31/12/2025
Ada orang senang sangat pinjam.
Tapi bila tiba masa bayar, dia jadi βsenyapβ. Mesej tinggal delivered. Jumpa buat macam biasa. Bila ditanya, dia kata kita yang berkira.
Masalah hutang bukan semata-mata duit. Masalah sebenar ialah rasa dipermain. Rasa tak dihormati. Rasa macam hidup kita tak penting di mata dia.
Kalau anda yang sedang berhutang, ini ayat paling jujur. Orang tak marah sebab anda susah. Orang marah bila anda menghilang. Kalau belum mampu bayar penuh, cakap terus. Bagi tarikh. Bagi pelan ansuran. Bayar sedikit dulu sebagai tanda anda bertanggungjawab. Konsisten itu lebih melegakan daripada janji besar yang tak jadi.
Kalau anda yang menunggu hutang dibayar, anda berhak jadi tegas tanpa jadi kasar. Buat semuanya jelas dan bertulis, WhatsApp pun cukup. Tulis jumlah, bila pinjam, dan tarikh akhir yang munasabah. Beri dua pilihan sahaja: bayar penuh atau bayar ansuran ikut tarikh yang dipersetujui. Simpan bukti.
Dan kalau jumlah hutang itu RM5,000 ke bawah, Malaysia ada saluran Mahkamah Tuntutan Kecil untuk individu, biasanya tanpa peguam. Ini memang laluan yang disediakan untuk tuntutan kecil dan lebih tersusun.
Biasanya orang juga akan mula dengan surat tuntutan (Letter of Demand) sebagai peringatan rasmi dan peluang akhir untuk bayar.
Pasal laporan polis p**a, penting untuk bezakan. Hutang biasa selalunya isu sivil. Polis lebih relevan bila ada unsur penipuan atau βcheatingβ seperti memperdaya orang untuk serah duit.
Yang paling penting, jangan biar satu hutang rosakkan kesihatan mental satu keluarga. Tegas itu bukan kurang ajar. Tegas itu sempadan yang selamatkan emosi, duit, dan maruah anda.