Klinik Kesihatan Bandar Tenggara

Klinik Kesihatan Bandar Tenggara Klinik Kesihatan Bandar Tenggara merangkumi 3 Felda, 7 ladang, 2 kampung Orang Asli, 2 kawasan perbandaran (Bandar Tenggara dan Petri jaya).

12/05/2026

Jom warga Bandar Tenggara! ❤️

Sertai Program Derma Darah anjuran Panel Penasihat Kesihatan Klinik Kesihatan Bandar Tenggara dengan kerjasama PAWE Bandar Tenggara & Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

📅 Tarikh:
• 23 Mei 2026
• 15 Ogos 2026
• 7 November 2026

⏰ Masa: 9.30 pagi – 2.00 petang

📍 Tempat: Dewan PAWE Bandar Tenggara

Setitik darah anda, sejuta harapan buat mereka.

Jom jadi wira—derma darah, selamatkan nyawa!

Berminat untuk menyertai?
Sila isi pautan di bawah untuk pendaftaran 👇

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScFaCo_IyEyyPtCB982MTawdvpGFWjwJaSyQh7Kmav2MBbMDg/viewform

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sukacita dimaklumkan klinik obesiti KKBT akan menganjurkan PROGRAM PENGURUSAN BERAT...
15/04/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan klinik obesiti KKBT akan menganjurkan PROGRAM PENGURUSAN BERAT BADAN 2026 pada 24/4 hingga 24/10 💪🏼💪🏼

Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan dan mengimpikan perubahan ke arah berat badan yang lebih sihat dalam tempoh 6 bulan, inilah peluang anda!

Jika anda peserta yang kami cari, sila daftarkan nama anda di link berikut
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfZ79lZuRsBKK0sxmMc0T15XnS2s-GSpWLlJ5k8pAr_JIpHyA/viewform?usp=dialog

Pelbagai aktiviti yang bakal dianjurkan bersama dengan barisan coach yang hebat untuk menggalakkan anda kekal aktif, sihat dan bertenaga🔥🔥

Penyertaan terhad kepada 25 orang sahaja - jangan lepaskan peluang ini

30/03/2026

Bayi kuning bukan eksperimen TikTok.

Kita tak tahu gambar ini sekadar content atau betul-betul dijadikan rawatan. Tapi satu perkara wajib ditegaskan.

Fototerapi untuk jaundis bayi bukan bermaksud beli apa-apa lampu biru, pasang sendiri, kemudian rasa semuanya selamat. Rawatan sebenar guna cahaya khas dengan julat tertentu, ikut bacaan bilirubin, ikut umur bayi dalam jam, dan perlu dipantau. (Stanford Medicine)

Ada bayi yang boleh buat rawatan di rumah, ye. Tapi itu pun bukan “DIY”. Ia guna alat khas dan masih perlukan pemantauan serta ujian darah berkala. Maksudnya, rumah bukan lesen untuk cuba-cuba dengan lampu yang tak pasti spesifikasi. (Kingston Richmond NHS Trust)

Yang paling bahaya bila orang nampak posting macam ini, lalu sangka semua bayi kuning boleh dirawat sendiri. Sedangkan jaundis yang muncul dalam 24 jam pertama, bayi yang terlalu lemah menyusu, air kencing gelap, atau najis pucat, semuanya perlukan penilaian segera. (NICE)

Jangan ambil risiko pada bayi yang belum pandai memberitahu dia sedang sakit.

Kadang-kadang yang nampak “mudah” di media sosial, boleh jadi sangat mahal harganya bila terlambat dirawat.

20/03/2026
Untuk makluman penduduk Bandar Tenggara dan sekitarnya...
19/03/2026

Untuk makluman penduduk Bandar Tenggara dan sekitarnya...

04/03/2026
04/03/2026

Address

Bandar Tenggara.
Kulai
81440

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00

Telephone

+6078966199

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Bandar Tenggara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Kesihatan Bandar Tenggara:

Share