Pesuruhjaya Sumpah 2020 Kulim

Pesuruhjaya Sumpah 2020 Kulim Khidmat Pesuruhjaya Sumpah

21/04/2023

Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin

21/04/2023
26/07/2022

Kongsi ilmu

Sejarah Penubuhan Jabatan Biro Bantuan Guaman

1954 : Cadangan penubuhan Biro Bantuan Guaman.

1960 : Menerima sepucuk surat yang ditulis oleh "Orthopaedic Almoner" yang ditempatkan di Hospital Besar Kuala Lumpur yang meminta supaya nasihat guaman percuma diberikan kepada pesakit yang mengalami "residual disabilities" yang serius yang pampasan boleh diberikan jika mereka diwakili dari segi undang-undang.

Pertubuhan wanita juga mendesak Kerajaan supaya bertindak bagi membantu wanita dan anak-anak mereka dalam tuntutan nafkah terhadap suami mereka dan penjaga kanak-kanak.

Nasihat dan bantuan guaman hanya terhad kepada:-

kakitangan Kerajaan dalam prosiding undang-undang berhubung dengan tugas rasmi (melalui Peraturan-peraturan Pegawai-pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Perintah-perintah Am Bab "D") 1969).
Orang miskin dalam "forma pauperis" (melalui Kaedah-Kaedah Mahkamah Agung 1957).
Orang yang dituduh atas kesalahan jenayah melibatkan hukuman mati (melalui Kanun Tatacara Jenayah).
Oktober 1969

Perkara ini telah dirujuk kepada Peguam Negara dan beliau menyokong saranan ini.Kemudiannya perkara ini telah dirujuk kepada Kementerian Kehakiman yang kemudiannya meminta nasihat daripada Majlis Peguam yang juga menyokong skim yang dicadangkan ini. Suatu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji perkara ini.

September 1970

Suatu projek perintis telah dilancarkan dengan menyediakan khidmat nasihat bantuan guaman sahaja.

Sejumlah RM100,000 telah diperuntukkan untuk tujuan ini. Disebabkan oleh dana yang terhad, adalah perlu skim ini dihadkan bidang kuasanya hanya untuk prosiding tertentu sahaja.

Keutamaan telah diberikan kepada kes kes kekeluargaan yang dikenal pasti memerlukan bantuan segera seperti tuntutan nafkah, penguatkuasaan perintah nafkah dan sebagainya.

September 1970 : Biro Bantuan Guaman telah ditubuhkan
1985 : Biro diletakkan di bawah Jabatan Peguam Negara
Mei 1995 : Apabila tertubuhnya Kementerian Undang-Undang, Biro diletakkan di bawah Kementerian Undang-Undang.
Jun 1995 : Diletakkan di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.
16 Januari 2010 : Nama Biro Bantuan Guaman telah ditukar kepada Jabatan Bantuan Guaman.

08/07/2022

Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Pesuruhjaya Sumpah 2020 Kulim ditutup mulai 8 Jul hingga 11 Jul 2022 sempena cuti Aidiladha. Pejabat dibuka semula pada 12 Jul 2022. Harap maklum.

10/05/2022

Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Pesuruhjaya Sumpah 2020 Kulim akan ditutup pada 15 Mei 2022 bersempena Wesakday. Dibuka semula pada 16 Mei 2022. TQ.

Maklumat cuti
28/04/2022

Maklumat cuti

01/04/2022

Pejabat Pesuruhjaya Sumpah 2020 Kulim ditutup pada 3 April 2022.
(cuti 1 Ramadan)
Dibuka semula pada 4 April 2022.

31/12/2021

BERMULA 3 JANUARI 2022, PEJABAT PESURUHJAYA SUMPAH 2020 KULIM AKAN BEROPERASI SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:

WAKTU OPERASI:AHAD HINGGA KHAMIS

MASA: 9.00 PAGI HINGGA 1700 PETANG

JUMAAT,SABTU & CUTI UMUM - TUTUP

WAKTU REHAT: 1300 PETANG HINGGA 1400 PETANG

31/12/2021
30/06/2021

Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Pesuruhjaya Sumpah Kulim 2020 Akan dibuka pada 1 Julai 2021(Khamis) mulai 9 am hingga 5 pm. Harap maklum.

11/05/2021

Bersempena Cuti hari raya aidilfitri, Pejabat Pesuruhjaya Sumpah Kulim 2020, Akan ditutup pada 12 Mei hingga 16 Mei 2021. Pejabat dibuka semula pada 17 Mei 2021.

11/05/2021

Bersempena Cuti hari raya aidilfitri, Pejabat Pesuruhjaya Sumpah Kulim 2020 Akan ditutup pada 12 Mei hingga 16 Mei 2021. Pejabat dibuka semula pada 17 Mei 2021.

14/04/2021

Sepanjang tempoh bulan Ramadan, pejabat pesuruhjaya sumpah kulim 2020 dibuka setiap hari isnin hingga jumaat mulai jam 0900 hingga 1630.
Sabtu dan ahad tutup

Adalah dimaklumkan bahawa pejabat Pesuruhjaya Sumpah 2020 Kulim di buka seperti biasa dlm tempoh PKP.Jadual operasi adal...
22/01/2021

Adalah dimaklumkan bahawa pejabat Pesuruhjaya Sumpah 2020 Kulim di buka seperti biasa dlm tempoh PKP.

Jadual operasi adalah seperti berikut:

Isnin - Jumaat jam 0900 -1700

Sabtu, Ahad dan cuti umum tutup.

26/11/2020

PERKONGSIAN ILMU

KISAH BENAR KWSP

Ramai isteri fikir bila suami dah letak nama mereka sebagai penama KWSP, jika apa-apa berlaku pada suami semua duit dalam akaun KWSP adalah milik isteri.

Sebenarnya harta tadi perlu dibahagi mengikut kaedah faraid. Penama KWSP hanya sebagai pemegang amanah.

1) Ayah si mati - 1/6
2) Ibu si mati - 1/6
3) Isteri - 1/8
4) Baki akan dapat pada anak-anak. Anak lelaki dua bahagian dan anak perempuan satu bahagian.
5) Jika tiada anak lelaki, maka baki harta akan ke ayah. Dan sekiranya ayah tiada, makan adik beradik seibu sebapa atau sebapa turut layak dlm bahagian pusaka.

Contoh :

Suami tinggalkan RM100,000 duit KWSP. Ada seorang anak lelaki dan perempuan.

1) Ayah = RM16,666
2) Ibu = RM16,666
3) Isteri = RM12,500
4) Anak lelaki = RM36,112
5) Anak Perempuan = RM18,056

Jadi apa guna ada penama?

Penama KWSP ini akan bertindak menjadi wasi/pentadbir yang berkeupayaan untuk mengurus pengeluaran dan pembahagian KWSP. Pembahagian seharusnya mengikut faraid.

Mudah-mudahan selepas ini kita faham yang duit dalam KWSP bukan milik isteri atau pasangan kita sepenuhnya.

Sebab itu suami sepatutnya sediakan Hibah kepada Isteri dan Anak-anak.

09/07/2020

*Selamat Sejahtera Dan Salam Satu Malaysia.*

*PEMBATALAN SETEM HASIL OLEH PESURUHJAYA SUMPAH*

Hari ini ingin saya menyentuh beberapa perkara yang berkait rapat dengan perkhidmatan yang diberikan oleh *Pesuruhjaya Sumpah*:-

Kebelakangan ini ada saja pelanggan yang datang mintak saya untuk batalkan setem hasil atas pelbagai jenis dokumen dan perjanjian yang memerlukan bayaran duti setem.

*Persoalannya bolehkah Pesuruhjaya Sumpah membatalkan setem hasil? Kalau boleh atas dokumen jenis apa dan cara bagaimana setem hasil dibatalkan*

Bagi menjawab persoalan diatas mari kita tengok apakah sumber perundangan yang boleh dirujuk berkaitan perkara diatas.

*PERTAMA SEKALI*
*(INDIVIDU MANA YANG BOLEH MEMBATALKAN SETEM HASIL DAN ATAS JENIS DOKUMEN APA)*

*MENURUT BUTIRAN 1A JADUAL KEDUA (SEKSYEN 7) AKTA SETEM 1949*

*PESURUHJAYA SUMPAH* adalah individual yang dibenarkan untuk membatalkan setem hasil atas *Akuan Berkanun dan Afidavit* yang memerlukan bayaran duti setem. Biasanya setem hasil hanya dibatalkan atas *akuan berkanun* sahaja.
Manakala bagi dokumen *Afidavit* tiada keperluan untuk membatalkan setem hasil kerana Afidavit ini biasanya dibuat untuk difailkan dan digunakan dalam Mahkamah maka bayaran duti setem adalah dikecualikan. *Rujukan undang undang berkenaan pengecualian bayaran duti setem bagi Afidavit boleh didapati di BUTIRAN 2(i) JADUAL PERTAMA (Seksyen 4) Akta Setem 1949*

*KEDUA*
*(BAGAIMANA SETEM HASIL DIBATALKAN)*

*MENURUT SEKSYEN 7(4) AKTA SETEM 1949 dan ARAHAN AMALAN MAHKAMAH BERTARIKH 22-5-2014:-*

*Setem hasil dibatalkan dengan menandakan palang dan tarikh ke atas sebahagian setem dan sebahagian lagi di atas kertas yang dilekatkan setem* agar setem berkenaan tidak lagi dapat digunakan dengan apa-apa cara sekalipun. Dilampirkan dibawah Arahan Amalan Mahkamah dimana juga terkandung didalamnya contoh imej bagaimana setem hasil dibatalkan.

Ada segelintir Pesuruhjaya Sumpah mengunakan rekaan sendiri dan menokok tambah guideline yang diberikan dengan meletakkan *Cop Meterai Kecil Pesuruhjaya Sumpah* ke atas sebahagian setem hasil dan sebahagian lagi di atas kertas yang dilekatkan setem hasil itu. Alasan yang diberikan kononnya sekiranya tidak berbuat demikian, maka siapa pun boleh membatalkan setem hasil dengan mengikuti guideline undang-undang yang diberikan diatas. Alasan ini sama sekali tidak boleh diterima. Penggunaan cop meterai kecil Pesuruhjaya Sumpah ini untuk tujuan membatalkan setem hasil adalah tidak wajar sama sekali kerana bertentangan dengan dan tidak menepati kehendak Akta Setem 1949 itu. Alasan kedua kenapa cop meterai kecil Pesuruhjaya Sumpah tidak harus digunakan untuk tujuan pembatalan setem hasil kerana ianya bercanggah dengan fungsi dan tujuan utama penciptaan dan penggunaan cop meterai kecil pesuruhjaya sumpah itu tersendiri. Menurut *Kaedah 11(2)(c) Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018* Cop meterai Kecil Pesuruhjaya Sumpah dicipta bertujuan untuk digunakan apabila ada apa-apa perubahan(alteration) yang dibuat dalam dokumen yang diberikan sumpah atau diikrarkan bukan digunakan untuk membatalkan setem pelekat.

*Persoalan seterusnya bolehkah Pesuruhjaya Sumpah mematikan/membatalkan setem hasil ke atas jenis dokumen lain atau mana-mana perjanjian yang memerlukan bayaran duti setem selain dari 2 jenis dokumen yang tersebut diatas.*

*Jawapannya tidak boleh.* Pesuruhjaya Sumpah tidak diperuntukkan dengan kuasa undang-undang lain untuk berbuat demikian. Kuasa yang diberikan kepada Pesuruhjaya Sumpah untuk membatalkan setem hasil hanya terhad kepada *2 jenis dokumen* sahaja iaitu *Akuan Berkanun dan Afidavit*. Sekiranya ada individu yang membawa mana-mana jenis dokumen/perjanjian selain dari 2 jenis dokumen yang tersebut diatas untuk tujuan pembatalan setem hasil nasihatilah individu tersebut untuk pergi ke pejabat duti setem LHDN bagi tujuan bayaran duti setem.

Disenaraikan di sini beberapa jenis dokumen yang tidak boleh dibatalkan setem yang biasanya dibawa kepada Pesuruhjaya Sumpah:-

1. Surat Akujanji
(Letter of Undertaking);
2. Ikrar;
3. Perjanjian sewaan rumah/kedai(Tenancy Agreement);
4. Perjanjian pinjaman Mara;
5.Sebarang jenis Perjanjian pinjaman
6. Memorandum Persefahaman
7.Perjanjian Jualbeli
8.Perjanjian Perkongsian (Partnership Agreement)

Sebenarnya ada banyak lagi tapi cukuplah setakat ini.

Semoga dengan penerangan yang tidak seberapa ini dapat memberi percerahan.




Address

Kulim

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+601115224602

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pesuruhjaya Sumpah 2020 Kulim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share