Penolong Pegawai Perubatan W.P Labuan

Penolong Pegawai Perubatan W.P Labuan Memberi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat dari aspek kuratif, pencegahan, promosi dan pemulih

30/12/2023

PEMAKLUMAN PEMBAHARUAN PERAKUAN TAHUNAN (PPT/ARC) 2025 PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

Kepada semua Penolong Pegawai Perubatan (PPP), anda boleh membuat permohonan Pembaharuan Perakuan Tahunan (PPT/ARC) bagi tahun 2025 bermula 1hb Januari 2024 hingga 30 September 2024.

Cara-cara untuk membuat permohonan PPT/ARC dalam sistem BLESS boleh merujuk lampiran @ video di dalam group Telegram CAWANGAN PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN (CPPPP).

PERINGATAN:
Setelah membuat permohonan dalam sistem BLESS selesai, tuan/puan perlu mencetak Borang 4 dan hantar ke Cawangan Perkhidmatan PPP beserta bayaran (JIKA DIKENAKAN PEMBAYARAN FEE PEMBAHARUAN / DENDA LEWAT).
Sebarang pertanyaan sila hubungi CPPPP di talian Tel: 03-88831370/1373/1378/1384/1385.

Sekian

Sekretariat Lembaga Pembantu Perubatan
Cawangan Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysia

DIPERKASA,MASYARAKAT SEJAHTERA

22/11/2023
12/03/2023
12/03/2023
12/03/2023

Bakti Pembantu Perubatan sentiasa dihargai di atas dedikasi yang ditunjukkan dan kesungguhan dalam menyantuni rakyat.

Jasa dan sumbangan mereka dalam kesiapsiagaan berkhidmat untuk negara sentiasa disanjung tinggi sebagai petugas barisan hadapan negara yang komited serta memainkan peranan penting dalam susur galur perkhidmatan kesihatan negara.

Selamat Hari Pembantu Perubatan 🫰🏻

18/01/2023

📢Nampak pelanggan merokok di restoran ?
Premis makanan tidak meletak papan tanda larangan merokok?

‼️Orang ramai boleh membuat aduan melalui talian khas yang telah disediakan oleh KKM seperti dikongsikan
Laporkan aduan terus ke talian Aduan Merokok seperti dibawah:
📱 010-8608949 (Whatsapp)

💪Ayuh, bersama-sama kita membina Malaysia lebih sihat! Layari www.jomquit.com untuk berhenti merokok.🇲🇾

18/01/2023
07/01/2023

KKM telah memperkenalkan inisiatif Label Ubat Mesra OKU Penglihatan bagi membantu pesakit OKU Penglihatan dalam urusan pengambilan ubat.

🇲🇾 Malaysia merupakan antara negara yang terawal di rantau Asia yang melaksanakan inisiatif ini di seluruh negara.

Menerusi inisiatif ini, label ubat yang diberikan kepada pesakit OKU Penglihatan akan mempunyai tulisan Braille bagi menjelaskan:

💊 cara pengambilan atau dos ubat (misalnya 2 biji ubat, 3 kali sehari)
💊 indikasi ubat yang menerangkan kegunaan ubat (misalnya demam, batuk atau selesema).

Sebanyak 250 fasiliti kesihatan terpilih akan melaksanakan inisiatif ini yang memanfaatkan 55,000 OKU penglihatan di seluruh negara.

Address

Labuan

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penolong Pegawai Perubatan W.P Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Penolong Pegawai Perubatan W.P Labuan:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram