Medical Supplies Labuan Sdn. Bhd.

Medical Supplies Labuan Sdn. Bhd. Established since 1986, MSL provide local retail & also wholesale service mainly to Labuan & Sabah.

30/10/2025

🌟 Hospital Bed – Auto 3 Function 🌟
by Medical Supplies Labuan

Designed for comfort, safety, and ease of care, our Electric 3-Function Hospital Bed is ideal for hospitals, private wards, and home use. 🏥✨

💤 Key Features:
✅ Comes complete with mattress
✅ Aluminum guardrails for patient safety
✅ Stainless steel support frame (1.0 mm metal thickness) for extra durability
✅ Adjustable Functions:
• Backrest adjustment
• Sitting position
• Leg/knee elevation
• Full bed height (up/down) adjustment
✅ Electric controller for effortless operation
✅ Includes dining table, headboard, and footboard

💙 Perfect For:
👵 Elderly patients
💪 Stroke or long-term care patients needing frequent repositioning
🏡 Home care and private ward settings

Because every patient deserves comfort, dignity, and quality care. 🌿

📞 Contact Medical Supplies Labuan Sdn. Bhd. for more info or ordering!
📱 +6012-828 5152
☎️ +6087-415152

13/10/2025

FAQ INFLUENZA 2025: Soalan Lazim Masyarakat

1. Apa gejala influenza?

Influenza (flu) biasanya menyebabkan gejala:
• Demam tinggi, menggigil
• Batuk, sakit tekak
• Hidung berair atau tersumbat
• Sakit kepala, sendi dan otot
• Letih dan lemah
• Kadang-kadang muntah atau cirit-birit (lebih kerap pada kanak-kanak)

2. Berapa lama seseorang berjangkit (infectious)?
• 1 hari sebelum gejala muncul hingga 5–7 hari selepas sakit bermula.

3. Perlu ke maklum kepada Pejabat Kesihatan (notifikasi)?
• Tidak perlu bagi kes individu.
• Tapi jika ramai pelajar/staf jatuh sakit serentak di sekolah, taska, asrama atau pejabat pihak institusi perlu maklumkan kepada PKD untuk siasatan dan tindakan kawalan.

4. Perlu ke sekolah atau taska ditutup kalau ada kes influenza?
• Tidak perlu tutup sekolah sepenuhnya.
• Hanya murid atau staf yang bergejala perlu direhatkan di rumah hingga sembuh.
• Sekolah disaran teruskan pemantauan, pembersihan kawasan, dan pengasingan pelajar bergejala.
• Penutupan hanya dipertimbangkan jika kluster besar berlaku dan disahkan oleh PKD.

5. Bagaimana nak tahu seseorang ada influenza? Siapa yang boleh sahkan?
• Doktor boleh menilai berdasarkan gejala klinikal.
• Untuk pengesahan, boleh buat ujian RTK influenza (A/B) atau PCR di klinik atau hospital.
• Ujian biasanya disyorkan untuk:
• Pesakit risiko tinggi atau dimasukkan ke hospital
• Pengesahan kes berkaitan kluster / institusi

6. Adakah ibu bapa layak terima cuti kuarantin jika anak kena influenza?
• Bagi penjawat awam:
Layak memohon Cuti Menjaga Anak yang Dikuarantin / Memerlukan Pengasingan (maksimum 5 hari setiap kes) jika ada surat pengesahan doktor bahawa anak perlu dikuarantin.
• Termasuk penyakit berjangkit seperti influenza jika pegawai perubatan mengesahkan perlunya pengasingan.
• Bagi pekerja swasta:
Tiada peruntukan wajib dalam undang-undang. Namun, boleh guna cuti rehat, cuti sakit, atau cuti kecemasan atas budi bicara majikan.

7. Adakah jangkitan sekarang strain baru?
• Setakat ini, tiada strain influenza baru yang berbahaya dikesan di Malaysia.
• Kes meningkat disebabkan virus influenza bermusim

8. Apakah rawatan untuk influenza?
• Kebanyakan pesakit pulih sendiri dengan rehat dan rawatan simptomatik (ubat demam, batuk, selsema).
• Antiviral (Oseltamivir/Tamiflu) diberikan jika:
• Pesakit risiko tinggi (kanak-kanak, warga emas, ibu hamil, pesakit kronik), atau
• Pesakit dengan komplikasi / dimasukkan ke hospital.
9. Adakah vaksin influenza penting?
• Sangat digalakkan setiap tahun, terutamanya untuk:
• Warga emas (≥60 tahun)
• Pesakit kronik
• Petugas kesihatan & penjaga warga emas
• Vaksin membantu kurangkan risiko jangkitan teruk dan komplikasi.

10. Apa langkah pencegahan terbaik?
• Tutup mulut & hidung bila batuk/bersin
• Basuh tangan dengan sabun atau sanitizer
• Pakai pelitup muka jika bergejala
• Elak tempat sesak
• Rehat di rumah hingga sembuh

Influenza mungkin nampak seperti selsema biasa, tapi bagi warga emas, kanak-kanak kecil, dan pesakit kronik ia boleh jadi jangkitan yang serius.

Kesihatan bukan sekadar tentang cepat sembuh, tapi tentang tidak menjangkiti orang yang kita sayang.

13/10/2025

H1N1: Virus Lama yang Masih Hidup Dalam Musim Influenza Hari Ini

Tahun 2009, di sebuah kawasan luar bandar di Mexico, beberapa pesakit datang ke klinik dengan demam tinggi, batuk kuat dan sesak nafas.

Tapi bila diuji, virusnya pelik bukan influenza biasa. Ia campuran tiga dunia: virus manusia, virus burung dan virus babi. Dari situ lahirlah satu nama yang kemudian menggoncang dunia H1N1, atau “swine flu.”

Virus ini berpunca daripada mutasi di ladang babi, di mana pelbagai jenis virus bercampur dan bertukar genetik. Apabila ia berjaya menjangkiti manusia, H1N1 mula merebak dengan pantas.

Dalam masa beberapa minggu, dari Mexico ia sampai ke Amerika Syarikat, kemudian ke Asia, Eropah dan akhirnya ke seluruh dunia.

WHO mengisytiharkan pandemik global pertama abad ke-21. Lebih 200 negara terjejas, jutaan orang dijangkiti, dan ribuan kehilangan nyawa terutama kanak-kanak, ibu mengandung, dan pesakit kronik.

Tamiflu

Ketika dunia dilanda pandemik H1N1 pada tahun 2009, Tamiflu (Oseltamivir) menjadi antara senjata utama dalam perang menentang virus ini.

Waktu itu, belum ada vaksin lagi dan Tamiflu satu-satunya ubat yang terbukti mampu mengurangkan kesan dan kadar kematian akibat H1N1.

Tamiflu diberikan kepada pesakit dalam 48 jam pertama selepas simptom bermula.
Ia tidak membunuh virus, tetapi menghalang virus daripada membiak, menjadikan:
• Gejala lebih ringan
• Tempoh sakit lebih pendek
• Risiko radang paru-paru dan kematian berkurang

Vaksin H1N1

Namun dengan usaha pantas saintis menghasilkan vaksin influenza H1N1, kes mula menurun. Saintis dah lama hasilkan vaksin influenza setiap tahun. Jadi bila H1N1 muncul, mereka cuma perlu ubah sedikit formula, dan vaksin dapat dihasilkan dengan cepat.

Pada tahun 2010, pandemik berakhir, tapi virus itu tak hilang. Ia kini hidup dalam bentuk Influenza A (H1N1)pdm09, yang masih beredar setiap tahun dan dilindungi oleh vaksin influenza tahunan.

Berdasarkan data yang ada, A(H1N1)pdm09 masih salah satu strain utama yang beredar sekarang di rantau ini termasuk kemungkinan besar di Malaysia.

Bezanya, hari ini kita lebih bersedia.
Kita ada vaksin tahunan yang melindungi daripada H1N1, H3N2 dan Influenza B, serta pengalaman berharga dari pandemik dulu.
Tapi ramai masih fikir influenza sekadar “demam kuat.”

Setiap kali kita ambil vaksin influenza, kita sebenarnya sedang meneruskan pertahanan yang pernah menyelamatkan berjuta nyawa dahulu.

Kerana virus tidak pernah lenyap ia cuma menunggu bila manusia mula lupa.

05/10/2025

🌟 Sakit sendi? Jangan tunggu lama! 🌿
Cuba Excelife Osteo Triflex Gold, hanya di Medical Supplies Labuan!
💪 Gabungan 3 bahan paten dari Sepanyol:
✨ Turmacin® – Legakan sakit dengan cepat
✨ Ovomet® – Baik pulih sendi & tulang rawan
✨ B2Cool® – Kurangkan keradangan secara semula jadi

Mai datang singgah — kasi lancar balik pergerakan tu! 🦵🏼💕

WhatsApp - 012-828 5152

Medical Supplies Labuan Sdn. Bhd.

15/09/2025

Makluman semua, pada esok hari kami Medical Supplies Labuan Sdn. Bhd. akan bercuti sempena hari Malaysia. Dan akan kembali beroperasi pada hari Rabu (17/9) 😉🇲🇾

Selamat bercuti semua 🤗

1. 🌱 “Probiotik: kecil-kecil, tapi power untuk usus & imun badan!” 2. 💪 “Nak pencernaan lancar & badan tahan lasak? Pili...
12/09/2025

1. 🌱 “Probiotik: kecil-kecil, tapi power untuk usus & imun badan!”
2. 💪 “Nak pencernaan lancar & badan tahan lasak? Pilih probiotik.”
3. 🍎 “Probiotik bantu usus sihat, nutrien pun lebih mudah serap.”
4. 😊 “Perut tenang, mood pun senang – terima kasih probiotik!”
5. 🛡️ “Bakteria baik, pelindung badan – itulah kerja probiotik.”

So guys, jangan lupa dapatkan probiotik untuk kamu dan keluarga di Medical Supplies Labuan Sdn. Bhd.

WE'RE HIRING! 💊 LOOKING FOR A FRIENDLY, HARDWORKING FEMALE PHARMACY ASSISTANT TO JOIN OUR TEAM — IF YOU'VE GOT PEOPLE SK...
12/09/2025

WE'RE HIRING! 💊 LOOKING FOR A FRIENDLY, HARDWORKING FEMALE PHARMACY ASSISTANT TO JOIN OUR TEAM — IF YOU'VE GOT PEOPLE SKILLS AND A PASSION FOR HELPING OTHERS, WE WANT YOU! 🙌💼

27/08/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera 😊🇲🇾

Kepada semua pelanggan kami yang dihargai,
Kami akan bercuti bermula pada 31 Ogos - 1 Sept 2025 ✨
sempena cuti HARI MERDEKA 2025 🎉🕊️
dan akan kembali beroperasi pada 2 Sept 2025 (Selasa) 🗓️.

Kepada sesiapa yang ingin membeli/menyediakan ubat-ubatan 💊🩺
boleh datang ke Medical Supplies Labuan Sdn. Bhd.
bermula pada hari ini 🏥❤️

Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-68! 🇲🇾

24/08/2025

🌿 EVIN Oxygen Concentrator 5 Liter – Kini di Medical Supplies Labuan Sdn Bhd! 🌿

Mesin Oksigen EVIN 5L adalah pilihan yang lebih praktikal & menjimatkan kos untuk pesakit yang memerlukan bekalan oksigen berterusan di rumah atau klinik.
Mudah digunakan – hanya dengan menekan suis, oksigen terus tersedia!

⚡ Nota: Mesin ini menggunakan elektrik untuk beroperasi.

✨ Ciri-ciri EVIN Oxygen Concentrator 5L:
✅ Ketulenan oksigen sehingga 96%
✅ Didatangkan dengan pelembap botol
✅ Warranty 1 Tahun
✅ Paparan ketulenan oksigen & sistem penggera keselamatan
✅ Lengkap dengan semua aksesori

📍 Dapatkan sekarang di Medical Supplies Labuan Sdn Bhd
📲 WhatsApp kami di +6012-828 5152 untuk pertanyaan

Support use on tiktok 😘 Please SHARE, LIKE AND FOLLOW🥰
22/08/2025

Support use on tiktok 😘
Please SHARE, LIKE AND FOLLOW🥰

Watch, follow, and discover more trending content.

Address

U0172, Jalan Okk Awang Besar, Bandar
Labuan
87008

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30
Saturday 08:30 - 17:30
Sunday 08:30 - 12:30

Telephone

+6087415152

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Medical Supplies Labuan Sdn. Bhd. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Medical Supplies Labuan Sdn. Bhd.:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram