16/08/2020
Pernahkah anda merasa “sakit” , sesak nafas dan tidak selesa apabila masuk ke dalam pejabat atau bangunan tempat kerja anda?
Keadaan ini di namakan sebagai Sick Building Syndrome, iaitu satu situasi dimana kualiti udara yang kepam didalam bangunan menyebabkan penghuni dalam bangunan tersebut SAKIT.
Sebenarnya, ramai yang mengalami masalah ini tetapi tidak menyedari masalah kesihatan berlaku akibat Sick Builiding Syndrome. Ramai yang menganggap ia adalah jangkitan virus atau alahan biasa.
Anda boleh mengesyaki masalah ini sekiranya RAMAI rakan sekerja yang mengalami gejala yang sama.
Masalah ini bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan fizikal, malah boleh memberi impak kepada kesihatan mental dan menjejaskan produktiviti pekerja.
Ruang pejabat dan tempat kerja biasanya berisiko besar untuk mengalami masalah ini kerana bangunan yang telah usang, sistem perngudaraan yang teruk dan dicemari asap rokok.
Udara kepam ini di burukkan lagi dengan kehadiran bau bahan kimia dari perabot, lantai, bahan pencuci dan kulat kulat yang bercapuk di dinding dan siling.
Cara menangani masalah ini.
✔️ Tukar dan selenggara sistem pengudaraan dan penapisan
✔️ Gunakan penyedut hampar gas dengan HEPA filter
✔️ Basmi masalah kulat dan lumut
✔️ Gunakan bahan pencuci yang tidak mempunyai bau bauan
✔️ Buka tingkap dan pintu secara berkala
✔️ Kemaskini peralaatan perabut dan komputer
✔️ Gunakan lampu yang bersesuaian
Sekiranya masalah terlalu kompleks dan sukar untuk diselesaikan.
Pastikan anda keluar dari bangunan tersebut secara berkala untuk mendapatkan udara bersih. Buka tingkap dan cuba untuk dapatkan cahaya dan pengudaraan.
Credit to: Portal Health Malaysia