20/11/2025
Thank you RTM - Radio Televisyen Malaysia for covering the launch of Trove Borneo!
SBC PERKASA BIDANG R&D, HASILKAN PRODUK BORNEO BERMUTU TINGGI
KUCHING, 19 Nov – Sarawak terus komited memperkasa bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam usaha menghasilkan produk bernilai tinggi yang berdaya saing serta berpotensi menembusi pasaran global.
Komitmen ini dizahirkan melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Sarawak Biodiversity Centre (SBC) dan KITKOJI Pte. Ltd. (KITKOJI) yang dimeterai hari ini, di Kuching.
Menurut Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) merangkap Pengerusi SBC, Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel, kerjasama strategik bertujuan mengukuhkan usaha pembangunan produk berasaskan biodiversiti Sarawak agar berdaya bersaing di pasaran dunia.
“Kita tidak seharusnya hanya menjadi ‘Juara Kampung’. Kita mahu menjadi wira negara. Saya percaya SBC mempunyai potensi yang sangat besar, dan bukan SBC sahaja. Kita juga mempunyai banyak lagi agensi penyelidikan di Sarawak serta pelbagai produk untuk diketengahkan," Katanya.
Jelasnya lagi, inisiatif ini menyokong aspirasi negeri dalam mempromosi sumber semula jadi secara lestari, serta memanfaatkan potensi biodiversiti sebagai pemacu pertumbuhan industri kesihatan dan kesejahteraan.
Majlis MoU hari ini disertai dengan pelancaran Trove Borneo, koleksi edisi terhad sembilan minyak pati tulen yang dihasilkan daripada tumbuhan asli Sarawak, melambangkan pencapaian penting hasil kolaborasi antara SBC dan KITKOJI.
MADELINA