Healer Medical Services 专业上门医疗服务 Rawatan Profesional ke Rumah

Healer Medical Services 专业上门医疗服务 Rawatan Profesional ke Rumah KLINIK MEDICEAL
IPEAK
HEALER MEDICAL SDN BHD : 202301031066 ( 152489-W)

Beberapa hari lepas, seorang wanita berumur 40 tahun datang ke klinik kami… wajahnya nampak penat, risau, dan hampir put...
03/05/2026

Beberapa hari lepas, seorang wanita berumur 40 tahun datang ke klinik kami… wajahnya nampak penat, risau, dan hampir putus harapan.

Beliau baru sahaja discaj dari hospital akibat kencing manis yang tidak terkawal bersama jangkitan usus (gastroenteritis). Disebabkan kesukaran menelan ubat, beliau dibekalkan dengan suntikan insulin.

Namun selepas p**ang ke rumah, keadaan tidak menjadi lebih baik…
Malah beliau mula mengalami episod gula terlalu rendah (hypoglycemia) berulang kali.
Beliau pergi ke beberapa klinik untuk rawatan, tetapi masalah masih berterusan.

Yang lebih menyedihkan… beliau mula takut, tertekan, dan hilang keyakinan untuk mengawal penyakit sendiri.

Akhirnya, melalui cadangan seorang kawan, beliau datang berjumpa kami.

Selepas penilaian yang teliti, kami dapati:
👉 Rawatan beliau boleh dioptimumkan semula
👉 Tidak semestinya perlu bergantung sepenuhnya kepada insulin
👉 Masalah menelan ubat boleh diatasi dengan pendekatan yang sesuai

Kami tukar semula rawatan beliau kepada kombinasi ubat makan yang bersesuaian mengikut garis panduan kebangsaan, dan bantu beliau atasi masalah menelan ubat.

Hasilnya…
✔ Episod hypoglycemia hilang
✔ Dos insulin berjaya dikurangkan dengan ketara
✔ Keyakinan beliau kembali
✔ Kini beliau lebih sihat dan tidak lagi takut dengan bacaan gula

Kes ini mengingatkan kita semua…
Bukan semua pesakit sesuai dengan satu jenis rawatan yang sama.
Rawatan yang betul perlu disesuaikan dengan keadaan pesakit — termasuk gaya hidup, toleransi ubat, dan keadaan semasa.

Kadang-kadang, apa yang pesakit perlukan bukan sekadar ubat…
tetapi penilaian yang betul dan pendekatan yang sesuai.

Jika anda atau ahli keluarga menghadapi masalah kencing manis yang tidak terkawal, sering hypoglycemia, atau tidak selesa dengan rawatan sekarang — jangan biarkan ia berlarutan.

Dapatkan penilaian yang betul.
Rawatan yang tepat boleh mengubah segalanya ❤️

Beberapa hari ini, kami jumpa beberapa pesakit datang ke klinik dengan bengkak di bahagian p**i atau leher sebelah kiri ...
03/05/2026

Beberapa hari ini, kami jumpa beberapa pesakit datang ke klinik dengan bengkak di bahagian p**i atau leher sebelah kiri sejak 3–4 hari, disertai sakit yang agak kuat. Ada yang sudah ambil ubat dari farmasi atau klinik lain tetapi masih tidak lega. Ada juga yang terlalu risau sampai fikir perkara lain yang menakutkan.

Selepas pemeriksaan dan scan ultrasound, kami dapati puncanya adalah beguk (mumps). Ultrasound ini sebenarnya scan yang selamat, seperti scan ibu mengandung, tetapi digunakan untuk melihat kelenjar air liur di bahagian p**i sama ada bengkak atau tidak. Selepas rawatan diberikan, kebanyakan pesakit beransur pulih dan sakit semakin berkurang.

Beguk adalah jangkitan virus yang menyerang kelenjar air liur di p**i. Simptom biasa termasuk bengkak pada p**i atau leher, sakit bila mengunyah atau menelan, demam ringan, sakit kepala, badan lesu dan kurang selera makan. Biasanya bengkak muncul beberapa hari selepas demam.

Walaupun kita ada vaksin sejak kecil (MMR), kes masih berlaku. Vaksin ini sangat berkesan tetapi tidak memberi perlindungan 100%, dan imuniti boleh menurun selepas bertahun-tahun. Sebab itu orang dewasa pun masih boleh terkena, terutamanya jika terdedah kepada jangkitan dalam keluarga atau tempat kerja. Namun, jika sudah divaksin, penyakit biasanya lebih ringan.

Rawatan untuk beguk adalah sokongan seperti rehat, minum air secukupnya dan ubat tahan sakit. Kebanyakan kes akan sembuh sendiri, tetapi penting untuk berjumpa doktor jika bengkak semakin teruk, demam tinggi atau sakit yang tidak tertahan.

Pesanan kami, jika ada bengkak di p**i atau leher yang sakit, jangan abaikan atau terlalu risau. Dapatkan pemeriksaan yang betul supaya rawatan dapat diberikan awal dan komplikasi dapat dielakkan.

“Saya dah sebulan tak boleh baring, doktor…”Hari ini seorang makcik berusia 65 tahun dari Felda Sahabat datang dengan sa...
01/05/2026

“Saya dah sebulan tak boleh baring, doktor…”

Hari ini seorang makcik berusia 65 tahun dari Felda Sahabat datang dengan satu keluhan yang sangat sederhana… tapi berat untuk ditanggung.
Perut makin penuh, nafas jadi sempit, sampai tidur pun terpaksa duduk.

Selama hampir sebulan, beliau sudah berjumpa beberapa klinik.
Jawapan yang sama — gastrik.
Ubat diberi, tapi keadaan tidak berubah.

Bila kami periksa dengan lebih teliti — scan paru-paru, jantung dan perut — akhirnya punca sebenar ditemui.

Bukan gastrik.
Tetapi air berkumpul dalam perut (ascites) dan dalam paru-paru, akibat penyakit hati (liver cirrhosis).

Kami bantu keluarkan air tersebut.
Selepas itu, beliau hanya diam seketika… tarik nafas panjang… dan berkata perlahan,

“Dah lama tak rasa lega macam ni… malam ni boleh tidur baring…”



Kadang-kadang, perut buncit bukan sekadar angin.
Ascites berlaku bila cecair berkumpul dalam perut — paling kerap disebabkan penyakit hati, tapi juga boleh dari masalah jantung atau kanser.

Tanda-tanda yang jangan ambil ringan:

Perut makin besar dan tegang

Cepat kenyang

Susah bernafas, terutama bila baring



Badan kita jarang menipu.
Kalau sesuatu rasa tak kena, teruskan mencari jawapan.

Hari ini, seorang makcik akhirnya dapat tidur lena semula. ❤️

Burung merpati terbang tinggi,Hinggap sebentar di dahan mati,Kasih ibu tiada ganti,Walau pergi tetap di hati…Hari ini… s...
28/04/2026

Burung merpati terbang tinggi,
Hinggap sebentar di dahan mati,
Kasih ibu tiada ganti,
Walau pergi tetap di hati…

Hari ini… seorang ibu berusia 90 tahun telah pergi dengan tenang.

Dulu beliau kuat…
Boleh berjalan, berkebun, jaga diri sendiri.
Tetapi bila usia meningkat, badan mula lemah…
Kerap kena jangkitan paru-paru, susah makan, dan akhirnya hanya mampu terlantar.

Keluarga buat satu keputusan yang sangat besar —
Jaga ibu di rumah.

Bukan senang…
Ada hari kena suction kahak,
Ada hari tak boleh makan,
Ada masa tak tidur malam…

Tapi mereka tetap jaga.

Kami hanya bantu dari segi rawatan —
Pantau keadaan, bagi ubat, bantu pernafasan…
Tapi yang paling penting sebenarnya bukan ubat.

Yang paling penting… adalah kehadiran keluarga.

Pegang tangan…
Cakap perlahan…
Teman sampai akhir.

Dan akhirnya…
Beliau pergi dengan tenang,
Di rumah sendiri,
Dikelilingi orang yang paling dia sayang.

Kadang-kadang, bila penyakit sudah terlalu berat…
Yang kita boleh beri bukan lagi “sembuh”,
Tetapi “tenang”.

Itulah tujuan penjagaan di rumah —
Bantu pesakit rasa selesa,
Dan bantu keluarga melalui saat paling sukar ini dengan penuh kasih sayang.

Kalau ibu ayah masih ada… hargai mereka.
Kalau mereka sudah tiada… doakan mereka.

Kerana kasih ibu…
Tak pernah hilang 🤍

25/04/2026

Sakit Lutut Lama → Lutut Bengkok → Risiko Jatuh Tinggi

Warga emas, sakit lutut >1 tahun.
Sekarang lutut sudah bengkok (bow legs) dan jalan tidak stabil.

👉 Ini tanda osteoarthritis makin teruk
👉 Risiko jatuh tinggi
---

💉 Suntikan steroid?

Boleh lega cepat, tapi jangan kerap
➡️ Boleh rosakkan sendi jika terlampau

✅ Pilihan lebih selamat

Suntikan Hyaluronic Acid

Kurangkan sakit

Sendi lebih “licin”

Kesan lebih lama

---

🦵 Tips ringkas

Kuatkan otot paha

Kawal berat badan

Guna knee support jika perlu

---

📌 Jangan tunggu sampai jatuh.
Rawat awal, jaga fungsi lutut jangka panjang.

Klinik Mediceal 💙
Ipeak lahad datu

“Dari satu klinik ke satu klinik… akhirnya jumpa punca sebenar”Seorang wanita berusia 40-an datang dengan sejarah bebera...
24/04/2026

“Dari satu klinik ke satu klinik… akhirnya jumpa punca sebenar”

Seorang wanita berusia 40-an datang dengan sejarah beberapa bulan tidak sihat.
Dia sering rasa letih, sakit sendi dan otot, susah menelan, dan percakapannya kadang-kadang kurang jelas.

Sebelum ini, dia sudah berjumpa 7 hingga 8 doktor.
Pelbagai ubat telah dicuba, banyak wang dibelanjakan, tetapi keadaan masih tidak banyak berubah.

Apabila datang kepada kami, kami menilai semula keseluruhan simptomnya. Dari situ, kami mula mengesyaki satu penyakit yang sering terlepas pandang iaitu autoimmune hepatitis.

Selepas rawatan dimulakan, keadaannya semakin baik. Tenaga kembali dan simptom semakin berkurang.

Autoimmune hepatitis adalah keadaan di mana sistem imun badan menyerang hati sendiri. Ia lebih kerap berlaku pada wanita dan boleh datang dengan simptom yang tidak jelas seperti keletihan, sakit sendi, loya, atau kadang-kadang tanpa simptom.

Kes ini menunjukkan bahawa tidak semua penyakit mudah dikenalpasti pada awalnya.
Jika simptom berpanjangan dan tidak sembuh walaupun sudah berulang kali mendapatkan rawatan, mungkin sudah tiba masanya untuk mencari punca sebenar dengan lebih mendalam.

Diagnosis yang tepat boleh mengubah segalanya.

Kalau Boleh  , Kenapa Nak Seksa Mak Ayah Beratur Lama? 😟 𝐃𝐨𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐒𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐊𝐞 𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡! 😉Setiap kali nak bawa mak ch...
23/04/2026

Kalau Boleh , Kenapa Nak Seksa Mak Ayah Beratur Lama? 😟 𝐃𝐨𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐒𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢 𝐓𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐊𝐞 𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡! 😉
Setiap kali nak bawa mak check-up, hati saya serba salah. 💔
Dah lah kena ambil cuti, kesian tengok mak penat beratur lama kat klinik yang sesak.
𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐭𝐞𝐫𝐟𝐢𝐤𝐢𝐫, 𝐭𝐚𝐤 𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐞 𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐬𝐞𝐥𝐞𝐬𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐚𝐤❓
Syukurlah saya jumpa . Team medikal mereka terus datang ke rumah kami di 𝐋𝐚𝐡𝐚𝐝 𝐃𝐚𝐭𝐮. Memang senang! 🏠✨
【Urusan Jadi Mudah Dengan Servis Mereka】
🩺 𝐑𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐬𝐞𝐝𝐮𝐫 𝐃𝐢 𝐑𝐮𝐦𝐚𝐡
Tak perlu ke hospital untuk kronik, gastrik/kencing, atau ambil darah. Semuanya doktor buat di katil pesakit!
🩺 𝐁𝐞𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐬𝐮𝐚𝐢 𝐊𝐞𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮𝐚𝐧
Doktor bawa ubat & rawatan spesifik mengikut keadaan mak:
✅ Masalah Asma / Semput
✅ Jangkitan Kuman
✅ Perawatan pelbagai penyakit
Memang macam ! 👩‍⚕️
Sekarang saya boleh fokus kerja dengan tenang, dan kesihatan mak terjaga rapi tanpa perlu keluar rumah. Inilah cara terbaik saya berbakti pada orang tua. 🤗
✨ 𝐂𝐚𝐣 𝐑𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 & 𝐊𝐨𝐧𝐬𝐮𝐥𝐭𝐚𝐬𝐢 𝐃𝐨𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚!
(Nota: Tidak termasuk kos ubat/prosedur lanjut)
Mudahkan urusan mak ayah anda hari ini. 😄
Klik butang di bawah untuk tempah slot lawatan doktor ke rumah! 👇

𝗗𝗮𝗱𝗮 𝗥𝗮𝘀𝗮 𝗞𝗲𝘁𝗮𝘁 & 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗧𝗲𝗿𝗰𝘂𝗻𝗴𝗮𝗽-𝗰𝘂𝗻𝗴𝗮𝗽? 😰Jangan Tunggu Sampai Rebah❗Jom Check Sebelum Terlambat!Adakah anda atau oran...
23/04/2026

𝗗𝗮𝗱𝗮 𝗥𝗮𝘀𝗮 𝗞𝗲𝘁𝗮𝘁 & 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗧𝗲𝗿𝗰𝘂𝗻𝗴𝗮𝗽-𝗰𝘂𝗻𝗴𝗮𝗽? 😰Jangan Tunggu Sampai Rebah❗Jom Check Sebelum Terlambat!
Adakah anda atau orang tersayang sering rasa:
🔻 𝐃𝐚𝐝𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐮𝐜𝐮𝐤-𝐜𝐮𝐜𝐮𝐤 — Rasa macam kena himpit benda berat?
🔻 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐮𝐭/𝐒𝐞𝐬𝐚𝐤 𝐍𝐚𝐟𝐚𝐬 — Baru jalan sikit dah tercungap-cungap?
🔻 𝐁𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 — Asma yang tak pernah reda?
🔻 𝐂𝐞𝐩𝐚𝐭 𝐋𝐞𝐭𝐢𝐡 — Badan rasa lesu tanpa sebab jelas?
Berita baik untuk warga ! Tak perlu lagi pening kepala travel jauh ke Tawau atau KK untuk dapatkan pemeriksaan mendalam. 🤗
【Marilah cari 𝐊𝐥𝐢𝐧𝐢𝐤 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐜𝐞𝐚𝐥!🩺】
✅ 𝐒𝐜𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠: Satu-satunya di Lahad Datu!
✅ 𝐔𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐫𝐮-𝐏𝐚𝐫𝐮
Kesan masalah paru-paru, asma, atau sesak nafas dengan data klinikal yang tepat.
✅ 𝐏𝐞𝐥𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐏𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐤𝐞𝐣 𝐒𝐚𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧
Dari pemeriksaan asas hingga profil kesihatan lengkap — kami sediakan pakej yang sesuai dengan bajet & keperluan anda.
✅ 𝟏𝟓 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧 & 𝟐𝟎,𝟎𝟎𝟎+ 𝐏𝐞𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭
Dikendalikan oleh team perubatan yang berpengalaman luas dalam pengurusan kes kronik.
Jangan tunggu sehingga melarat baru nak bertindak. Dapatkan pemeriksaan awal yang profesional dengan harga yang sangat berbaloi!
𝐒𝐚𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐬𝐚𝐬 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐬𝐞𝐫𝐞𝐧𝐝𝐚𝐡 #𝐑𝐌𝟖𝟎 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚!
Klik butang di bawah atau hantar mesej kepada kami untuk temujanji pantas. ✨

Mula-mula nampak macam masalah saraf muka.Seorang wanita 80 tahun yang ada kencing manis dan darah tinggi datang dengan ...
22/04/2026

Mula-mula nampak macam masalah saraf muka.

Seorang wanita 80 tahun yang ada kencing manis dan darah tinggi datang dengan mulut jadi senget, percakapan jadi pelo, badan makin lemah, dan muka sebelah kanan bergerak-gerak sendiri. Pada awalnya beliau dirawat sebagai Bell’s palsy dan diberi ubat steroid.

Tetapi selepas itu keadaan makin teruk.

Bila datang semula ke klinik, beliau nampak sangat kering. Masih sedar. Masih boleh bercakap. Tetapi percakapannya jelas tidak normal.

Kemudian berlaku satu episod yang sangat menakutkan.

Muka sebelah kanan mula bergerak-gerak sendiri. Tangan kanan p**a tersentak-sentak selama hampir 2 minit. Namun beliau masih memberi respon bila dipanggil.

Ramai orang bila nampak begini akan terus fikir ini sawan biasa.

Sebenarnya tidak semestinya.

Bila gula dalam darah naik terlalu tinggi, badan boleh jadi sangat kering. Darah juga jadi “pekat”. Keadaan ini boleh mengganggu otak dan menyebabkan pesakit nampak seperti kena sawan, strok, atau masalah saraf.

Maksudnya, bukan semua gerakan seperti sawan itu memang penyakit sawan.

Kadang-kadang puncanya ialah gula yang terlalu tinggi.

Lebih bahaya, ubat steroid yang kadang-kadang diberi untuk membantu boleh menyebabkan gula naik lebih teruk dalam pesakit yang memang sudah ada kencing manis.

Jadi apa yang kita belajar daripada kes ini?

Kalau orang tua yang ada kencing manis tiba-tiba jadi pelo, lemah, keliru, muka bergerak sendiri, atau tangan tersentak-sentak, jangan tunggu.

Jangan anggap itu perkara kecil. Jangan terus fikir itu hanya masalah saraf. Dan jangan sangka semua sawan itu sama.

Periksa gula cepat. Dapatkan rawatan segera. Kerana kadang-kadang yang nampak seperti penyakit otak, sebenarnya gula sedang “buat kacau” dalam badan.

Kencing manis bukan setakat buat gula naik.

Kalau teruk, ia juga boleh mengelirukan doktor, pesakit, dan keluarga kerana rupanya boleh menyerupai banyak penyakit lain.

Sebab itu bila badan mula bagi tanda pelik, cepat bertindak.

Hari ini saya nak kongsikan satu kisah yang sangat menyentuh hati.Seorang wanita 64 tahun, sebelum ini masih berdikari, ...
21/04/2026

Hari ini saya nak kongsikan satu kisah yang sangat menyentuh hati.

Seorang wanita 64 tahun, sebelum ini masih berdikari, tiba-tiba mengalami sakit kepala kuat, percakapan jadi pelo, dan badan menjadi lemah. Imbasan otak menunjukkan pendarahan otak. Keadaannya kemudian merosot dengan cepat, dan keluarga akhirnya hanya mampu memilih rawatan sokongan serta penjagaan yang selesa.

Inilah bahaya darah tinggi.

Ramai orang rasa darah tinggi tidak serius sebab kadang-kadang tiada simptom. Tidak pening, tidak sakit, tidak rasa apa-apa. Tetapi dalam diam, tekanan darah tinggi boleh melemahkan salur darah di otak. Bila salur darah pecah, ia boleh menyebabkan strok berdarah yang sangat berbahaya dan boleh membawa maut atau kecacatan kekal.

Di Malaysia, pendarahan otak menyumbang sebahagian daripada kes strok. Risiko ini boleh dikurangkan jika tekanan darah dikawal lebih awal. Sebab itu, jangan tunggu sampai ada simptom baru mahu bertindak.

Apa yang kita boleh buat?

Periksa tekanan darah secara berkala.
Makan ubat seperti diarahkan doktor.
Jangan berhenti ubat sendiri.
Kurangkan garam dan makanan proses.
Kawal gula, kolesterol, dan berat badan.
Berhenti merokok dan kekal aktif.

Kalau ada tanda seperti mulut senget, tangan atau kaki lemah sebelah, percakapan tiba-tiba pelo, atau sakit kepala yang sangat kuat, terus dapatkan rawatan segera.

Darah tinggi bukan perkara kecil.
Ia boleh merampas kesihatan, kebolehan, malah nyawa orang yang kita sayang.

Jaga tekanan darah hari ini, sebelum terlambat.




Seorang atuk berusia 90 tahun datang dengan keluhan yang sudah lama menghantui hidupnya — sakit dada dan berdebar-debar....
17/04/2026

Seorang atuk berusia 90 tahun datang dengan keluhan yang sudah lama menghantui hidupnya — sakit dada dan berdebar-debar.

Sudah banyak kali masuk hospital.
Sudah jumpa ramai doktor.
Ada yang kata gastrik, ada yang kata sakit jantung.
Ubat makin bertambah, tetapi sakit tetap datang.

Setiap kali sakit, beliau akan pegang dada dan rasa sangat takut.

Kami ambil masa untuk dengar cerita beliau dengan teliti, lakukan pemeriksaan dan scan termasuk CT.
Akhirnya, kami dapati punca sebenar kemungkinan besar adalah GERD.

GERD berlaku bila asid dari perut naik ke saluran makan.
Ia boleh menyebabkan sakit dada yang sangat menyerupai sakit jantung, sebab itu ramai pesakit keliru.

Keadaan ini sebenarnya sangat biasa.
Dianggarkan 1 daripada 5 orang dewasa boleh mengalami GERD tanpa sedar.

Selepas rawatan yang betul dan perubahan gaya hidup, keadaan beliau berubah dengan ketara.
Sakit dada berkurang, tiada lagi berdebar, dan beliau berjaya mengurangkan 5 hingga 6 jenis ubat.

Kini beliau lebih selesa dan tenang.

Perubahan gaya hidup yang penting untuk GERD:
Elakkan makan lewat malam
Jangan terus baring selepas makan
Kurangkan makanan pedas, berlemak, kopi dan coklat
Kawal berat badan
Tinggikan kepala semasa tidur

Pengajaran penting — tidak semua sakit dada adalah jantung.
Diagnosis yang tepat boleh mengelakkan rawatan yang tidak perlu dan mengembalikan kualiti hidup.

Jika anda ada simptom yang sama, jangan abaikan.
Dapatkan pemeriksaan yang betul.

Kadang-kadang, jawapannya bukan lebih banyak ubat, tetapi diagnosis yang tepat.

Perut makin besar… tetapi bukan mengandung.Seorang wanita berusia 36 tahun datang ke klinik kami dengan satu kerisauan y...
16/04/2026

Perut makin besar… tetapi bukan mengandung.

Seorang wanita berusia 36 tahun datang ke klinik kami dengan satu kerisauan yang semakin membesar hari demi hari. Perutnya semakin kembung dan besar, sampai orang sekeliling mula bertanya sama ada dia hamil. Tetapi hakikatnya, dia sendiri tidak pasti apa yang sedang berlaku dalam tubuhnya.

Dia tidak mengadu sakit yang teruk, cuma rasa berat dan tidak selesa. Pergerakan harian semakin sukar. Lebih menyentuh hati, beliau tidak mempunyai IC dan sangat takut untuk ke hospital kerana memikirkan kos rawatan.

Kami lakukan ultrasound, dan jawapannya sangat mengejutkan.
Apa yang disangka mungkin “perut buncit biasa”, sebenarnya adalah satu cyst ovari yang sangat besar, memenuhi hampir seluruh ruang abdomen.

Cyst ovari adalah ketumbuhan berisi cecair yang terbentuk pada ovari. Ia sebenarnya agak biasa berlaku dalam kalangan wanita, dan kebanyakannya kecil serta tidak berbahaya. Ramai wanita pernah mengalaminya tanpa sedar. Namun dalam sesetengah kes, cyst ini boleh membesar secara perlahan tanpa disedari sehingga mencapai saiz yang besar seperti ini.

Bila sudah terlalu besar, ia boleh menekan organ sekeliling, menyebabkan rasa kembung, cepat penat, dan dalam keadaan tertentu boleh pecah atau berpintal, yang boleh menjadi kecemasan.

Ramai yang bertanya, bolehkah kita sedut sahaja cecair tersebut untuk kecilkan saiznya?
Untuk kes seperti ini, jawapannya tidak. Prosedur itu berisiko tinggi menyebabkan kebocoran dalam abdomen, jangkitan, dan jika ada elemen kanser, ia boleh menyebabkan penyebaran.

Rawatan yang paling selamat adalah pembedahan di hospital oleh pakar.

Kami faham ketakutan pesakit ini. Kadang-kadang bukan tak mahu rawat, tetapi keadaan hidup membataskan pilihan. Namun kami juga perlu jujur, ini bukan keadaan yang boleh ditangguhkan. Kami telah bantu membuat rujukan ke hospital supaya beliau boleh mendapatkan rawatan yang selamat dan sepatutnya.

Kepada semua wanita, dengarlah tubuh anda.
Jika perut semakin membesar tanpa sebab yang jelas, jika rasa kembung itu berpanjangan, jangan anggap ia perkara biasa.

Kadang-kadang, di sebalik sesuatu yang nampak “biasa”, ada masalah yang lebih besar sedang berlaku dalam diam.

Address

Klinik Mediceal
Lahad Datu Town
91100

Opening Hours

Monday 08:00 - 22:00
Tuesday 08:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 22:00
Thursday 08:00 - 22:00
Friday 08:00 - 22:00
Saturday 08:00 - 22:00
Sunday 08:00 - 22:00

Telephone

+60137308809

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Healer Medical Services 专业上门医疗服务 Rawatan Profesional ke Rumah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Healer Medical Services 专业上门医疗服务 Rawatan Profesional ke Rumah:

Share