Klinik Vigneshwer KIDA

Klinik Vigneshwer KIDA YOUR HEALTH IS OUR PRIORITY

30/01/2024
Happy New Year! May you have good health, good experiences and good company. Do visit us for the best treatment and medi...
18/01/2024

Happy New Year! May you have good health, good experiences and good company. Do visit us for the best treatment and medical consultations.

😷Pemakaian pelitup muka adalah dikehendaki bagi kes positif COVID-19 dan individu termasuk pelawat, pesakit, penjaga dan...
05/12/2023

😷Pemakaian pelitup muka adalah dikehendaki bagi kes positif COVID-19 dan individu termasuk pelawat, pesakit, penjaga dan anggota kesihatan ketika berada di fasiliti kesihatan apabila berhadapan, berinteraksi dengan atau merawat pesakit.
📌Manakala, pemakaian pelitup muka amat digalakkan bagi individu yang bergejala respiratori, individu berisiko tinggi, terutama ketika berada di tempat yang sesak, dan semasa berada dalam pengangkutan awam, berdasarkan penilaian kendiri.
BERSAMA KITA CAKNA TERHADAP LANGKAH PENCEGAHAN PENULARAN COVID-19

INFO HARI INI: DEMAM DENGGI Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk.Ter...
21/11/2023

INFO HARI INI: DEMAM DENGGI
Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
Tanda-tanda demam denggi:
* demam kuat yang mengejut
* sakit kepala yang teruk/kuat
* sakit pada bahagian belakang mata, otot-otot dan sendi-sendi
* Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
* muntah dan kurang selera makan.
PEMASTIAN DIAGNOSA PENYAKIT
1. Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM)
2. NSI antigen: Satu lagi test yang mengesan virus ini pada peringkat awal/demam.
Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan?
- Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.
- Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:
Mudah lebam
Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut
Apakah rawatan untuk demam denggi?
Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.
Apakah perlu saya lakukan untuk mencegah demam denggi?
1. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
2. Membuang bekas yang boleh menakung air
3. Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup
4. Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali
5. Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
6. Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
7. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
8. Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti
9. Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
10. Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
11. Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah
12. Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup

Address

5004, BATU 2 1/2, Jalan LUNAS
Kulim
09000

Opening Hours

Monday 09:00 - 21:00
Tuesday 09:00 - 21:00
Wednesday 09:00 - 21:00
Thursday 09:00 - 21:00
Friday 09:00 - 21:00
Saturday 09:00 - 18:00
Sunday 09:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Vigneshwer KIDA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Vigneshwer KIDA:

Share