17/03/2025
Sekumpulan pelajar dipaksa melakukan tekan tubi 200 kali sebagai tindakan untuk mendisiplinkan pelajar-pelajar dalam satu insiden buli di sekolah.
Bunyi seperti latihan fizikal biasa, tapi realitinya? Boleh membawa kepada kegagalan buah pinggang akut yang ramai tidak tahu,
Rhabdomyolysis berlaku apabila otot yang dipaksa bekerja secara berlebihan akan mengalami koyakan kecil atau pecah.
Bila otot rosak, ia melepaskan bahan toksik seperti myoglobin ke dalam darah. Myoglobin ini adalah protein dari otot yang sangat pekat dan melekit. Ia kemudiannya menyumbat buah pinggang, menyebabkan kegagalan buah pinggang akut yang boleh mengancam nyawa.
⚠️ Tanda-tanda bahaya selepas melakukan aktiviti fizikal ekstrem:
🔸 Otot terasa sakit luar biasa, bengkak atau keras
🔸 Lemah teruk hingga sukar bergerak
🔸 Air kencing gelap seperti teh , tanda buah pinggang mula terjejas
Jika mengalami simptom ini selepas aktiviti fizikal berat, dapatkan pemeriksaan segera.
Buli bukan sekadar penderaan mental, tetapi boleh menjadi penderaan fizikal yang membahayakan nyawa. Laporkan. Jangan berdiam diri.