Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental Hospital Lahad Datu

Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental Hospital Lahad Datu Laman ini ditubuhkan sebagai medium untuk hebahan maklumat aktiviti promosi kesedaran mental serta i

15/06/2025

Pada pagi yang sunyi, dalam rumah yang pernah menyimpan tawa dan kasih sayang… darah mengalir.

Bukan kerana kemalangan, bukan juga rompakan. Tapi kerana tragedi dalam diam yang tiada siapa pernah sangka.

Rumah yang dulunya dipenuhi suara anak-anak pulang sekolah, dan riuh rendah suara seorang ibu kini menjadi saksi perpisahan yang sangat menyayat hati.

Mendiang Vernita, seorang guru sekolah yang penyayang, tekun, dan dihormati di Melaka, telah membesarkan tiga orang anak lelaki sendirian sejak pemergian suaminya pada Januari 2025.

Dia bukan sahaja tulang belakang keluarga, malah cahaya kepada anak-anak dan anak muridnya. Dialah pendidik, dialah penyokong, dialah ibu.

Di Facebook-nya, penuh dengan gambar anak-anak. Setiap kejayaan mereka, walau kecil, diraikan. Sempena Hari Ibu baru baru ini, Mendiang Boon Kai pernah buat video penghargaan buat Vernita

Dia menulis, “Ini hadiah yang paling menyentuh hati saya.” Kerana bagi seorang ibu, kasih sayang adalah segala-galanya. Dan anak-anak adalah seluruh hidupnya.

Tetapi pagi 12 Jun 2025… semuanya berakhir.

Vernita dan Boon Kai ditemukan maut.

Anak kedua mereka, dipercayai dalam tekanan dan kemarahan yang tidak tertanggung, telah mencederakan ibunya ketika sedang tidur.

Apabila Boon Kai masuk cuba menyelamatkan… dia turut menjadi mangsa. Anak bongsu mereka yang berumur 13 tahun juga dan kini sedang dirawat.

Kenapa ini terjadi?

Tiada siapa benar-benar tahu apa yang sedang bergolak dalam hati anak remaja itu.

Kini, anak bongsu Vernita bergelar yatim piatu.
Dan dunia kehilangan dua jiwa yang pernah memberi begitu banyak cinta seorang ibu, dan abang sulungnya yang penuh hormat dan kasih.

Takziah yang sedalam-dalamnya buat keluarga, sanak saudara, rakan sekerja serta anak-anak murid yang pernah disentuh oleh kasih seorang guru bernama Vernita Boon Chiew Yen 🖤

Kadang-kadang, kita terlalu fokus pada pencapaian sehingga lupa bertanya,

“Anak kita… sebenarnya sedang okey ke tidak?”

📞 Jika anda sedang bergelut, jangan tunggu sendirian. Talian HEAL 15555 sedia mendengar

08/12/2024

Dalam masyarakat, lelaki sering dibebani dengan tanggapan bahawa mereka perlu kelihatan kuat, tabah, dan tidak mudah goyah.

Namun, realitinya, keganasan di tempat kerja tidak mengenal jantina. Untuk seorang lelaki tampil bersuara mengenai pengalaman sebegini, ia memerlukan keberanian luar biasa.

Ia adalah tindakan yang memecahkan stigma, menentang persepsi, dan membawa harapan kepada mereka yang mungkin turut melalui pengalaman sama, tetapi terdiam dalam ketakutan.

Kepada Dr Aidid Nawawi, Kejadian ini pasti bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi. Tempat kerja, terutama hospital, sepatutnya menjadi ruang selamat—bukan medan tekanan atau kekerasan. Anda telah melalui sesuatu yang tidak sepatutnya dialami oleh sesiapa sahaja.

Luka fizikal mungkin sembuh dengan masa, tetapi luka di hati, kesan emosi dan mental akibat kekasaran, sering kali lebih pedih. Ia tidak kelihatan, namun beratnya terasa.

Tetapi ketahuilah, bersuara tentang apa yang berlaku adalah langkah paling berani dan kuat.
Anda tidak keseorangan.

Semoga kekuatan anda menjadi inspirasi kepada orang lain untuk bangkit melawan kekasaran di tempat kerja. Ingatlah, anda dihargai, anda penting, dan anda layak untuk dilindungi ❤️

semoga bermanfaat
30/11/2024

semoga bermanfaat

2085 likes, 16 comments. “Menghadapi kesedihan adalah bahagian yang dialami oleh kehidupan, dan penting untuk melakukannya dengan cara yang sihat agar tidak menjejaskan kesejahteraan mental dan emosi. Menurut teori Elisabeth Kübler-Ross, ada lima tahap kesedihan yang sering dialami seseorang iait...

seek help from psychiatrist
29/11/2024

seek help from psychiatrist

14.1K likes, 201 comments. “High Functioning Depression menggambarkan orang yang mungkin hidup dengan perasaan yang sama seperti orang yang mengalami Major Depressive Disorder (MDD) tetapi masih dapat menguruskan hal harian dan keperluan untuk memenuhi tanggungjawab mereka walaupun ianya sangat su...

mental health matter
04/10/2024

mental health matter

Rawatan kesihatan mental melibatkan lebih daripada apa yang kita nampak di permukaan seperti terapi dan ubat-ubatan. 🌱

Sebenarnya, ia merupakan usaha berterusan untuk membina keyakinan diri, menetapkan sempadan sihat, menjalani gaya hidup yang lebih seimbang, self-care, kesedaran diri, menyayangi diri sendiri, dan banyak lagi. 💙

Jangan lupa, kesihatan mental adalah perjalanan holistik yang memerlukan lebih daripada sekadar terapi dan ubat. 🤗

Jom bantu kami sebarkan mesej ini dan share deka kawan-kawan korang 🤝💖

04/10/2024
."Jika kamu pernah berpikir untuk menyerah, ingatlah mengapa kamu bertahan begitu lama." - Hayley Williams
15/09/2024

."Jika kamu pernah berpikir untuk menyerah, ingatlah mengapa kamu bertahan begitu lama." - Hayley Williams

Address

Lahad Datu Town

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental Hospital Lahad Datu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental Hospital Lahad Datu:

Share