16/03/2026
PROGRAM NAFAS BARU BERMULA RAMADHAN (NBBR) BERSAMA REMAJA
Program Nafas Baru Bermula Ramadhan (NBBR) Bersama Remaja telah berjaya dilaksanakan pada 05 Mac 2026 (Khamis), bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Wellness Hub Lahad Datu (WHLD).
Program ini merupakan inisiatif pendidikan kesihatan yang memberi penekanan kepada galakan berhenti merokok sempena bulan Ramadhan, di samping memperkukuhkan kesedaran kesihatan dalam kalangan remaja melalui pendekatan Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja.
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai ktiviti interaktif berasaskan seksyen (station-based activity) yang dikendalikan oleh beberapa unit di Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu, termasuk Unit Inspektorat dan Perundangan, Unit Pemakanan, Unit Farmasi, Unit Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), Unit Psikologi dan Kaunseling, Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja, Pejabat Pergigian Lahad Datu serta Unit Promosi Kesihatan.
Program ini turut disertai oleh pelajar daripada beberapa sekolah di daerah Lahad Datu dan diharap dapat memberi pendedahan serta meningkatkan kesedaran mereka terhadap kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat dan menjauhi tabiat merokok.
Penyertaan peserta program adalah daripada pelajar sekolah-sekolah berikut:
β’ SMK Agaseh
β’ SMK St. Dominic
β’ Kolej Vokasional Lahad Datu
β’ SM Sains Lahad Datu
β’ SMK Segama
β’ SMK Sepagaya
β’ SMK Terusan
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.