Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor

Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor (1) Menyatupadu dan menjalin hubungan semua penggiat seni zapin termasuk pengasas, pewaris, pemuzik,

Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor adalah pertubuhan berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan dikendalikan Tunas Warisan Budaya beroperasi di Bandar Putra, Kulaijaya, Johor dengan rasa kesedaran yang tinggi berhubung dengan kesenian tari zapin negeri Johor adalah dengan mengekalkan keasliannya. Pendekatan ini difikirkan harus dilakukan demi memupuk semangat jati dir

i serta cintakan kesenian dan kebudayaan bangsa yang berteraskan kesenian yang dibawa oleh pengasas dan penerus zapin di negei Johor.

12/05/2026

πŸ“£ HEBAHAN PENYERTAAN DIBUKA!

🎨✨ Eksplorasi Seni Budaya Siri 2 Kategori Sekolah Rendah kembali lagi.

Adakah anda pelajar berumur 7 hingga 12 tahun? Inilah peluang untuk mendapatkan merit PAJSK sambil menambah pengetahuan seni budaya negara.

Jom uji pengetahuan anda bersama kami.

πŸ—“οΈ Tarikh Penyertaan: 1 – 31 Mei 2026
πŸ‘₯ Terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan warganegara Malaysia
πŸ“Œ Jawab soalan berkaitan seni, budaya, warisan & adat resam
πŸ† Menangi hadiah wang tunai sehingga RM400.00

🎁 Hadiah Menarik:
πŸ₯‡ Johan – RM400.00
πŸ₯ˆ Naib Johan – RM350.00
πŸ₯‰ Ketiga – RM300.00
πŸ… Keempat – RM250.00
πŸŽ–οΈ Kelima – RM200.00
✨ Tempat ke-6 hingga ke-10 – RM50.00
πŸ“š Sagu hati (8 pemenang) – Bahan penerbitan JKKN

πŸ“’ Keputusan diumumkan setiap 15 haribulan dan boleh disemak melalui portal rasmi.

πŸ”— Daftar sekarang: https://pemetaanbudaya.jkkn.gov.my

Jangan lepaskan peluang ini untuk meneroka seni budaya negara dan buktikan kehebatan anda! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ­





12/05/2026
12/05/2026

RAIKAN KEPELBAGAIAN BUDAYA SEMPENA COLOURS OF MALAYSIA 2026

Jom Warga Johor kita meriahkan Program Colours of Malaysia 2026 dengan tema "Raikan Kepelbagaian Budaya" anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Daerah Johor Bahru dan Tebing@Bandar Dato' Onn pada :

πŸ—“οΈ 30 Mei 2026 (Sabtu)
πŸ•˜ 9.00 Malam
πŸ“ Tebing Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru

Saksikan persembahan dan keunikan seni budaya dan warisan pelbagai kaum yang mengangkat keindahan warisan Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Johor Cultura Tahun Melawat Johor 2026.

Bawa keluarga dan rakan-rakan untuk sama-sama kita meriahkan dan semarakkan seni budaya kita..!

Semua di jemput hadir...!

Onn Hafiz Ghazi
Raven Kumar Krishnasamy
Majlis Kebudayaan Negeri Johor.
Majlis Kebudayaan Daerah Johor Bahru
TΓ©bing Bandar Dato' Onn








Kami di sini. Jom...
10/05/2026

Kami di sini. Jom...

Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar ibu. Anda memang hebat! Alhamdulillah 🀲🏽
10/05/2026

Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar ibu. Anda memang hebat! Alhamdulillah 🀲🏽


Festival Rumah Seni Bangsa Johor 2026 merupakan sebuah inisiatif seni dan budaya oleh Persatuan Penggiat Zapin Negeri Jo...
06/05/2026

Festival Rumah Seni Bangsa Johor 2026 merupakan sebuah inisiatif seni dan budaya oleh Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor (PEZAPIN) yang menghimpunkan kepelbagaian warisan masyarakat di negeri Johor dalam satu platform yang holistik. Program ini menampilkan konsep β€œrumah seni” yang mewakili identiti budaya pelbagai kaum, sekali gus memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenali, memahami dan menghargai keunikan tradisi masing-masing. Penganjuran festival ini juga selaras dengan usaha memperkukuhkan perpaduan nasional serta menyokong inisiatif pelancongan budaya sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
Festival ini telah berlansung bermula 25 hingga 26 April 2026 bertempat di IOI Mall Kulai, Johor. Majlis perasmian festival telah dirasmikan oleh Encik Nor Syazlan bin Abd Razak, Pengarah Yayasan Warisan Johor (YWJ). Turut hadir di malam perasmian iaitu Puan Surani binti Nasir, Pegawai Kebudayaan, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor, Wahyu Budiwa Rendra bin A Wahid, Ketua Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi Warisan, Yayasan Warisan Johor dan Mr Fu Zhen Lin, Persatuan Kebudayaan Long Tian Kulai, Johor.
Antara persembahan kesenian yang disajikan pada malam perasmian seperti tarian Singa, tarian pelbagai kaum, persembahan nyanyian, persembahan muzik saxophone dan persembahan muzik sapeh.
Raven Kumar Krishnasamy
Onn Hafiz Ghazi




06/05/2026

Nusantara Performing Arts Research Center (NusPARC) mempersembahkan Ronggeng Kuala Lumpur yang akan dibawa oleh Nyala Dance Theatre dan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) bersama iringan muzik secara langsung daripada Kumpulan Muzik Ronggeng NusPARC.

Program Ronggeng Kuala Lumpur ini disokong oleh Think City di bawah program Kreatif KL dan Festival Kuala Lumpur 2026. Program Ronggeng Kuala Lumpur bertujuan untuk menghidupkan semula tradisi kreatif dan budaya yang sinonim dengan Kuala Lumpur.

Kami akan berada di SEMUA HOUSE & PASAR SENI pada tarikh-tarikh tersebut.

Kepada sesiapa yang terlepas untuk bersama kami sebelum ini, boleh sertai kami di SEMUA HOUSE & PASAR SENI dan meronggeng bersama SECARA PERCUMA!

Jom kita meronggeng sampai lencun!

Nusantara Performing Arts Research Center (NusPARC) presents Ronggeng Kuala Lumpur, which will be brought by Nyala Dance Theatre and Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT), with live music performance by NusPARC Ronggeng Ensemble.

Ronggeng Kuala Lumpur program is supported by Think City under the Creative KL program and Kuala Lumpur Festival 2026. The Ronggeng Kuala Lumpur program is meant to revitalise extant creative and cultural traditions synonymous with Kuala Lumpur.

We will be at SEMUA HOUSE & CENTRAL MARKET on the dates above.

To those who could not participate in our previous event, fret not! You can join us at SEMUA HOUSE & CENTRAL MARKET and ronggeng together FOR FREE!

Let's meronggeng together till there's no tomorrow!

🌟 Selamat Hari Pekerja 🌟Hari ini kita raikan setiap titik peluh, usaha dan pengorbanan para pekerja yang menjadi tulang ...
01/05/2026

🌟 Selamat Hari Pekerja 🌟

Hari ini kita raikan setiap titik peluh, usaha dan pengorbanan para pekerja yang menjadi tulang belakang kemajuan negara. πŸ’ͺπŸ‡²πŸ‡Ύ
Terima kasih atas dedikasi, komitmen dan semangat yang tidak pernah luntur dalam memajukan ekonomi serta kesejahteraan masyarakat.

Semoga semua pekerja terus diberi kekuatan, kesihatan dan kejayaan dalam setiap langkah. 🀝✨
Pekerja Hebat, Negara Kuat!

🎭✨ Festival Rumah Seni Bangsa Johor 2026 ✨🎭Jom raikan kepelbagaian seni, budaya dan warisan di Festival Rumah Seni Bangs...
25/04/2026

🎭✨ Festival Rumah Seni Bangsa Johor 2026 ✨🎭

Jom raikan kepelbagaian seni, budaya dan warisan di Festival Rumah Seni Bangsa Johor 2026, berlangsung di IOI Mall Kulai, Johor.

Sepanjang festival ini, pengunjung dapat menikmati persembahan seni budaya, suasana festival yang meriah serta aktiviti menarik untuk seisi keluarga.

Sebagai acara utama, saksikan Pertandingan Tarian Perpaduan yang menghimpunkan bakat tarian daripada pelbagai latar belakang budaya, mempersembahkan semangat perpaduan melalui seni tari.

πŸ† Hadiah Wang Tunai Menanti
πŸ₯‡ RM2000
πŸ₯ˆ RM1500
πŸ₯‰ RM1000
πŸ… RM500

βœ… Penyertaan adalah percuma
βœ… Kategori terbuka
βœ… Sijil penyertaan disediakan

πŸ—“οΈ 25 – 26 April 2026
⏰ 10.00 Pagi – 10.00 Malam
πŸ“ IOI Mall Kulai, Johor

Mari bersama‑sama memeriahkan festival ini dan menghargai keindahan seni serta budaya bangsa πŸ’«

Maklumat lanjut sila rujuk poster.

Address

No. 5412-B, Jalan Kenari 18, Bandar Putra
Kulai
81000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor:

Share