10/11/2016
♛ RAHSIA ANAK BIJAK & MUDAH HAFAZ ALQURAN ♛
Rasulullah SAW bersabda:
أطعموا نسائكم الحوامل اللبان , فإنه يزيد في عقل الصبي
Artinya: Berilah luban (kemenyan Arab) kepada isteri kalian yang sedang mengandung karena itu dapat mencerdaskan anak yang sedang dikandungnya. [34]
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
♛ Luban / Lubanah / Kemenyan Arab / Kemenyan Putih / Frankincense ♛
➜ Pengenalan.
➜ Luban atau kemenyan Arab (Frankincense) merupakan resin yang beraroma diperoleh dari berbagai jenis pohon hijau atau semak belukar di kawasan negara2 beriklim panas dan di kawasan Timur Tengah seperti Oman, Yaman dan Somalia. Resin merupakan getah yang mengeras bila terkena angin atau merupakan sebuah sekresi Hydrocarbon dari tanaman. Luban disebut juga Frankincense dikenalkan kembali ke Eropah oleh tentera pengikut perang salib dari Perancis.
➜ Untuk mendapatkan luban, kulit kayu pohon tersebut disayat kemudian keluar getahnya dan getah tersebut dikumpulkan. Ia menghasilkan resin jernih/lutsinar kekuningan dari mana aroma esen diekstrak. Resin tersebut dikeringkan dan dipecah menjadi beberapa buah seukuran sendok.
➜ Di sesetengah tempat di dunia, luban atau frankincense dikenali sebagai ‘olibanum’ berasal dari perkataan Arab bermaksud “susu” al-lubán. Ini juga merujuk kepada warna getahnya yang putih seakan-akan susu yang mengeras untuk dijadikan resin luban.
Luban berasal daripada istilah bahasa Arab yang digunakan di dalam kitab perubatan Islam. Nama masyhurnya dipanggil Kemenyan Arab/Serani/Kemenyan Yamani di kalangan pengamal perubatan herbal Melayu.
➜ Luban merupakan salah satu makanan sunnah Nabi yang menjadi warisan para ulama’ sejak turun temurun lagi. Dewasa ini, luban tidak lagi dikenali di kalangan masyarakat Islam. Setelah umat islam meninggalkan pemakanan Islam mutakhir ini
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
➜ Sejarah
➜ Luban disebut juga sebagai kundur zikri. Luban dikenali umum oleh orang Arab sejak dahulu kala sebagai makanan kecerdasan minda. Banyak riwayat di antaranya dalam kitab “Tib Al-Nabawi” m.s 355 menyebutkan riwayat dari Ibnu Abbas r.h. Anas r.a. Dan Saiyidina Ali k.w. Maksudnya :
➜ “ Diriwayatkan dari Saiyidina Ali k.w. bahawa dia menyatakan kepada seorang lelaki yang mengadu kepadanya tentang masalah penyakit lupa. Lalu Saiyidina Ali k.w. menyuruh ia menggunakan libanah, kerana libanah dapat menguatkan hati serta MENGHILANGKAN KELUPAAN”
➜ Nabi SAW berpesan supaya beramal dengan luban untuk kecerdasan akal anak-anak dan menguatkan ingatan bermula di dalam kandungan lagi.
➜ Rasulullah SAW bersabda:
“Berilah minuman luban kepada isterimu yang sedang hamil, kerana ia dapat menambah kecerdasan akal anakmu.”-Kitab Thibbun Nabawi.
➜ Lubanah atau luban amat berkesan bagi menambahkan daya ingatan dan mencerdaskan minda kerana ia berfungsi menghilangkan lender balagham dalam otak. Gumpalan balagham yang banyak menyebabkan lemah daya ingatan, selsema, resdung, lelah, batuk dan sebagainya yang berkaitan dengan system pernafasan.
➜ Sejarah menyatakan bahawa Imam Syafie yang amat terkenal dengan kekuatan daya ingatannya selalu mengamalkan memakan Libanah sehingga akhir hayat beliau. Setelah meninggal dunia didapati kesan Libanah masih berada di celah-celah gigi al Imam Rahimatullah.
➜ Imam Sayuti dalam kitabnya al-Rahmat Fi al-Tib Wal Hikmah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Wahai kalangan yang mengandung (wanita), perkenalkanlah kepada anak-anakmu semasa mereka di dalam perut kamu, kemenyan putih (luban) dengan memberi makannya, kerana sesungguhnya ia menambahkan hafalan dan kecerdasan (riwayat al-Dailami)
➜ Rasulullah SAW bersabda,
أطعموا نسائكم الحوامل اللبان , فإنه يزيد في عقل الصبي
Artinya: Berilah luban (kemenyan Arab) kepada isteri kalian yang sedang mengandung karena itu dapat mencerdaskan anak yang sedang dikandungnya. [34]
➜ Imam Ali bin Musa Ridha a.s. berkata,
أطعموا حبالاكم اللبان , فإن يكن في بطنهنّ غلام خرج ذكي القلب عالما شجاعا , وإن يكن جارية حسن خلقها وخلقها وعظمت عجيزتها وحظيت عند زوجها
Artinya: Berikanlah luban kepada isteri kalian yang sedang mengandung. Jika bayi yang dikandungnya itu laki-laki, maka anak tersebut akan menjadi anak yang cerdas, pandai, dan pemberani. Dan jika bayi yang kandungnya itu perempuan, maka anak itu akan menjadi cantik paras dan budi pekertinya, serta akan dihormati oleh suaminya.[35]
➜ Imam Ali Ridha (sa) berkata:
“Berilah makanan dari luban kepada isterimu yang sedang hamil. Jika bayi didalam perut isterimu itu laki-laki ia akan menjadi orang yang alim lagi pemberani. Jika ia perempuan ia akan bagus fizikalnya dan besar pinggulnya sehingga kelak menjadi bahagian yang baik bagi suaminya”.- Muhammad Bin Ya’qub (Al-Wasail 15:136, hadis ke 2)
➜ Luban (Frankincense) menjadi masyhur apabila menyingkap sejarah dari kitab Injil yang menyatakan bahawa Nabi Isa a.s yang baru dilahirkan telah mendapat hadiah iaitu emas, luban dan myrrh. Sungguhpun ramai yang tahu akan sejarah luban, tapi amat sedikit yang mengetahui dan boleh memberi penerangan apakah luban sebenarnya. Dalam kitab Injil (Bible): dalam Exodus 30:34 ia merujuk kepada levonah yang bermaksud “Lebanese” atau “putih” dalam bahasa Ibrani (Hebrew).
➜ Manakala bagi dunia Barat p**a, nama “frankincense” adalah lebih umum. Nama ini mungkin bedasarkan kepada aroma kemenyan atau setanggi Franks di mana ia tiba di Eropah melalui tentera pengikut perang salib dari Perancis.
➜ Frankincense, seperti myrrh adalah getah pokok yang telah kering atau disebut resin, terutamanya digunakan untuk membuat kemenyan. Pokok ini menghasilkan resin yang bermutu tinggi. Proses pengambilan resin ini ialah 2 – 3 kali setahun. Pokok yang muda akan menghasilkan resin berkualiti tinggi berbanding pokok yang telah tua.
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
Khasiat khusus luban sebagaimana disebutkan oleh Nabi S.A.W.
❤ Meningkatkan kecerdasan Minda.
❤ Mengelakkan daripada penyakit lupa dan nyanyuk.
❤ Meningkatkan ketajaman daya ingatan.
❤ Memberi ketenangan (menghilangkan stress).
❤ Dapat meningkatkan tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran.
❤ Menambahkan keyakinan diri.
❤ Amat sesuai untuk anak-anak yang lemah daya ingatan.
Berdasarkan tindakbalas juga dapat merawat dan melegakan penyakit:
❤ Sakit saraf , urat, dan sengal-sengal badan bagi ibu selepas bersalin.
❤ Mampu memberi stamina, menggelakkan keletihan ibu selepas bersalin dan semasa mengandung.
❤ Baik untuk ibu mengandung.
❤ Pertuturan kurang jelas.
❤ Pra nyanyuk.
❤ Migrain.
❤ Sakit kepala dan masalah angin.
❤ Tekanan yang melampau.
❤ Keletihan.
❤ Masalah pelajar malas belajar.
❤ Mengatasi masalah anak-anak degil.
❤ Lawas sistem perkumuhan.
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
Golongan yang sesuai untuk mengamalkan pengambilan luban sebagai supplement harian.
❤ Kanak-kanak
❤ Remaja
❤ Dewasa
❤ Warga emas
❤ Orang Nyanyuk
❤ Ibu mengandung
❤ Ibu dalam pantang
❤ Pesakit mental
Whatapp kami Segera untuk dapatkannya atau Komen "PM" dibawah untuk kami senang menghubungi anda..
* *
+60103717485 / +60143216350
+60103717485 / +60143216350
+60103717485 / +60143216350