16/12/2025
Urticaria is most of the time due to allergy.
This is the mildest form of allergy. Can easily treated with antihistamine tablets and short course steroid.
Important to note if accompanied by symptoms like headache/ dizziness/ shortness of breath/ chest pain/ nausea vomitting, it signifies anaphylactic reaction which is life threatening allergic reaction. Please immediately seek for medical help
“Dah cucuk steroid, dah makan prednisolone beberapa hari, tapi tetap tak pulih. Orang kata kena badi mayat.”
Kalau anda sedang lalui benda ni, anda bukan seorang 🙏🏻 ia masalah kesihatan yang common dan ia bukan berpunca dari ludah jin, Badi mayat & punca mistik.
Ruam timbul, merah, gatal dan cepat berubah tempat ini sangat konsisten dengan urtikaria, kadang kadang bersama bengkak pada kaki, bibir atau kelopak mata.
Rawatan utama urtikaria banyak dipacu oleh histamin, jadi rawatan asas yang lebih tepat ialah antihistamin generasi kedua yang diambil ikut jadual, bukan bila gatal sahaja. Ubat antihistamin juga digunakan sebagai ubat selsema.
Punca urticaria berlaku ada banyak sebab,
✅ Antaranya ubat tahan sakit jenis NSAIDs seperti ibuprofen atau aspirin
✅ jangkitan virus ringan seperti selsema
✅ panas dan peluh, mandi air panas,
✅ geseran atau tekanan pada kulit seperti getah seluar, stokin ketat dan tali beg.
✅ stress seperti nak exam
Ada juga kes urtikaria jadi degil sebab pencetus berulang setiap hari tanpa kita sedar. Bila ubat diambil tidak konsisten, atau pencetus masih ada, ruam boleh nampak macam “tak jalan” walaupun sudah makan ubat.
Apa anda boleh buat hari ini?
Elakkan mandi panas dan elakkan menggaru, selagi anda menggaru, selagi itu ruam tidak akan hilang. Jangan pakai baju ketat, seluar ketat, guna kompres sejuk, atau anginkan dengan kipas angin . semak balik ubat yang anda ambil terutama ubat tahan sakit, dan mula ambil antihistamin yang sesuai secara berkala mengikut nasihat doktor.
Kalau ruam berulang hampir setiap hari lebih 6 minggu, atau tompok yang sama kekal lama dan jadi lebam selepas surut, itu perlu dinilai semula kerana mungkin bukan urtikaria biasa.
Dan ini paling penting.
Jika ada bengkak lidah atau bibir, suara serak tiba tiba, sesak nafas, rasa tekak sempit, pening hampir pengsan, jangan tunggu. Terus ke jabatan kecemasan.