12/04/2026
Admin
11 April 2026
Sarawak Medical Services Union (SMSU) Cawangan Miri telah berjaya menganjurkan Seminar Tadbir Urus Wang bersempena Mesyuarat Agung Tahunan 2025 pada 11 April 2026 bertempat di Bilik Bario, Hospital Miri.
Seminar ini telah dirasmikan oleh Puan Rita Elisha Mering, Timbalan Pengarah (Pengurusan) Hospital Miri, yang turut mewakili serta menyampaikan amanat daripada Pengarah Hospital Miri, Dr. Jack Wong.
Turut menjayakan seminar ini ialah dua orang penceramah:
• Puan Dionysia Michael, Penolong Pengarah dari Unit Integriti Hospital Miri
• Cik Mas binti Jali, wakil dari Unit Psikologi Kaunseling,Hospital Miri
Selain itu, program ini turut diserikan dengan kehadiran jemputan dari SMSU Pusat:
• Saudara Lionel Krusner anak Venster Bangan, Bendahari Agung SMSU
• Saudari Shira Anak Galang, Timbalan Setiausaha Agung SMSU
Syabas dan tahniah diucapkan kepada SMSU Cawangan Miri atas kejayaan menganjurkan seminar dan mesyuarat ini dengan lancar, termasuk melengkapkan agenda penting iaitu Pemilihan Ahli Jawatankuasa baharu bagi sesi 2026–2028.
Untuk makluman, pada sesi yang lalu, cawangan ini telah mencatatkan peningkatan keahlian yang memberangsangkan sehingga mencapai 833 ahli terkini, sekaligus menjadikannya cawangan kedua tertinggi dari segi jumlah keahlian dalam SMSU.
Unity Is Strength!