HALAMAN MINDA

HALAMAN MINDA Laman rasmi FB untuk Klinik Halaman Minda, Hospital Kulim.

Terima kasih kepada semua pengunjung booth pameran sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia semalam.
10/10/2025

Terima kasih kepada semua pengunjung booth pameran sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia semalam.

10/10/2025

Selamat Menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025 pada hari ini, 10 Oktober 2025.

​Tema global tahun ini: "Akses kepada Perkhidmatan: Kesihatan Mental dalam Malapetaka dan Kecemasan."

​Kesihatan mental adalah asas untuk membina semula kehidupan selepas apa jua krisis. Marilah kita sama-sama menghapuskan stigma dan memastikan sokongan tersedia untuk semua.

​Jika anda memerlukan seseorang untuk mendengar, sila Dapatkan bantuan sokongan di Talian HEAL 15555 (dibuka setiap hari, 8 pagi hingga 12 tengah malam).

​Utamakan Kesihatan Mental Anda. Anda Tidak Sendirian.

07/10/2025

Jom beramai2 hadir khamis ini di perkarangan lobi Hospital Kulim.

📣*BERITA GEMBIRA!*🎉 Tarikh tutup penyertaan telah DILANJUTKAN atas permintaan ramai! 🎉📆*Tarikh Tutup Baharu : 19 OKTOBER...
07/10/2025

📣*BERITA GEMBIRA!*
🎉 Tarikh tutup penyertaan telah DILANJUTKAN atas permintaan ramai! 🎉

📆*Tarikh Tutup Baharu : 19 OKTOBER 2025 (AHAD)*
🕐*Masa : Sebelum jam 1:00 petang*
📌*Tempat Penghantaran : Klinik Halaman Minda, Hospital Kulim*
https://share.google/d1cjm4ILK16HPgAuR

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi :
📞Dr. Sandhiya di talian 04-4272733 (ext:3598)
atau 01158557850

Hadiah menarik menanti 10 poster yang terbaik dan yang menepati tema!
E-cert akan diberikan kepada semua peserta.
Tunggu apa lagi? Jom kita melukis poster bertema “Sayangi Diri, Sayangi Minda.”

*Pecutan terakhir untuk mengumpul 101025 langkah dan mendapatkan virtual medal!* Bagi yang telah berjaya, tahniah diucap...
26/09/2025

*Pecutan terakhir untuk mengumpul 101025 langkah dan mendapatkan virtual medal!*

Bagi yang telah berjaya, tahniah diucapkan! Teruskan mengumpul langkah untuk menjadi 20 staf dengan langkah terbanyak dalam cabaran ini dan berpeluang memenangi hadiah ekslusif daripada penganjur.

FAQ 1: *Bila akan dapat ecert?*
- Setelah tamat cabaran pada 30 September, BookDoc akan menghantar notifikasi untuk ecert tersebut.
- Boleh semak di Challenge>Mindathon >Progress > download ecert. (Setelah tamat cabaran ya!)

Faq 2: *Macamana tahu saya pemenang atau tak?*
- Pihak Halaman Minda akan menghubungi anda untuk hadir ke Perhimpunan Pagi Oktober 2025 bagi penerimaan hadiah tersebut.

Selamat bercuti hujung minggu, teruskan melangkah. Badan sihat, Minda tenang.

Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Kulim dengan kerjasama TEMAN akan menganjurkan Pertandingan Melukis Pos...
11/09/2025

Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Kulim dengan kerjasama TEMAN akan menganjurkan Pertandingan Melukis Poster bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025.

Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah di daerah Kulim.

📌Tarikh tutup penyertaan : 9 Oktober 2025
📌Cara penghantaran : Karya lukisan perlulah dihantar ke Klinik Halaman Minda, Hospital Kulim selewat-lewatnya pada 9 Oktober 2025, pukul 1pm berserta nama penuh, nama sekolah, kelas dan nombor telefon.

Lokasi :
https://share.google/d1cjm4ILK16HPgAuR

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi :
📞Dr. Sandhiya di talian 04-4272733 (ext:3598)

Hadiah menarik menanti 10 poster yang terbaik dan yang menepati tema!

Tunggu apa lagi? Jom kita melukis poster bertema “Sayangi Diri, Sayangi Minda.”

10/09/2025

Kadang-kadang, jalan yang gelap terasa tiada penghujung. Tetapi kami percaya, setiap jiwa layak untuk menemui kembali cahaya.

​Di Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia ini, kami di Halaman Minda, Hospital Kulim bertekad untuk Mengubah Naratif tentang Bunuh Diri. Kita akan gantikan kesunyian dengan perbualan, stigma dengan empati, dan kegelapan dengan harapan.

​Jika anda sedang bergelut, ketahuilah, anda kuat. Jika anda tahu seseorang yang memerlukan bantuan, hulurkan tangan. Bersama, kita boleh mencipta sebuah kisah yang baru—kisah tentang harapan dan pemulihan.

​Semoga ia membantu anda!


*JOM SERTAI BOOKDOC CHALLENGE MIND@THON*Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada 10 Oktober setiap tahun...
01/09/2025

*JOM SERTAI BOOKDOC CHALLENGE MIND@THON*

Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada 10 Oktober setiap tahun, Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Kulim dengan kerjasama TEMAN ingin menjemput semua kakitangan KKM dan orang ramai untuk menyertai cabaran BookDoc Mind@thon dengan mengumpul sasaran 101025 langkah sepanjang bulan September ini. Anda akan mendapat hadiah e-sijil dan virtual medal sekiranya mencapai target!

Cara penyertaan:
- Download BookDoc apps
- Register nama anda, masukkan referral code *BDB73301D2*
- Activate bookdoc PREMIUM dengan activation code PTJ anda (boleh check di https://kospenactiv.moh.gov.my/) , kemudian pilih penjawatan anda.
- Pilih Challenges > Exclusive > Mind@thon atau tekan link https://deeplink.bookdoc.com/challenges/3068 dan tekan Join.
- Pastikan anda refresh setiap hari untuk memastikan langkah anda dikira!

*Mind@thon: Setiap Keringat Membina Semangat*


Salam Maal Hijrah 1447H buat semua. Sempena tahun baru ini, mari kita bersama-sama berhijrah bagi membentuk kesihatan me...
27/06/2025

Salam Maal Hijrah 1447H buat semua.

Sempena tahun baru ini, mari kita bersama-sama berhijrah bagi membentuk kesihatan mental yang lebih baik. Sayangi diri dan beri sokongan kepada orang keliling antara langkah permulaan untuk kita memperbaiki diri.

Semoga tahun ini lebih baik dan membuka rezki yang banyak untuk kita.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Makluman kepada semua klien Halaman Minda, satu projek naiktaraf di klinik Halaman M...
22/05/2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Makluman kepada semua klien Halaman Minda, satu projek naiktaraf di klinik Halaman Minda melibatkan kaunter pendaftaran dan Farmasi Halaman Minda akan bermula dari 23 Mei sehingga 25 Jun 2025.

Farmasi sementara akan beroperasi di Farmasi Pandu lalu (di parking berdekatan Kafeteria).

Manakala klinik akan terus beroperasi seperti biasa namun akan terdapat gangguan bunyi yang mungkin menyebabkan sedikit ketidakselesaan semasa konsultasi bersama doktor anda. Harap maklum.

🍀Saya belajar sesuatu hari ini yang buat saya berfikir panjang. Sewaktu membaca tentang trauma-informed care, jumpa satu...
30/04/2025

🍀Saya belajar sesuatu hari ini yang buat saya berfikir panjang.

Sewaktu membaca tentang trauma-informed care, jumpa satu statement

"If your flower does not bloom, you don't fix the flower, you fix the environment!"

Bahasa mudahnya, dia nak relate tentang anak-anak. Bila sesuatu berlaku pada anak, Kita cepat mencari solusi pada anak dan apa yang tak kena dengan dia, apa yang kita boleh betulkan.

Sedangkan kita lupa yang kemenjadian anak adalah hasil daripada apa yang berlaku di sekelilingnya sepanjang proses perkembangan. Termasuk diri kita sendiri sebagai ibu ayah.

Saya dah tinggalkan mazhab 'semua salah ibu ayah' sejak akhir-akhir ini.

Namun, statement ini tetap ada betulnya.

Penting untuk kita juga muhasabah persekitaran anak-anak, sama seperti pokok. Cahaya, air, tanah, baja, pH, kelembapan. semua kena ambil kira.

-Dr Rozanizam Bin Zakaria
Pakar Perunding Psikiatri Kanak-Kanak & Remaja, IIUM

Jom temui kami 21Jun... hari ni hari terakhir early bird price🤩https://forms.gle/j23wBBe1oyHFeYYW7

🍀Antara perkara yang saya belajar hari ini tentang trauma. Kenapa ada orang alami musibah yang sangat dasyat, tapi masih...
27/04/2025

🍀Antara perkara yang saya belajar hari ini tentang trauma.

Kenapa ada orang alami musibah yang sangat dasyat, tapi masih mampu kekal resilient?

"Adversity becomes traumatic when it is compounded by a sense that one's mind is alone.
Normally an accessible other mind provides the social referencing that enables us to frame a frightening and otherwise overwhelming experience".

Maksudnya dalam bahasa mudah ialah:

Musibah yang menimpa seseorang hanya akan berbekas menjadi trauma jika pada waktu dia menghadapinya, dia melaluinya sendirian, dengan pengalaman itu dilalui dengan terasa sangat sunyi, seakan tiada siapapun yang bersamanya melaluinya.

Namun jika pada waktu musibah berlaku, dia melalui dengan perasaaan dan pemikiran bahawa dia tidak bersendirian, ada yang bersamanya, ada yang memahaminya, ada yang menghulur tangan untuk memimpinnya melalui masa sukar itu, maka itu sudah cukup untuk dia memproses musibah yang berlaku dan mampu melihatnya dengan lensa hikmah yang tersembunyi.

Bahasa lebih mudah lagi:

Attachment heals trauma.
Keberadaan sokongan itu SANGAT penting bagi individu yang mengalami trauma.

-Dr Rozanizam Bin Zakaria
Pakar Perunding Psikiatri Kanak-Kanak & Remaja, IIUM

Jom temui kami 21Jun... daftar segera🤩https://forms.gle/j23wBBe1oyHFeYYW7

Address

Hospital Kulim
Kulim

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HALAMAN MINDA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to HALAMAN MINDA:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram