Permai Polyclinics Kunak

Permai Polyclinics Kunak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Permai Polyclinics Kunak, Medical and health, Lot 3-GF, Jalan Kunak Lahad Datu, Lot 03 Kedai Simpang 4, Peti Surat No. 148, Kunak.

PROMOSI AKHIR TAHUN KEMBALI LAGI šŸ¤—šŸŽ‰NIKMATI PROMOSI AKHIR TAHUN DENGAN MENGISI SLOT PAKEJ PEMERIKSAAN KESIHATAN🄰INGIN MEN...
07/12/2025

PROMOSI AKHIR TAHUN KEMBALI LAGI šŸ¤—šŸŽ‰

NIKMATI PROMOSI AKHIR TAHUN DENGAN MENGISI SLOT PAKEJ PEMERIKSAAN KESIHATAN🄰

INGIN MENGETAHUI MASALAH KESIHATAN ANDA? MARI REBUT PELUANG INI✨

ADA MASALAH ATAU SIMPTOM SEPERTI...
DEMAM BERPANJANGAN?
SAKIT-SAKIT BADAN?
SAKIT PERUT BERPANJANGAN?
KEBAS-KEBAS BAHAGIAN TANGAN DAN KAKI?
SERING MENGALAMI SESAK NAFAS?
INGIN MENGETAHUI JENIS DARAH?
SERING SAKIT KEPALA?

DENGAN MENGAMBIL PAKEJ INI, KITA BOLEH MENGANALISIS MASALAH YANG ANDA HADAPIšŸ¤—

Sekarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami di nombor yang tertera pada gambar🄰


06/12/2025

Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.

Public Health Malaysia merakamkan ucapan takziah yang setulusnya kepada seluruh keluarga Allahyarham B**g Moktar bin Radin atas pemergian beliau.

Allahyarham dikenali sebagai seorang tokoh politik yang lantang bersuara, dekat dengan rakyat dan sentiasa membawa suara Sabah di peringkat nasional. Perjalanan hidup dan khidmat bakti beliau meninggalkan kesan besar khususnya dalam landskap politik dan pembangunan Sabah.

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa Allahyarham, menerima segala amal baiknya dan menempatkan roh beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman. Semoga ahli keluarga yang ditinggalkan dikurniakan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi saat kehilangan ini.

Al-Fatihah.

05/12/2025

ā€œDoktor, saya ada ruamā€¦ā€

Hakikatnya, dalam bahasa perubatan, ā€œruamā€ itu ada banyak rupa dan nama.

Ada pustul, papul, sisik psoriasis, ulser, nekrosis, vitiligo, ekzema dan macam-macam lagi. Setiap satu ada tekstur lain, warna lain, cara muncul pun berbeza. Pada mata kita mungkin nampak sama saja: merah, gatal, naik bintik. Tapi pada mata doktor, bentuk ruam itulah yang membantu teka punca penyakit.

Ada ruam yang boleh baik sendiri.
Ada yang perlukan ubat sapu biasa.
Ada yang hanya sesuai dengan krim steroid.
Ada yang mesti guna krim antibiotik.
Ada juga yang perlukan pemeriksaan lanjut seperti biopsi kulit kerana mungkin tanda penyakit yang lebih serius.

Masalahnya, kita kadang-kadang main cuba krim kawan, sapu ubat yang viral di media sosial, atau biar saja sebab rasa ā€œalah, ruam biasa jeā€.

Sedangkan silap pilih krim, terutama yang mengandungi steroid kuat, boleh buat kulit makin nipis, mudah bernanah, atau menutup tanda penyakit sebenar.

Jadi, kalau anda perasan perubahan pada kulit
tiba-tiba ada tompok putih, luka yang tak sembuh, bintil bernanah, kawasan kebiruan atau apa-apa ruam yang merisaukan, tolong jangan ambil mudah.

Datang ke klinik atau fasiliti kesihatan untuk doktor tengok sendiri.

Satu perkataan ā€œruamā€, tapi karakter, punca dan rawatannya sangat berbeza.

24/11/2025

Ada beberapa benda dalam hidup kita yang kita ulang setiap hari tanpa kita sedar apa ceritanya.

Kita bangun tidur dan tangan automatik capai telefon.
Kita mandi lama bila kepala serabut.
Kita pasang lagu yang sama setiap pagi.
Kita makan benda sama untuk sarapan.
Dan sebelum tidur, kita akan scroll walaupun mata dah pedih.

Semua ini nampak macam tabiat kosong.
Tapi sebenarnya, itu cara tubuh kita cuba jaga diri.

Kita capai telefon sebab otak perlukan sesuatu yang ā€œterangā€ untuk kejutkan diri.
Kita mandi lama sebab air jatuh dekat kulit boleh tenangkan saraf.
Kita ulang lagu yang sama sebab otak s**a rasa yang stabil bila hidup tak menentu.
Kita makan benda yang sama sebab pagi adalah waktu otak paling penat buat keputusan.
Dan kita scroll sebelum tidur sebab otak cuba elak fikir benda berat sebelum pejam mata.

Bila difikirkan balik, tak ada satu pun benda ni ā€œsaja-sajaā€.
Ini semua petanda bagaimana tubuh dan emosi kita bergerak setiap hari.

Dan kalau kita mula sedar semua ini, kita boleh ubah sikit demi sikit untuk jadi lebih sihat.
Bangun perlahan, bukan terus tengok skrin.
Jangan biarkan stress simpan dalam badan sampai mandi pun jadi tempat melarikan diri.
Cari sarapan yang buat tenaga stabil.
Dan sebelum tidur, bagi tiga minit untuk bertenang, bukan terus terjun ke skrin.

Kesihatan bukan tentang ubah hidup sekaligus.
Ia bermula dengan faham rutin kecil yang kita ulang setiap hari, yang selama ini kita tak pernah tanya kenapa.

19/11/2025

Ramai orang nak mula hari dengan makanan yang sihat, tapi tak tahu apa yang betul betul buat kita kenyang lama.

Ada yang makan kuih dulu, lepas sejam dah lapar balik.

Ada yang minum minuman manis, terus mengantuk sebelum waktu rehat.

Sebenarnya untuk elak craving, kita perlukan sarapan yang stabilkan gula dalam darah dan beri tenaga perlahan lahan.

Berikut antara pilihan paling mudah.

Telur rebus atau telur hancur
Protein tinggi. Kenyang lama. Senang siapkan.

Yogurt tanpa gula dengan buah
Gabungan protein dan fiber. Ringan tapi stabilkan tenaga.

Overnight oats tanpa gula
Oat lepaskan tenaga perlahan. Boleh tambah chia untuk lebih kenyang.

Buah rendah kalori seperti epal atau pisang kecil
Untuk orang yang tak selera makan pagi, ini pilihan lembut dan mudah.

Kopi atau teh tanpa gula
Bantu fokus dan naikkan tenaga tanpa naikkan gula mendadak.

Kalau anda bukan jenis yang kuat makan waktu pagi pun tidak mengapa.
Yang penting, bila makan, pastikan pilihan itu beri tenaga dan tidak buat anda cepat lapar semula.

Badam, yogurt, telur, atau buah selalunya lebih baik daripada kuih manis, roti putih atau minuman bergula.

Sarapan bukan perlu mewah.
Cuma perlu bantu anda mulakan hari dengan lebih tenang dan seimbang.

09/11/2025

Kenapa demam selalu datang waktu malam dan perlu ke makan ubat?

Pernah tak siang rasa sihat saja, tapi bila malam tiba badan tiba-tiba panas, kepala berat, menggigil sampai susah nak tidur?

Kenapa ya, demam ni macam ā€œtunggu malamā€?

Sebenarnya, waktu malam hormon kortisol dalam badan menurun. Kortisol ni berfungsi sebagai ā€œbrekā€ kepada sistem imun.

Bila brek ni lemah, sistem imun jadi lebih aktif dan mula melepaskan bahan kimia cytokine seperti IL-1, IL-6 dan TNF-α untuk melawan virus.

Tapi kesan sampingnya, cytokine ini akan ā€œresetā€ tetapan suhu dalam otak (hipotalamus). Otak mula anggap suhu badan biasa (37°C) terlalu sejuk dan naikkan ā€œset pointā€ baru, contohnya 38.5°C.

Badan pun mula:
• Mengecutkan salur darah supaya haba tak keluar
• Menggigil kuat untuk hasilkan haba tambahan

Sebab itu kita menggigil walaupun panas, dan bila suhu dah sampai set point baru, kulit jadi merah dan muka terasa panas.Menjelang pagi, bila paras cytokine turun semula, suhu badan jatuh dan kita mula berpeluh banyak.

Inilah sebab demam virus sering memuncak waktu malam.

Jadi, perlu ke makan ubat demam?

Sebenarnya, ubat seperti paracetamol tak ā€œhalangā€ badan daripada berlawan. Ia cuma bantu kurangkan ketidakselesaan supaya kita boleh rehat, tidur dan minum air dengan lebih baik.

Kalau suhu melebihi 38.5°C, atau badan terlalu sakit dan tak mampu berehat, makan ubat itu wajar.Demam bukan musuh tapi tanda tubuh sedang berjuang.

Yang penting, bantu dia dengan rehat, air yang cukup, dan jangan lawan rasa lemah tu sendirian.

08/11/2025

Ramai ingat gangguan mental hanya tentang kesedihan dan kemurungan.Tapi ada satu lagi sisi yang jarang disedari bila seseorang terlalu gembira, terlalu yakin, terlalu aktif, sampai tak kenal batas realiti.

Itulah yang dipanggil mania.

Nada suaranya penuh semangat, hujahnya kedengaran meyakinkan, tapi bila disemak… fakta tidak menyokong.

Ini bukan soal siapa betul atau salah.
Tapi ia boleh jadi contoh bagaimana pemikiran yang terlalu yakin boleh membawa kita jauh dari realiti.

Dalam psikologi, corak begini kadang dikaitkan dengan ciri grandiose rasa diri luar biasa, mampu menjelaskan perkara besar tanpa bukti. Jika disertai dengan percakapan laju, idea melompat-lompat dan keyakinan berlebihan, ia boleh menyerupai episod manic.

Inilah yang dikenali sebagai grandiosity satu corak pemikiran yang sering muncul dalam gangguan seperti mania atau bipolar disorder.

Kadang-kadang ia datang bukan kerana sombong, tapi kerana minda sedang terlalu aktif hingga hilang imbangan realiti.

Kalau ada ahli keluarga atau rakan yang mula berubah begini, bantu mereka dapatkan rawatan.Kerana kadang, yang nampak paling yakin itulah yang sedang kehilangan kawalan.

26/10/2025

Mengapa jantung boleh gagal?

Jantung berfungsi sebagai pam utama tubuh mengepam darah yang membawa oksigen dan nutrien ke seluruh badan. Bila pam ini mula lemah, aliran darah jadi perlahan. Organ lain seperti buah pinggang, paru-paru dan otak mula terjejas. Itulah yang kita panggil kegagalan jantung.

Apa yang berlaku bila jantung gagal?

Darah yang sepatutnya dipam keluar terkumpul semula dalam salur darah. Cecair mula meresap ke paru-paru dan menyebabkan sesak nafas, manakala di bahagian bawah badan, cecair berlebihan menyebabkan bengkak kaki dan perut.

Bila jantung bekerja terlalu kuat untuk mengejar kekurangan ini, pesakit akan mula mudah penat, berdebar, batuk waktu malam dan berat naik mendadak akibat penahanan air dalam badan.

Kenapa jantung boleh gagal?

Puncanya pelbagai tetapi yang paling biasa ialah:
ā¤ļø Tekanan darah tinggi yang tak terkawal
šŸ’” Penyakit jantung koronari (salur darah jantung tersumbat)
🩸 Serangan jantung berulang
🩺 Penyakit injap jantung atau masalah otot jantung
šŸŸ Gaya hidup tidak sihat seperti merokok, pengambilan garam dan lemak tinggi, kurang bersenam serta obesiti

Bila jantung gagal, seluruh sistem badan terjejas.

Kalau tidak dirawat, keadaan ini akan berlarutan dan menjadi teruk sehingga pesakit mungkin alami:
• sesak nafas walaupun ketika berehat,
• bengkak seluruh badan,
• jantung semakin lemah dan akhirnya gagal berfungsi.

17/10/2025

Kita dah tahu pantangnya. Tapi masih ramai tak ikut.
Setiap kali influenza merebak, benda sama berulang, demam, batuk, satu rumah jatuh sakit.
Bukan sebab rawatan lambat, tapi sebab kita terlalu yakin virus ni kecil.

Ingat tak masa Covid dulu?
Mask sentiasa ada dalam beg, sanitizer tak pernah tinggal, jarak dijaga walau dalam lif.
Semua tu bukan sejarah, itu formula yang masih berkesan.

Sebab virus tak pilih nama penyakit.
Influenza, RSV, Covid, semuanya menular dengan cara yang sama: udara, sentuhan, jarak yang terlalu dekat.
Dan semuanya boleh dikawal dengan tabiat yang sama juga.

Kalau dah tahu pantang, teruskan dengan perlindungan.
Pakai pelitup muka bila batuk,
cuci tangan lepas sentuh permukaan awam,
dan jangan kongsi ruang rapat bila badan tak sihat.

Kita dah pernah berjaya kawal satu pandemik besar.
Takkan nak kalah dengan influenza yang cara cegahnya dah kita hafal?

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KALI KE - 68 DARI KAMI WARGA Permai Polyclinics Kunak šŸ¤—
01/09/2025

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KALI KE - 68 DARI KAMI WARGA Permai Polyclinics Kunak šŸ¤—

Address

Lot 3-GF, Jalan Kunak Lahad Datu, Lot 03 Kedai Simpang 4, Peti Surat No. 148
Kunak
91207

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Permai Polyclinics Kunak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Permai Polyclinics Kunak:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram