20/03/2020
Nukilan dari CEO Syarikat RCC yg hebat. Terbaik...Product juga hebat...( Fiber detox stevia, Stevia Sweatener dan tidak lama lagi..Luttien Coffee Stevia...).
Bisimillahirahmanirahim.
Nukilan ikhlas dari saya.
Saya berasal dari Johor dan merupakan anak peneroka Felda Sungai Sibol Kulai Johor.Keluarga saya juga bukanlah berasal dari keluarga yang senang.Sekadar cukup makan dan pakai..Alhamdulillah.Selepas tamat spm dulu saya di terima berkerja sebagai caddy golf (pungut bola golf) di IOI Golf Resort Senai Johor. Tidak lama selepas tu saya berhenti dan berkerja sebagai operator kilang demi mencari sesuap nasi membantu keluarga.
Saya tidak mempunyai pendidikan yang tinggi untuk mendapatkan pekerjaan yang baik dan bergaji tinggi. Saya selalu diketawakan dan dipandang rendah oleh kawan kawan dan mereka yang berpangkat tinggi dan bergaji besar.Pelbagai usaha dan kerja saya buat.Bermacam macam perniagaan saya cuba buat dari ketuk rumah orang, jual barang, direct selling, skim cepat melingkup pun saya buat sampai habis duit simpanan.Kereta kancil isteri saya dulu pun RM400 sebulan saya tak mampu bayar.Balik dari kerja kilang kereta dah tak ada ingat kena curi rupanya kena tarik.Allah ! Hanya tuhan saja yang tahu perasaan saya. Terlalu banyak lagi story yang saya simpan sampai sekarang yang ramai tak tahu. Dunia bagaikan terasa gelap dan hampir berputus asa untuk meneruskan hidup.
Pada 2012 akibat dari tekanan βbossβ di kilang tempat saya berkerja dan masalah peribadi, saya terpaksa berhenti kerja untuk memberi tumpuan kepada anak ke-2 yang baru lahir dan di rawat di ICU HSA akibat jangkitan kuman di paru paru.Sebelum lahir ke dunia anak saya juga telah di sahkan oleh doctor pakar akan cacat (OKU) bila lahir nanti.Ibubapa mana yang tidak sedih bila terima berita itu.Tapi apakan daya saya dan isteri hanya mampu redha dan berserah kepadaNya.Tambah derita apabila saya tidak mempunyai perkerjaan untuk membeli susu anak dan menyara keluarga.Isteri saya juga tidak berkerja.Bermula dari detik itulah saya bertekad untuk mengubah nasib dan membuktikan bahwa ββ Nasib seseorang itu bukanlah terletak di tangan orang lain,tetapi ianya terletak di tangannya sendiri ββ
Hari ini kita mungkin nampak orang lain senang.Kita nampak luaran mereka tapi kita tak pernah nampak dan tidak tahu bagaimana kesusahan mereka di peringkat awal. Di saat kita susah belum tentu kawan kawan akan dekat dengan kita.Malah yang lari pun ada bila nampak muka kita,macam kita berhutang dengan dia pun ada.Padahal dia yang berhutang dengan kita.
Kini hampir 8 tahun telah berlalu.Walaupun menempuh pelbagai onak dan duri s**a dan duka,alhamdulillah perniagaan yang terbina masih lagi bertahan hingga ke saat ini.
Harapan saya InsyaAllah jika di izinkan Allah semoga perniagaan ini mampu ke peringkat yang lebih tinggi dan di kenali di peringkat antarabangsa satu hari nanti.
Best Regards,
Azman Mohd Som,
CEO & FOUNDER,
RCC GROUP OF COMPANIES.