." Si abang menjawab.

"AlhamduLILLAH. Ok, saya nak tanya semua orang duduk asing-asing ke?" Sang faqir menyoal.

"Maksud ustaz, rumah ke? Semua duduk sekali." Si suami menjawab.

"Oo. Tapi kenapa ya saya rasa macam Puan duduk seorang diri di rumah?" Sang faqir menyoal.

" Saya tak faham, duduk seorang macam mana tu?"Si suami menyoal.

"Ok, saya nak tanya, berapa kali ibu panggil atau suruh atau minta tolong, baru anak-anak hendak bergerak atau menyahut?" Sang faqir ajukan soalan pada anak-anak mereka.

Saling tolak menolak, umpama menolak kesalahan masing-masing pada sesama mereka. Soalan tidak terjawab.

"Ok takpe, saya jawabkan. Mesti lebih dari 5kali, itupun bukan selalu, kesudahannya, ibu juga yang habiskan kerja tersebut, pada asalnya hendak minta tolong anak. Betul tak Puan?" Sang faqir ajukan pada si ibu.

Si ibu mengangguk, tanda betul.

"Berapa kali dalam seminggu tuan mendengar isteri mengadu letih dan penat, serta apa tindakan tuan?" Sang faqir ajukan pada si suami.

Eeemmm... (emm yang panjang sambil mata terpejam dan mengigit bibir) saya tak ingat ustaz, tapi memang banyaklah, sebab bukan seminggu, setiap hari dia mengadu macam tu. Saya suruh dia rehat ja la." Jawab si suami.

Sang faqir kemudian menjawab, "sengaja saya tanya seminggu, sebab saya tahu sebenarnya aduan dari isteri tuan setiap hari, dan tuan sendiri yang jawabkan."

"Beginilah, saya hendak tanya secara serius. Datang sini hendak cari penyelesaian atau hendak terus hidup dalam masalah?" Sang faqir bertanya.

Si suami menjawab, "kalau boleh nak selesailah ustaz. Lagipun saya datang pasal nak puaskan hati dia juga. Dia yang nak sangat datang. Macam mana puas hati tak sekarang?" Si suami tujukan soalan isterinya.

Si isteri tunduk. Tidak menjawab.

"Ok, sekali lagi saya tanya, hendak masalah isteri tuan selesai atau biarkan saja masalah bersama dia hingga dia habis nafas?" Sang faqir bertanya semula.

"Saya memang nak masalah dia selesai ustaz. Sebab tu sanggup datang dari jauh." Si suami menjawab.

"Ok great. Prosedur pertama jika hendak masalah ini selesai, tolong BUANG siap-siap dari kepala masing-masing yang masalah Puan ini adalah disebabkan saka, sihir, atau segala perkara yang mistik. Itu prosedur paling utama. Jika prosedur ini tidak dapat ikut, saya tidak dapat bantu." Sang faqir memberi syarat.

"Tapi ustaz, ramai ustaz-ustaz lain yang rawat cakap macam tu, ada saka, ada sihir, semua tu. Macam mana tu?" Si suami menyoal.

"Itu dengan mereka, hal mereka, masalah mereka, saya tidak mahu ambil tahu, sekarang jika hendak teruskan prosedur perawatan dengan saya, kena ikut prosedur saya. Simple, buang yang saya minta buang tu, simpan dan buat perkara yang saya minta simpan dan buat. Boleh atau tidak?" Sang faqir menyoal dengan tegas.

" Ok, insyaALLAH, boleh ustaz." Si suami menjawab.

"Avengers lain boleh atau tidak?" Sang faqir tujukan pada anak-anak mereka.

Saling tersenyum segan mereka mengangguk, "boleh ustaz."

"Puan boleh?" Tujukan pada isteri.

Si Ibu mengangguk, " InsyaALLAH. Boleh ustaz."

"AlhamduLILLAH. Sekarang kita pergi ke prosedur seterusnya. Prosedur kedua. Saya hendak minta masing-masing terutama kepada Tuan dan para Avengers (tujukan pada anak mereka), bunuh dajjal dalam rumah. Boleh?"Sang faqir menyoal.

Masing-masing muka terkejut. "Bunuh dajjal macam mana ustaz? Mana dajjalnya??" Si Suami menyoal.

"Seluk poket masing-masing, keluarkan benda paling besar yang ada dalam poket masing-masing, termasuk Puan." Sang faqir meminta mereka semua.

Masing keluarkan, termasuk si ibu, keluarkan dari beg tangan beliau.

Benda paling besar dalam poket masing-masing (suami dan anak-anak) adalah Smartphone. Manakala dari beg tangan si ibu, adalah sebuah buku catatan.

"Terima kasih semua atas kerjasama. Puan boleh simpan buku rahsia Puan. Yang lain-lain pegang smartphone masing-masing, saya hendak tunjuk dajjal ada di mana." Sang faqir minta pada si suami dan anak-anak.

Mereka siap sedia.

"Dajjal tu sebenarnya yang tuan-tuan sedang pegang sekarang. Perasan tak?" Sang faqir soal.

"Yang kami pegang. Handphone ni ke?" Si suami menyoal.

" Yes, exactly. Cuba tengok skrin handphone tu, berapa mata? Satu mata kan? Pernah tengok skrin handphone yang 2 mata? Malah mata kita yang dua ini, tertumpu pada mata yang satu tu. Bangun tidur, cari dia dulu. Tengah jaga, mata mencari dia, hendak tidur, cari dia juga. Pendek kata, tiada dia, memang tidak lengkap hidup. Betul tak?" Sang faqir menyoal.

"So, kami kena buang handphone kami. Maksudnya ustaz pun tak pakai handphone la ye." Si suami menyoal sinis.

"Ada saya suruh buang? Saya suruh bunuh." Sang faqir menjawab kembali.

"Bunuh macam mana tu? Tak faham ustaz. Cakap teruslah ustaz, tak payah kias-kiaslah, kami bukan mengaji tinggi macam ustaz." Si suami mula tidak senang.

"Bunuh maksudnya, hentikan penggunaannya ke arah kelalaian, banyakkan penggunaan ke arah kebaikan. Bukan suruh buang. Orang Bayan Lepaih bagitau, sebelum depa perdajai kita, kita perdajai depa dulu, kot sait lagi jadi maarop sintok. Jelaih kot noo." Sang faqir menjawab semula.

"Amboi gheti cakap utagha. Ustaz orang sana ka?" Si suami ketawa.

"Saya membesaq di penang, Penang Free School punya mari. Kira macam orang sana lah jugak." Sang faqir menjawab sambil ketawa kecil.

Bermulalah sesi sembang utara. Situasi biasa untuk orang utara, jika bertemu geng. 'Sembang tak ingat dunia'.

Kembali kepada permasalahan semula.

"So, dah boleh faham prosedur kedua? Mudah fahamnya, stop semua game. Kurangkan aktiviti media sosial. Sat saja, dalam 2 minggu. Nanti periksa balik keadaan Puan." Sang faqir menjelaskan.

"Boleh ustaz, takdak hai punya." Si suami menjawab.

"Ni mamu 4 orang macam mana? Boleh ka? Ka ghasa macam ghaplah jingga?" Sang faqir menyoal anak mereka.

"Boleh ustaz, boleh." Sambil melenggok-lenggokkan kepala mereka.

"Ok cantik, sebelum saya nak pi ke prosedur ketiga, saya nak eplain sikit, awat saya kasaq awai tadi kat hangpa 4 orang. Masa nak masuk pejabat saya tadi, 4 orang mamu ni sibuk dengan 'marka' depa. Sampai yang paling besaq tu, beghetuh dengan mak sendiri, lepaih tu sambung balik dengan 'marka' depa. Awat buat teghuk lagu tu cheq? Marka hangpa lebih penting ka dari ibu hangpa yang sikit ja lagi nak rebah pasai kena rempuh. Saya tengok rasa naik angin. Sabaq ja. Tiba-tiba mai Abang kita (si suami), tangan sibuk dengan marka juga, lepaih salam, tangan masih dengan marka, duduk di kerusi, tangan sibuk dengan marka, ni..ni.. (menunjukkan pada si ibu), jadi mati kutu duk tengah-tengah. Mata kiri kanan tengok hero dia masing-masing sibuk dengan marka. Puan pernah tak pikiaq, nanti puan mati takdak orang pun akan ambil tau?" Sang faqir membebel.

Si Ibu menjawab, "selalu ustaz. Selalu saya fikir benda tu. Elok saya mati dari hidup. Kalau hidup takdak orang ambil peduli. Depa sibuk hal depa saja. Saya letih ka, saya sakit ka, semua buat tak tau. Baik mati, lagi senang, tak payah pikiaq panjang dah. Saya masak, depa jamah-jamah lagu tu ja, lepaih tu hilang, pi duk kedai mamak. Keluaq rumah. Tinggai saya macam tunggui. Ustaz cuba pikiaq sat, kalau setiap hari saya macam bercakap dengan patung yang bergerak, saya sendiri dah confuse, saya yang takdak perasaan ka depa yang hilang perasaan? Saya panggil minta tolong apa-apa, hagham depa nak dengaq, last-last saya juga yang kena buat, patah Saya penat dah ustaz. 26 tahun kahwin, benda sama saja. Dah rasa macam bukan manusia. Rasa macam...... Haahhh!! tak taulah!" Si ibu mula meluahkan perasaan satu persatu.

"Sabaq sat Puan. Tenang. Dengaq dah semua? (tujukan pada anak-anak si ibu). Guru silat saya dulu pernah teguq anak dia, hang ni oghang ka parpu? Kalau jadi parpu lagi baik, boleh buat kuah roti canai. Tu guru silat saya lah. Bukan saya. Mak hangpa pedoo hangpa. Hangpa buat mandom ja. Mana aci. Jangan duk qhenyeh saja. Kena ubah la. Jangan jadi yaapur seyre." Sang faqir membebel.

Menggangguk sambil ketawa kecil, termasuk si ibu dan si suami.

"Prosedur ketiga, kena ada 4 protokol utama, ni semua orang kena buat, apa dia? Hugging, Kissing, Touching, Talking. Kena ada ada peluk-peluk. Nak tanya Abang kita, berapa lama dah tak peluk isteri? Ka duk kapok marka dalam poker tu saja? Ni mamu 4 orang, berapa lama dah tak peluk mak? (masing-masing tunduk gelengkan kepala). Masa kecil dulu sapa yang rajin peluk hangpa? Mesti mak hangpa, awat la ni baloq nak kapok mak? Kena ada cium, berapa lama dah tak cium isteri? Berapa lama dah tak cium mak? Mau pikiaq sat semua. Kena ada sentuhan. Suami geletek-geletek lah sikit isteri, bergurau senda, barulah rumahtangga tak jadi melugai, ceroi. Anak-anak rajin-rajinlah picit kaki mak, ayah, jangan buat mangkaq, keluarga jadi tawaq. Lepaih tu kena ada berbual, bersembang. Pasangan kita bukan batu belah batu bertangkup, depa ada perasaan, kena dengaq luahan hati depa, tak kiralah luahan hati sedih ka, happy ka. Sama-sama dengaq. Samalah anak-anak pun, kena banyak sembang dengan mak ayah, time depa hidup ni lah nak sembang dengan depa, masa depa takdak nanti, tinggai sembang dengan video ja, mau ka lagu tu? Mak ayah pun sama, kena duk sembang dengan anak, dengaq luahan hati depa. Semua orang kena ada kerjasama. Barulah rumahtangga tak runtuh, keluarga tak hancuq. Kena bagi FULL ATTENTION bukan FOOL ATTENTION. Clear kot no?" Sang faqir menjelaskan.

Si suami dari tadi khusyuk mendengar kemudian menjawab, " clear ustaz. Tapi yang depa-depa duk kata kena sihir la kena jin la apa semua tu, lagu mana? Boleh percaya ka?"

Sang faqir menjawab, "benda melugai lagu tu saya tak layan. Buang masa. Kalau betui ada, saya tak buang masa, berletiaq dari tadi. Laa ni, sat lagi balik, buat semua prosedur yang saya bagitau tu. Nanti lepas seminggu call saya balik. Bagitau update."

Kemudian sesi diteruskan dengan kenangan sang faqir di utara. Mereka meminta diri untuk pulang. Sesi tamat selepas kurang lebih 2 jam 30 minit.

Kurang lebih seminggu kemudian, terima panggilan dari si suami.

"Ustaz, semua yang ustaz ajaq kami buat dah. Memang sempoi. Syurr. Syukur sangat boleh jumpa ustaz. Patutlah kawan saya beria sangat suruh saya jumpa ustaz. Memang sempoilah. Terima kasih ustaz."

Sang faqir sambil ketawa, "AlhamduLILLAH. Semoga selamat semua. ALLAH jaga dan lindung keluarga Tuan. InsyaALLAH."

Perbualan telefon tamat selepas itu.

Syukur ke hadrat ALLAH. ALLAH permudah segala.

Secara ringkasnya. Tolong bunuh dajjal yang ada pada kita sekarang. Sebelum muncul dajjal yang besar, yang kemudiannya menyesatkan kita.

Semoga ALLAH lindungi kita dari segala tipu daya. Diberikan kebaikan di dunia dan akhirat. Dijauhkan dari azab api neraka. Aamiin Ya ROBBal Alamin.




Credit Via ust wan asrul

Bagi yang ingin berikhiktiar rawatan jarak jauh boleh hubungi saya.. Dengan DM

29/03/2020

Benarkah virus Dan bakteria itu sejenis bangsa Jin Dan syaitan juga?

Lihat bacaan hadis ini.

Imam Muslim dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).

Maksud sebenarnya ialah menghalang kuman iaitu mengandungi bakteria Dan virus2 yang jahat dari masuk ke dalam tubuh badan.

hadis yang diriwayatkan oleh al-Hakim dari Abu Thalabah al Khisyni r.a, Rasulullah SAW bersabda:
Jin terdiri dari tiga golongan: Golongan yang bersayap terbang di udara, golongan yang berupa ular serta anjing dan golongan yang menetap dan berpindah randah.

Bangsa Jin ini sebenarnya pelbagai jenis. Ada berbentuk binatang termasuk seperti organisma, virus Dan bakteria iaitu halus yang berterbangan di udara. Dan Ada berbentuk manusia Dan haiwan mampu menyerupai pelbagai bentuk binatang Dan apa sahaja yang juga tinggal di udara, tanah Dan air mempunyai penempatan yang tetap Dan berpindah randah seperti manusia.

Jin dan Syaitan Memasuki Tubuh Manusia
Antara kebolehan yang dimiliki oleh makhluk jin ialah kemampuan memasuki dan bergerak dalam tubuh manusia melalui salur darah. Sabda Rasulullah S.A.W. sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari:
Sesungguhnya syaitan itu berlari (bergerak bebas) di dalam tubuh anak Adam melalui saluran darah.”

Penjelasan di atas sama juga dengan virus Dan bakteria pembawa penyakit ini bebas berada ditubuh Kita di saluran darah Dan membawa pelbagai penyakit kepada tubuh badan Kita.

Sebagai contoh:-

Dalam surah Sad, ayat 41, terdapat kisah tentang nabi Ayub a.s. yang diganggu fizikalnya melalui kemasukan syaitan ke dalam tubuh baginda sehingga menimbulkan pelbagai penyakit. Firman Allah SWT:
Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami, Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: ” Sesungguhnya aku diganggu oleh syaitan dengan kesusahan dan azab seksa (penyakit)”.

Secara tidak langsung, kita dapat mengetahui bahawa jin dan syaitan masuk ke dalam tubuh kita melalui mulut. Baginda juga menyuruh agar makanan dan minuman ditutup tidak dibiarkan terdedah kerana dibimbangi akan dimasuki syaitan dengan sabdanya yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:
Diriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tutuplah bekas-bekas makanan dan ikatlah kantung air kamu, kuncilah pintu-pintu dan padamkan lampu-lampu. Sesungguhnya syaitan tidak akan membuka kantung minuman yang diikat, pintu yang dikunci dan juga bekas makanan yang ditutup.
Berdasarkan hadis di atas, kita dapat maklumat bahawa jin dan syaitan turut memasuki mana-mana bekas makanan dan minuman yang tidak ditutup. Penemuan sains dan perubatan moden menunjukkan bahawa makanan atau minuman yang terdedah akan mudah dimasuki kuman dan bakteria. Kuman dan bakteria ini biasanya akan dibawa masuk dan disebar melalui serangga dan haiwan melata seperti nyamuk, lipas, tikus, cicak dan lalat yang tinggal di tempat-tempat kotor seperti longkang, tandas dan tong sampah. Tempat-tempat yang kotor dan busuk merupakan antara kawasan yang disukai dan dihuni oleh jin dan syaitan. Justeru, adakah persamaan sifat dan habitat jin dan syaitan dengan kuman itu merupakan suatu kebetulan? Bahkan, serangga yang menjadi agen penyebaran kuman ini kebanyakkannya keluar di waktu senja, iaitu saat syaitan keluar berkeliaran dan beroperasi. Sabda Nabi Muhammad SAW dalam Shahih Muslim:” Apabila seorang itu memasuki rumahnya dan mengingati Allah (dengan membaca Bismillah) ketika memasukinya dan ketika ingin makan, maka syaitan akan berkata kepada golongannya: “Tiada tempat untuk bermalam dan tiada makan malam untuk kita semua di sini”. Sebaliknya apabila seorang itu memasuki rumah dan tidak mengingati Allah ketika memasukinya, syaitan berkata kepada golongannya: “Kita telah mendapat tempat untuk bermalam.”

Kuman dan Jin Menurut Ulama
Dalam memperkatakan perihal kuman dan bakteria ini, Syeikh Rashid Ridha menyatakan dalam kitab al Tafsir wa al Mufassirun, halaman 585:
Dan Ahli ilmu kalam (Tauhid) berkata: Sesungguhnya jin itu adalah (makhluk Allah) yang hidup, bertubuh halus dan tidak boleh dilihat. Dan sesungguhnya di dalam kitab Tafsir Al Manar, telah kami nyatakan berkali-kali bahawa: “Makhluk Allah yang hidup, bertubuh halus, yang dikenali di zaman ini sebagai mikroorganisma menerusi mikroskop, adalah sebenarnya satu jenis dari bangsa jin. Dan telah pun terbukti bahawa ianya merupakan antara punca bagi kebanyakan penyakit.

Kuman Adalah Sebahagian dari penyebab Penyakit
Dalam kitab Al Muwatta karangan Imam Malik, beliau mendengar riwayat bahawa Saidina Umar hendak pergi ke Iraq. Lalu Ka’ab al Ahbar menasihatkan kepadanya dengan berkata:
“Wahai Amirul Mu’minin! janganlah engkau ke sana kerana di sana sembilan persepuluh sihir dan di sana juga ada kumpulan jin yang fasik serta wabak penyakit yang berjangkit.”

Sebenarnya, terdapat dua unsur penting yang ada pada jasad manusia yang banyak mempengaruhi kesihatan seorang manusia iaitu air dan darah. Fungsi darah ialah untuk menyalurkan oksigen ke otak dan bahagian-bahagian tubuh lain manakala air sebagai bendalir untuk penghasilan cecair-cecair enzim di dalam tubuh dan membantu sistem perkumuhan. Sekiranya salah satu unsur ini kurang atau terjejas akibat jangkitan kuman dan bakteria, maka ia akan memberi kesan kepada seluruh atau sebahagian anggota badan. Kita juga biasa mendengar bahawa apabila seseorang itu dijangkiti kuman, antara simptom paling awal yang dialaminya ialah demam dan panas dalam tubuh. Adakah mungkin kuman yang menjangkiti itu adalah jin kerana sifat panas itu berpunca dari jin yang dijadikan dari api? Itu persoalan yang perlu para pembaca sama-sama fikirkan.

Menghalang Kemasukan Jin dan Syaitan ke dalam tubuh
Sifat kejadian jin dan syaitan sememangnya halus dan tiada berbentuk sebagaimana kejadian api. Walau bagaimanapun, keistimewaan ini mempunyai beberapa batasan. Antaranya ialah mereka tidak dapat menembusi sesuatu yang disebutkan nama Allah (Bismillah) padanya. Nabi Muhammad SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:
Dan kuncilah pintu-pintu kalian dan sebutlah nama Allah (dengan membaca Bismillah) kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka pintu-pintu yang dikunci (dengan menyebut nama Allah). Ikatlah bekas-bekas air kalian dan sebutlah nama Allah, tutuplah bekas-bekas makanan kalian dan sebutlah nama Allah, walau pun (tutupan) itu sekadar meletakkan sesuatu di atasnya dan matikanlah lampu-lampu pelita kalian.

Selain bacaan Bismillah, ayat-ayat al-Quran juga boleh dijadikan sebagai jampi ruqyah. Bahkan melalui pengalaman perawat-perawat Islam, terdapat sebahagian penyakit yang berpunca dari jangkitan kuman dan virus dapat disembuhkan melalui bacaan ruqyah melalui kaedah tertentu dalam satu jangka masa yang tertentu.

Andaikata Kuman itu Bukan Jin…
Boleh jadi andaian bahawa kuman dan bakteria adalah salah satu bangsa jin mungkin tepat, dan mungkin juga sebaliknya. Kita tetap mengharapkan agar ada pihak yang boleh membuat kajian lebih mendalam terutama dari sudut klinikal dan sains moden. Melalui kajian ini, andaian tersebut boleh diputuskan sama ada tepat atau tidak. Sekiranya tidak tepat sekalipun, kita harus percaya bahawa tubuh kita ini boleh dimasuki oleh makhluk tersebut. Perkara ini dinyatakan oleh ulama terkenal, Sheikh Muhammad Mutawalli Al-Sh’arawiyy dalam kitabnya Al-Shaitan wa al-Insan, hlm. 107-108:
Sesungguhnya darah itu terdiri daripada banyak unsur-unsur yang mengalir di dalamnya seperti besi, fosfat, kalsium dan unsur-unsur lainnya sebagaimana yang telah didedahkan kepada kita melalui kajian-kajian moden. Bahkan mikrob dan kuman-kuman yang merupakan bentuk berjisim boleh menembusi kulit dan masuk ke dalam darah dan hidup dalamnya serta membiak sehingga menjadi banyak dan akhirnya terjadilah peperangan antara kuman-kuman tersebut dengan sel darah putih. Sedangkan syaitan tidak berjisim dan berbentuk lebih halus daripada kuman.

Terdapat Dalil Yang Mengatakan Jin ni banyak spesis iaitu seperti manusia, binatang dan angin. Mungkin juga kuman Virus antara spesis jin.

Antara sifat yang sama jin dan virus/kuman:-
1.Suka tempat kotor
2.Cepat membiak
3.Aktif dengan haba
4.Pasif dengan sejuk
5.Alah dengan benda masam/masin
6.Boleh mati
7.Boleh dihapus
8.Ada hayat
9.Terkesan dengan ubat2an

Malah ada sahaja kaedah rawatan di Malaysia yang mampu mengubati virus2 hipertaitis, tibi, hiv dll.

Wallahualam.

Sekiranya para pembaca mempunyai pandangan atau cadangan tentang perkara ini, maka boleh disalurkan mellaui email. Mudah-mudahan satu penerokaan terhadap persoalan kajian ini dapat membuka pelbagai lagi rahsia kejadian yang Allah ciptakan.

Sumber: Dr. Muhyiddin Bin Ismail, 2018., "Kuman itu bangsa Jin?". Daripada http://mahyuddin09.blogspot.com/2015/12/kuman-itu-bangsa-jin.html?m=1. Pada 28 March 2018.

Critical value from: Shah Aisya.

Sekarang banyak bisikan Iblis , suruh org bunuh diri ... Ubatnya adalah kembali kepada Fitrah Bertuhan ... Iaitu Cinta K...
15/02/2020

Sekarang banyak bisikan Iblis , suruh org bunuh diri ...

Ubatnya adalah kembali kepada Fitrah Bertuhan ... Iaitu Cinta Kepada Allah ﷻ dan Rasullullah ﷺ ...

1. Banyakkan Istighfar memohon keampunan

2. Banyakkan Berselawat Atas Baginda ﷺ dengan Rasa Cinta sambil mengenang susah payah Baginda ﷺ terhadap Ummatnya

3. Zikir Nafi & Istbat Lailahaillah sambil membawa makna dlm hati , Tiada yang Aku Cintai , melainkan Allah ...

Sebarkan ....

SIHIR PEMISAH SUAMI ISTERI Selalunya sihir pemisah ini ditujukan kepada suami isteri. Hubungan yang intim tiba-tiba menj...
25/11/2019

SIHIR PEMISAH SUAMI ISTERI
Selalunya sihir pemisah ini ditujukan kepada suami isteri. Hubungan yang intim tiba-tiba menjadi dingin dan asyik bertelagah sesama sendiri tanpa sebab yang munasabah. Memang kadang kita tidak perasan. Tetapi cuba kita selidik dan dalami mana tahu kot-kot terkena ilmu sihir pemisah ke... Kita kadang tidak tahu, mungkin ada orang dengki dengan kebahagiaan rumahtangga kita ke... bekas kekasih yang tidak puas hati ke... macam-macam kemungkinan boleh berlaku. Apabila dah terasa lain macam, cepat-cepatlah pergi berubat dan dapatkan rawatan tradisional supaya ianya tidak melarat dan mengakibatkan penceraian.

Dari Jabir r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim pasukannya. Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan godaan atau gangguan. Seorang dari mereka berkata, "Aku telah melakukan perkara ini dan itu", maka berkata Iblis, "Kamu tidak melakukan apa-apa", Kemudian seorang lagi datang dan berkata, "Aku tidak meninggalkannya (manusia) sehingga aku pisahkan antara suami dan isterinya", Iblis berkata, "Ya, kamulah (yang betul hebat)". (Riwayat Muslim)

Hadis ini menjelaskan, iblis dan bala tenteranya menjadikan pasangan suami isteri sasaran utama misi mereka untuk memecah belah anak cucu Adam.

Menjadi kebanggaan mereka sekiranya terjadi pergaduhan dan penceraian antara pasangan yang berumah tangga.
Di sini Saya kongsikan maklumat tentang

Apa itu sihir pemisah? Sihir pemisah merupakan sihir yang seringkali dilakukan untuk memisahkan pasangan suami isteri atas sebab tertentu selalunya berkaitan masalah peribadi, dengki, balas dendam, khianat dan sebagainya.

Sihir ini juga dikenali sebagai sihir 'at-Tafriq' dan mempunyai kaitan dan persamaan dengan sihir pembenci. Ia lebih fokus kepada pasangan suami isteri agar hubungan bermasalah dan penceraian.

Ibnu Kathir menjelaskan setiap pasangan suami isteri yang terkena sihir ini akan mengakibatkan pandangan suami atau isteri terhadap pasangannya disihirkan sehingga kelihatan hodoh atau buruk sama ada dari rupa paras atau perilaku.

Antara medium yang digunakan untuk menjayakan sihir adalah menggunakan barang berkaitan dengan mangsa seperti gambar atau pakaian, air atau minyak dijampi dan dicalitkan kepada mangsa atau diletakkan di laluan lokasi mangsa atau dimasukkan ke dalam makanan mangsa tanpa disedari.

Sebenarnya apa yang digunakan hanya hiasan luar oleh pengamal sihir untuk mengaburi mata pelanggan. Pengamal sihir sebenarnya menggunakan jin simpanan atau belaan sebagai pengantara ilmu sihir mereka.

Apabila pengamal sihir menghantar sihir kepada seseorang, mereka sebenarnya menghantar jin yang telah membuat ikatan taat setia kepada mereka. Jin yang dihantar memasuki tubuh mangsa dan melakukan kerosakan dalam badan manusia.

Jin tersebut mempengaruhi pemikiran, emosi dan nafsu manusia bagi melakukan perkara yang dikehendaki pengamal sihir.
Antara SIMPTOM yang sering diberitahu pesakit yang terkena SIHIR PEMISAH atau PEMBENCI ini adalah seperti berikut:

♦️ Timbul rasa benci amat sangat tanpa sebab jelas pada salah seorang daripada pasangan atau kedua-duanya sekali.

♦️ Berlaku perselisihan faham, pertengkaran antara pasangan tanpa sebab atau sebab kecil dan tidak munasabah, juga di kalangan anak yang menyebabkan suasana keluarga sentiasa tegang dan kucar-kacir.

♦️ Timbul rasa was-was syaitan dalam hati menyebabkan isteri takut mendekati suami. Seolah-olah suami hendak menganiayai isteri atau sebaliknya.

♦️ Timbul rasa cemburu melampau hingga menyebabkan isteri berang kerana syak suami menduakannya, padahal suami tidak berbuat demikian. Ini menyebabkan isteri melarikan diri, enggan duduk berhampiran suami atau tidur sebilik.

♦️ Rasa resah gelisah, sakit kepala dan buntu selagi pasangan berada di samping, dan merasa lega sebaik saja pasangan keluar dari rumah atau berada jauh dari pasangan.

♦️ Berlaku perubahan rupa pada pandangan mata. Isteri mungkin melihat suami dengan rupa menakutkan atau sentiasa marah dan bengis atau suami melihat isteri kelihatan hodoh. Apa yang dilakukan serba tak kena.

♦️ Timbul desakan dalam jiwa suami untuk menceraikan isteri tanpa sebab. Dalam hati timbul bisikan yang dia telah melafazkan cerai, padahal suami tidak berhasrat.

Kadang-kala lafaz cerai benar-benar keluar dari lidah seolah ada kekuatan dari dalam diri melepaskan tanpa dapat dikawal. Isteri kadang-kala meminta cerai bertalu-talu sambil mencabar suami dalam keadaan tidak terkawal dan membawa kepada pergaduhan.

⚠️ Sekiranya ada banyak daripada tanda-tanda di atas, ADA KEMUNGKINAN suami isteri itu terkena gangguan jin ataupun sihir ⚠️
TIADA SEBARANG BAYARAN DIKENAKAN UNTUK SCAN DIRI PESAKIT❗❗

Untuk mendapatkan rawatan atau sebarang pertanyaan mengenai rawatan, jangan segan silu untuk menghubungi saya di talian atau boleh terus whatsapp pada saya.

☎️ +6011-58758740 (Tuan Anas)
☎️ +6011-58758740 (Tuan Anas)

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA



CC to Rakan Fb : Rawatan islam jarak jauh

Address

Khairul Amal Musholla, Kg Demak Baru Fasa 2, Jalan Bako
Kuching
93050

Telephone

+60129301719

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when P A S R A H "Pusat Rawatan JIN & Sihir" posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to P A S R A H "Pusat Rawatan JIN & Sihir":

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram