Unit Pemakanan PKD Kulim

Unit Pemakanan PKD Kulim Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Unit Pemakanan PKD Kulim, Nutritionist, Kulim.

19/03/2025

Salam 18 Ramadan

Pilih kaedah masakan yang rendah kalori seperti
Kukus
Bakar
Panggang
Rebus
Airfyer

1g lemak = 9kcal tau banding
1g karbohidrat = 4kcal
1g protein = 4kcal

Selamat mencuba menu kurus 18 Ramadan



17/03/2025

Menu Kurus Ramadan 16

Macam mana nak kurangkan rasa "craving" ayaq manis ketika berbuka?

Mai cheq share tip kt hampa...

1. Pastikan hidangan berbuka tiada air manis
2. Mula berbuka dengan kurma 1-3 biji dan minum air kosong
3. Jika masih teringin air manis, makan 1-1/2 sajian buah-buahan
4. Ingat jangan minum air kosong tergopoh gapah, minum secara perlahan. Boleh minum air kosong sejuk xda masalah.

onz tak onz hampaa

selamat mencuba



12/03/2025

1500kcal

Tak banyak ke kalori 1500kcal sehari tu?

Bukan ke nk kurus kalori kena rendah saja?

Ada yg tnya cheq pasai kalori

Bila nk turunkan berat kita perlu ada pengurangan kalori atau defisit kalori.

1500kcal adalah Berdasarkan Saranan pengambilan tenaga bagi wanita sedentari. (RNI 2017)

Jadi hampa ikut ja kalori tu, sebabnya sebelum ni mesti pengambilan hampa lebih 1500kcal tu yg naik berat tu, secara x langsung ada kalori defisit.

Jom teruskan perjuangan kurus kita 💪🏻💪🏻



12/03/2025

11 Ramadan

Hampa.. nak habaq ni.. kalau berdiet makan la makanan yg seimbang dan cukup semua nutrisi

Toksah buang nutrisi2 penting seperti karbohidrat, protein, sayur dan buah

Makanlah pelbagai jenis makanan yang ada

Nak diet kena enjoy2

Kalau stress x kuruihh

Perjuangan di teruskan 💪🏻



09/03/2025

Turun berat!!

Ramai juga pm cheq bgtau depa pun turun berat jugakk

Pakat follow rapat menu kurus ramadan cheq ni.
Tahniah hampa semua. Teruskan lagi perjuangan kurus kita ni

Ada yg tanya cheq, depa baru seminggu dah turun 4kg teruih xdan tunggu sebulan xpa ka??

Mai cheq nak habaq, penurunan drastik ni memnag sonok, tapi sat ja sonok tu, nanti naik balik berat asal malah boleh naik 2x ganda.. uis.. xmau dah la berat2 ni, serik hampaa ui.

Sepanjang berdiet ni hampa kena pastikan :
1. Minum air secukupnya, capai 8 gelas air sehari di bulan puasa. Haa.. ada kan tip cukup 8 gelas air bulan posa kan, hampa p cari infografik tu

2. Jangan buang makronutrien penting dalam makanan. Menu kita perlukan cukup dan seimbang. Ada semua makronutrien (karbohidrat, protein, lemak) di tambah dengan sayur dan buah

3. Kawal porsi makan. Ikut la konsep pinggan sihat

Ingat, jangan ekstrimis sangat nak berdiet sampai lupa nutrisi penting untuk fungsi tubuh kita menghadapi bulan mulia ini.

Haa.. harini beletiaq panjang kit. Hihi

Okay selamat berpuasa hampa



08/03/2025

Genap seminggu dah berpuasa

Apa khabar berat hampa?

Cheq turun 1kg hampaa uii.. Alhamdulillah.

Kena istiqamah nak turun berat ni. Iman kena kuat menghadapi makanan lazat tinggi kalori.

Bulan ramadan lah masa sesuai untuk kawal nafsu makan dan belajar makan secukupnya sahaja.

Yang penting kawal porsi dan tau mana makanan tinggi kalori, mana makanan rendah kalori tp tinggi zat.

Ada lagi berbaki 3 minggu.
Chaiyokk 💪🏻



07/03/2025

Pejam celik pejam celik nak masuk 7 Ramadan

Masih onz x onz menu kurus ni?

Kena la onz.. kan nak turun berat ramadan ni

4kg kan! Chaiyokk 💪🏻


06/03/2025

Salam 6 Ramadan

Ada dah p bazar ke tu?

Nak diet boleh ke p bazar?

Tip pilih makanan bazar
1. Pilih kaedah masakan kuranh lemak/ minyak seperti kukus, bakar, panggang, reneh.
2. Pilih makanan/ minuman kurang gula atau tanpa gula
3. Kawal nafsu lapaq, beli sekadar untuk makan saja naa.

Selamat berpuasa 😄



04/03/2025

Marbahan ya Ramadannn

Ada tnya cheq pasaipa masa soq (sahur) minum ayaq 2 gelas. Sengkak sat g

Dak.. macam ni.. bangun dari tidoq untuk soq tu hampa minum segelas, lepaih makan soq minum lagi segelas.. gitu..

P/s: minum ayaq sebelum azan subuh naaa. Nayaa sat g

Selamat mencuba menu kurus 4 Ramadan 😄




03/03/2025

Assalamualaikum hampa

Ramadan ke 3 dah

Ada pm kat cheq kata depa x makan nasi masa soq (sahur).
Depa minta cheq share menu kurus smoothie2 untuk soq

Okay2 permintaan hampa cheq tunaikan. Chingg!

Selamat mencuba 😄



02/03/2025

Alhamdulillah selesai puasa hari pertama

Jom cheq kongsi menu kurus untuk 2 Ramadan



MAKLUMAT PERTANDINGAN:Tarikh: 08 Februari 2025 (Sabtu)Masa: 08.30 pagi : PendaftaranTempat: Khemah Utama Wellness Hub Ku...
05/02/2025

MAKLUMAT PERTANDINGAN:
Tarikh: 08 Februari 2025 (Sabtu)
Masa: 08.30 pagi : Pendaftaran
Tempat: Khemah Utama Wellness Hub Kulim

SYARAT PERTANDINGAN:
a) Setiap penyertaan adalah secara berkumpulan iaitu 2 orang/ kumpulan terdiri daripada ibu/ayah dan anak (berusia 5-6 tahun)
b) Tema pertandingan adalah Nutri Bento : Sarapan Sihat Minda Cergas
c) Bahan makanan dan minuman akan disediakan oleh pihak pengajur.
d) Peserta akan memilih jenis makanan & minuman yang disediakan oleh pihak penganjur bagi menyediakan Nutri Bento.
e) Setiap bento perlu memenuhi kesemua kumpulan makanan di dalam Piramid Makanan Malaysia 2020 dan menepati konsep Pinggan Sihat Malaysia .
f) Peserta PERLU menggunakan bekas makanan yang disediakan oleh pihak penganjur bagi menghidangkan Nutri Bento.
g) Peralatan dan perkakas (cth: pisau, papan pemotong, dll) dekorasi/ hiasan dibenarkan untuk dibawa dan digunakan mengikut kreativiti masing-masing.
h) Masa bagi penyediaan Nutri Bento adalah 1 jam.
i) Penjurian adalah merangkumi pematuhan tema, kreativiti & persembahan, kebersihan dan keselamatan makanan serta info pemakanan yang diterangkan oleh peserta.
Keputusan juri adalah muktamad.

Address

Kulim

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

044949000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Pemakanan PKD Kulim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category