02/03/2026
Klinik Butiza menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dibuat secara “live” oleh akaun rasmi Uniklinik_Sandakan pada 24 Februari lalu yang mendakwa bahawa “Butiza tidak lama lagi akan hancur” serta pertukaran kakitangan berlaku kerana mereka tidak tahan bekerja di klinik ini.
Kenyataan tersebut adalah tidak benar, tidak berasas dan boleh menjejaskan reputasi serta keyakinan pesakit terhadap perkhidmatan kami.
Untuk makluman, semua urusan pengambilan dan pemberhentian pekerja dilaksanakan secara profesional serta mematuhi undang-undang dan garis panduan yang berkuat kuasa.
Kami mengambil maklum dan menerima permohonan maaf yang telah dibuat. Namun, kami berharap semua pihak lebih bertanggungjawab dalam menyampaikan kenyataan agar tidak menimbulkan salah faham atau kebimbangan dalam kalangan masyarakat.
Kepercayaan pesakit adalah amanah yang kami jaga dengan penuh integriti.
Pengurusan
Klinik Butiza