
19/08/2025
✨ Berita Gembira 2025 di Nadia Traditional Therapist! ✨
Fiskal 2024-2025 NTT melabuh tirai, tahun ni banyak sustain dan maintain.. Di pengakhiran fiskal ni Kami berbesar hati untuk berkongsi bahawa pada tahun 2025, mini infrastruktur di pusat kami telah berjaya dinaik taraf demi keselesaan para pelanggan tersayang. Antara penambahbaikan yang dilakukan:
❄️ Penambahan 1 unit lagi penghawa dingin 1.5 HP di ruangan menunggu, supaya anda dapat menunggu dalam suasana lebih selesa dan nyaman.
🎮 Naik taraf komplementari hiburan daripada PlayStation 4 ke PlayStation 5, untuk pengalaman menunggu yang lebih menyeronokkan.
🍽️ Welcoming dishes yang menjadi tanda mesra sambutan kami masih diteruskan, kerana kami percaya setiap kunjungan anda adalah istimewa.
🌸 Penambahan gerbang besi bridal flower deco di pintu masuk, sebagai simbol sambutan mesra dan suasana yang lebih eksklusif sebaik sahaja anda melangkah masuk.
Terima kasih kerana terus mempercayai dan menyokong Nadia Traditional Therapist. Kami akan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan agar setiap pengalaman anda bersama kami lebih baik daripada sebelumnya.