Pejabat Kesihatan Daerah Kulim - PKD Kulim

Pejabat Kesihatan Daerah Kulim - PKD Kulim Menyampaikan maklumat serta menjalinkan kolabrasi erat bersama agensi lain dalam memberikan perkhidmatan

π‰π”πŒπ€π€π“-ππ€πŠπ€π“ 𝐏𝐔𝐋𝐔𝐍 ππ„π‘π’πˆπ‡ π‘π”πŒπ€π‡ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡πŸ”ŠJom rakyat Kedah kita pakat pulun sama-sama bersihkan rumah kita sempena cu...
30/04/2026

π‰π”πŒπ€π€π“-ππ€πŠπ€π“ 𝐏𝐔𝐋𝐔𝐍 ππ„π‘π’πˆπ‡ π‘π”πŒπ€π‡ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡

πŸ”ŠJom rakyat Kedah kita pakat pulun sama-sama bersihkan rumah kita sempena cuti hari Jumaat ini.

Pakat-pakat cari dan musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam dan luar rumah kita.

Tak tau nak periksa kat mana?
Nah kami dah sediakan borang pemeriksaan digital bagi memudahkan hangpa buat gheja. Imbas kod QR yang disediakan atau klik pautan ini

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScF2Cutq1ojLVxfoHn1nc0747NBK2I1HGSttNqNbUWdI5L6Gg/viewform?fbclid=IwQ0xDSwMCu9FjbGNrAwK7w2V4dG4DYWVtAjExAAEepWPQkr5paz8TqDnCWZUKitjm18FTCYu8auEwqOu_zAd3nCSpG-oY66ZMSYM_aem_iWTbNoicWkIqTLO1szCHNQ

⚠️Demam Denggi boleh menyebabkan kematian.
Bertindak segera...tidak peduli, maut menanti!!!





πŸ’‰Sempena Minggu Imunisasi SeduniaMuzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa Hukum Imunisasi adalah HARUS....
30/04/2026

πŸ’‰Sempena Minggu Imunisasi Sedunia

Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa Hukum Imunisasi adalah HARUS.

Keselamatan imunisasi sentiasa dipantau oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jika ada tanda sampingan luar biasa, segera bawa anak ke fasiliti kesihatan terdekat.

Imunisasi merupakan satu jalan pencegahan.

Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Mari kita lindungi diri dan keluarga dengan yakin dan tenang

Ibadah haji memerlukan kekuatan fizikal yang baik. Untuk kekal sihat sepanjang tempoh di sana, jemaah disarankan mengama...
30/04/2026

Ibadah haji memerlukan kekuatan fizikal yang baik. Untuk kekal sihat sepanjang tempoh di sana, jemaah disarankan mengamalkan langkah pencegahan berikut :

▢️ Pastikan sihat dan sedia sebelum berangkat
▢️ Pakai pelitup muka dan amal kebersihan tangan
▢️ Elak kontak dengan individu bergejala
▢️ Amal keselamatan makanan dan air minuman
▢️ Lindung diri daripada haba dan dehidrasi

Semoga beroleh haji yang mabrur dan kesihatan yang berpanjangan.

Kami ingin mengingatkan semula bahawa terdapat 28 kawasan atau tempat yang telah diwartakan sebagai kawasan larangan mer...
29/04/2026

Kami ingin mengingatkan semula bahawa terdapat 28 kawasan atau tempat yang telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok.

Semua pihak diminta mematuhi larangan ini demi menjaga kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.

Malaria manusia adalah penyakit malaria disebabkan oleh parasit Plasmodium yang disebarkan dalam kalangan manusia melalu...
29/04/2026

Malaria manusia adalah penyakit malaria disebabkan oleh parasit Plasmodium yang disebarkan dalam kalangan manusia melalui gigitan nyamuk Anopheles.

4 spesis Plasmodium penyebab malaria manusia

1️⃣ P. falciparum
2️⃣ P. vivax
3️⃣ P. malariae
4️⃣ P. ovale

Siapa yang paling berisiko mendapat jangkitan Malaria?Malaria tidak mengenal mangsa, namun mereka yang tinggal berhampir...
28/04/2026

Siapa yang paling berisiko mendapat jangkitan Malaria?

Malaria tidak mengenal mangsa, namun mereka yang tinggal berhampiran hutan, pekerja sektor perladangan, pembalakan dan pembinaan di hutan, peminat aktiviti rekreasi hutan dan pekerja rentas sempadan melibatkan negara endemik malaria mempunyai risiko pendedahan yang lebih tinggi.

Jika anda dalam kumpulan ini, pastikan perlindungan diri sentiasa diutamakan.

πŸ’‰Sempena Sambutan Minggu Imunisasi SeduniaImunisasi adalah proses pembentukan imuniti di dalam badan individu selepas di...
28/04/2026

πŸ’‰Sempena Sambutan Minggu Imunisasi Sedunia

Imunisasi adalah proses pembentukan imuniti di dalam badan individu selepas disuntik dengan vaksin.

Imunisasi melindungi komuniti apabila sebahagian besar daripada mereka telah menerima vaksin.

Vaksin bukan sekadar untuk perlindungan individu, ia adalah tanggungjawab bersama untuk memastikan komuniti kita kekal selamat daripada penyakit cegahan vaksin.

Lawatan kerja daripada YB Mejar (B) Mansor bin Zakaria, Exco Perumahan, Kerajaan Temlatan dan Kesihatan Negeri Kedah ber...
27/04/2026

Lawatan kerja daripada YB Mejar (B) Mansor bin Zakaria, Exco Perumahan, Kerajaan Temlatan dan Kesihatan Negeri Kedah bersama YBhg. Dr. Noraishah Abu Bakar, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah

27 April 2026 (Isnin)

Klinik Kesihatan Padang Serai telah menerima lawatan kerja daripada YB Mejar (B) Mansor bin Zakaria, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, Negeri Kedah bersama YBhg. Dr. Noraishah Abu Bakar, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah.

Dalam sesi lawatan ini, Dr. Liyanatul Najwa Zakaria, Pegawai Kesihatan Daerah Kulim telah membentangkan status semasa operasi Klinik Kesihatan Padang Serai, diikuti pembentangan oleh En. Jeffryl dari Pasukan Projek Persekutuan Negeri (PPPN), Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah berkaitan status terkini projek pembinaan Klinik Kesihatan Padang Serai Jenis 2.

Turut hadir ialah Dr. Sarah Nur Alya (Pakar Perubatan Keluarga KK Padang Serai), wakil Bahagian Kesihatan Awam, Dr. Mohd Nazrin Jamhari (KPPK Unit Kesihatan Primer), En. Fauzan (Ketua Jurutera JKN Kedah) serta En Tarmizi, (Ketua Unit Pembangunan Negeri Kedah).

PKD Kulim dan Klinik Kesihatan Padang Serai merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kehadiran dan komitmen semua pihak. Lawatan ini diharap dapat memperkukuh penyampaian perkhidmatan kesihatan serta mempercepatkan pembangunan fasiliti kesihatan di daerah Kulim.


🦟SITUASI SEMASA WABAK DENGGI DAERAH KULIM SEHINGGA MINGGU EPID 16/2026 BERMULA 19 APRIL SEHINGGA 25 APRIL 2026‼️ Terdapa...
27/04/2026

🦟SITUASI SEMASA WABAK DENGGI DAERAH KULIM SEHINGGA MINGGU EPID 16/2026 BERMULA 19 APRIL SEHINGGA 25 APRIL 2026

‼️ Terdapat 1 kes baru demam denggi dilaporkan di:

πŸ“Œ 1 kes baru di Mukim Naga Lilit

⏰ Luangkan masa 10 minit seminggu untuk mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes

πŸ›‘Tiada Aedes, Tiada Denggi






Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia (NIP) telah diperkenalkan pada awal tahun 1950-an. NIP Malaysia dirangka berdasark...
26/04/2026

Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia (NIP) telah diperkenalkan pada awal tahun 1950-an. NIP Malaysia dirangka berdasarkan Program Perkembangan untuk Imunisasi (EPI) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Impak Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) :
πŸ“Œ menurunkan kadar kejadian penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin
πŸ“Œ mengurangkan komplikasi penyakit yang boleh membawa kematian
πŸ“Œ Menurunkan kadar kematian bayi dan kanak-kanak
πŸ“Œ Meningkatkan status kesihatan generasi

πŸ’‰Sempena Sambutan Minggu Imunisasi SeduniaDemam Campak boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Namun, kanak...
26/04/2026

πŸ’‰Sempena Sambutan Minggu Imunisasi Sedunia

Demam Campak boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Namun, kanak-kanak berumur kurang 5 tahun merupakan golongan yang berisiko mengalami komplikasi jangkitan yang teruk.

Berikut merupakan gejala dan komplikasi demam campak.

Lindungi si manja anda dengan vaksinasi lengkap. Ia adalah perisai terbaik untuk mengelakkan komplikasi jangkitan yang teruk.

Address

Pejabat Kesihatan Daerah Kulim, Kompleks Kesihatan Daerah Kulim, Jalan Hospital
Kulim
09000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Kulim - PKD Kulim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pejabat Kesihatan Daerah Kulim - PKD Kulim:

Share