Hospital Kunak, Sabah

Hospital Kunak, Sabah Kesihatan Untuk Semua

14/05/2026

Sorotan sepanjang Majlis Sambutan Riang Ria Aidilfitri Hospital Kunak 2026.

✨ MAJLIS SAMBUTAN RIANG RIA AIDILFITRI BERSAMA WARGA HOSPITAL KUNAK ✨14 Mei 2026 (Khamis) telah berlangsungnya Majlis Sa...
14/05/2026

✨ MAJLIS SAMBUTAN RIANG RIA AIDILFITRI BERSAMA WARGA HOSPITAL KUNAK ✨

14 Mei 2026 (Khamis) telah berlangsungnya Majlis Sambutan Riang Ria Aidilfitri Bersama Warga Hospital Kunak bertempat di Anjung Sajian Hospital Kunak dalam suasana penuh meriah, harmoni dan semangat kekeluargaan.

Majlis telah diserikan dengan kehadiran Dr. Mohammad Azmy bin Hamron, Pengarah Hospital Kunak bersama para tetamu jemputan antaranya:

▪️ YBrs. Tn. Majaran bin Osman – Pegawai Daerah Kunak Pejabat Daerah Kunak
▪️ Yang Dihormati. Supt. Rejali Ak Angong – Ketua Polis Daerah Kunak Ibu Pejabat Polis Daerah Kunak
▪️ YBrs. Dr. Nor Emmy Fizreena binti Shamsuddin – Pegawai Kesihatan Daerah Kunak Pejabat Kesihatan Daerah Kunak
▪️ YBrs.Dr. Nur Farhani binti Asli – Pegawai Pergigian Daerah Kunak
▪️ YBrs. Dr. Haji Suharpi bin Hj Lasuddang – Pegawai Pendidikan Daerah Kunak
▪️ Wakil UPPM
▪️ Ahli Lembaga Pelawat Hospital Kunak
▪️ Mantan Pengarah Hospital Kunak

Majlis ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga kerja dan agensi Kerajaan di Daerah Kunak, malah menjadi platform memperkukuhkan semangat kebersamaan serta kerjasama antara jabatan demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Terima kasih kepada semua pihak yang hadir dan menjayakan majlis ini. Semoga ukhuwah yang terjalin terus mekar dan berkekalan. 🌙✨




Sorotan sepanjang Majlis Sambutan Hari Jururawat Sedunia yang berlangsung di Hospital Kunak hari ni.Selamat Hari Jururaw...
12/05/2026

Sorotan sepanjang Majlis Sambutan Hari Jururawat Sedunia yang berlangsung di Hospital Kunak hari ni.

Selamat Hari Jururawat Sedunia.

“Our Nurses, Our Future. Empowered Nurse Save Live’s.”

12/05/2026

Hari Jururawat Sedunia 2026

12/05/2026

HARI JURURAWAT SEDUNIA 2026

Ucapan Khas oleh,

YBrs. Dr. Mohammad Azmy Bin Hamron,
Pengarah Hospital, Hospital Kunak

Bersempena Hari Jururawat Sedunia 2026.

Selamat Hari Jururawat Sedunia 2026 🌸“Our Nurses. Our Future. Empowered Nurses Save Lives”(Jururawat Kita. Masa Depan Ki...
11/05/2026

Selamat Hari Jururawat Sedunia 2026 🌸

“Our Nurses. Our Future. Empowered Nurses Save Lives”
(Jururawat Kita. Masa Depan Kita. Jururawat Yang Diberdayakan Menyelamatkan Nyawa)

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga jururawat Hospital Kunak atas dedikasi, pengorbanan dan komitmen yang dicurahkan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada masyarakat.

Keikhlasan dan kasih sayang anda menjadi sinar harapan kepada setiap pesakit serta lambang kekuatan dalam dunia perubatan.

Selamat Hari Jururawat Sedunia 2026.
Teruskan berbakti dengan penuh profesionalisme, semangat dan jiwa penyayang demi kesejahteraan bersama. 💙

10/05/2026

KEMPEN DERMA DARAH ANJURAN PERSATUAN JURURAWAT.

KUNAK : 10 Mei 2026, Ahad, Unit Perubatan Tranfusi telah mengadakan kempen Derma Darah Sempena Hari Jururawat Sedunia 2026.

Program ini adalah kerjasama Persatuan Jururawat Cawangan Kunak dengan Unit Perubatan Transfusi, Hospital Kunak.

Beberapa jururawat telah hadir ke Unit Tabung Darah bagi menderma darah.

Turut hadir juga beberapa orang Ketua Jururawat dan juga orang awam tampil menderma darah secara sukarela.

Terima kasih diucapkan kepada semua penderma darah.

HARI TALASEMIA SEDUNIA.𝗔𝗽𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗶𝘁𝘂 𝗧𝗮𝗹𝗮𝘀𝗲𝗺𝗶𝗮❓🩸 Talasemia ialah penyakit genetik sel darah merah. Pesakit talasemia tidak ...
08/05/2026

HARI TALASEMIA SEDUNIA.

𝗔𝗽𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗶𝘁𝘂 𝗧𝗮𝗹𝗮𝘀𝗲𝗺𝗶𝗮❓

🩸 Talasemia ialah penyakit genetik sel darah merah. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas.

🩸 Dikongsikan perbezaan di antara pembawa dan pesakit Talasemia.

🩸 Lakukan ujian saringan penyakit Talasemia di fasiliti kesihatan berhampiran anda.

🩸 Perkahwinan antara pembawa dengan pembawa atau pembawa dengan pesakit akan meninggikan risiko memperoleh zuriat dengan penyakit Talasemia.

Selamat Hari Talasemia Sedunia.

HARI BIDAN ANTARABANGSA.Hari Bidan Sedunia (International Day of the Midwife) disambut pada 5 Mei 2026 dengan tema "One ...
05/05/2026

HARI BIDAN ANTARABANGSA.

Hari Bidan Sedunia (International Day of the Midwife) disambut pada 5 Mei 2026 dengan tema "One Million More Midwives".

Tema ini menyeru penambahan sejuta lebih bidan secara global untuk memperkasakan kesihatan ibu dan bayi.

Ia bertujuan menangani kekurangan tenaga bidan, meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan reproduksi, dan memastikan kehamilan serta persalinan yang selamat.

Sambutan ini mengiktiraf dedikasi bidan dalam memastikan kelahiran yang selamat dan sihat.

Selamat Menyambut Hari Bidan Sedunia 2026.

“One Million More Midwives”

Selamat Hari Pekerja 2026 ikhlas daripada Bahagian Pengurusan & Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Kunak.“Pekerja Madani...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja 2026 ikhlas daripada Bahagian Pengurusan & Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Kunak.

“Pekerja Madani Kesuma Bangsa”

AUDIT DALAM AMALAN FARMASI (ADAF).KUNAK : Pada 23-24 April yang lalu, Hospital Kunak telah menjalani Audit Dalam Amalan ...
26/04/2026

AUDIT DALAM AMALAN FARMASI (ADAF).

KUNAK : Pada 23-24 April yang lalu, Hospital Kunak telah menjalani Audit Dalam Amalan Farmasi (ADAF) 2026.

Lawatan ini telah dijalankan oleh auditor / pelawat daripada PTJ luar yang melibatkan empat orang Pegawai Farmasi.

Hadir pada hari pertama pembukaan ialah Dr. Haji Addiemohamad Pariansha Bin Pandalat, Pegawai Perubatan Kanan, Hospital Kunak.

Juga turut hadir Puan Murni Binti Rani, Ketua Pegawai Farmasi Hospital Kunak dan beberapa anggota pegawai farmasi yang lain.

Sementara di hari kedua dan penutupan, hadir pada pagi itu ialah Ybrs. Dr. Mohamad Azmy Bin Hamron, Pengarah Hospital Kunak bersama Tuan Haji Nasrol Papo selaku Penyelia Hospital Kunak.

Address

Hospital Kunak
Kunak
91200

Telephone

+6089894100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Kunak, Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Kunak, Sabah:

Share