Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial, Hospital Lahad Datu, Sabah

Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial, Hospital Lahad Datu, Sabah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial, Hospital Lahad Datu, Sabah, Medical and health, Lahad Datu.

14/4/2026 (Isnin)Audit Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial, Hospital Lahad Datu, ...
14/04/2026

14/4/2026 (Isnin)

Audit Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Di Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial, Hospital Lahad Datu, Sabah Di audit oleh Juruterapi Pergigian Juanita Gunong.

Manis- Manis AIDILFITRI..Pemberian IKHLAS dari Pesakit..Biar Senyuman Manistapi air kena kurang Manis.
01/04/2026

Manis- Manis AIDILFITRI..
Pemberian IKHLAS dari Pesakit..

Biar Senyuman Manis
tapi air kena kurang Manis.

21/03/2026

Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial, Hospital Lahad Datu, Sabah Mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN

Tahun Ini Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial, Hospital Lahad Datu, Sabah menganjurkan Pertandingan Bakat Raya 2026 Peri...
17/03/2026

Tahun Ini Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial, Hospital Lahad Datu, Sabah menganjurkan Pertandingan Bakat Raya 2026 Peringkat Jabatan.

Program ini bagi menghargai Bakat Dan creativity warga OMFS LDU, Selain itu, bersamaΒ² mengeratkan ukhwah Dan kebersamaan...
Paling Penting KESIHATAN MENTAL dapat ditingkatkan melalui menghias, melukis Dan mewarna.

Sehubungan itu Pihak Kami menjemput SEMUA follower OMFS LDU sudi memberi undian..

Proses Pengundian Berdasarkan Like dari Follower OMFS LDU.. Like terbanyak Akan Dinobat sebagai Pemenang..

fans

06/03/2026

π—¨π—§π—”π— π—”π—žπ—”π—‘ π—¬π—”π—‘π—š π—•π—˜π—₯𝗧𝗨𝗧𝗨𝗣! 🍩

Bila ke bazar Ramadan, mata memang rambang tengok kuih.
Cantik, berwarna, tersusun… semua nampak menyelerakan😍🀀
🚨Tapi ingat β€” bukan semua yang nampak menarik itu selamat dimakan.
Ada gerai nampak premium, peniaga bergaya, fesyen berkelas…
tapi kalau makanan terdedah, dipegang tanpa alat, atau persekitaran kurang bersih, kita sebenarnya sedang berisiko.
πŸ”Sebab itu, PERHATI dulu sebelum PILIH βœ…βœ…βœ…

π—§π—œπ—£ π—£π—œπ—Ÿπ—œπ—› π—žπ—¨π—œπ—› π——π—œ 𝗕𝗔𝗭𝗔π—₯:
πŸ”Ž Perhatikan gerai dan cara kuih dipamerkan
Pastikan makanan bertutup atau dilindungi, bukan terdedah kepada habuk dan lalat.
πŸ‘¨β€πŸ³ Perhatikan peniaga
Utamakan peniaga yang berpakaian bersih dan menjaga kebersihan.
πŸ₯’ Gunakan penyepit atau sarung tangan
Elakkan kuih yang diambil dengan tangan tanpa beralas - pilih gerai atau peniaga yang gunakan penyepit atau sarung tangan yang betul untuk mengendalikan makanan (kuih)
🧁 Pilih yang prepacked / bertutup
Kuih yang dibungkus atau bertutup biasanya lebih terjaga kebersihannya.
πŸ‘ƒ Amalkan konsep Lihat, Hidu & Rasa
Periksa dulu sebelum makan.
Kadang-kadang nampak remeh, tapi dari situlah datangnya banyak kes keracunan makanan.

πŸŒ™ π—₯𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗑 π—•π—¨π—Ÿπ—”π—‘ π—œπ—•π—”π——π—”π—› 𝗗𝗔𝗑 π—žπ—˜π—¦π—œπ—›π—”π—§π—”π—‘
Peniaga berniaga mencari rezeki yang berkat.
Jaga kebersihan makanan yang dijual, supaya mendapat keberkatan itu kekal dunia dan akhirat❕





Kredit: Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM

5/3/26 Selesai BUKBER MAXFAC LD 2026.MakanΒ² asbab kebersamaan tanpa mengira Agama, bangsa Dan status ...Majlis Sungkai b...
05/03/2026

5/3/26

Selesai BUKBER MAXFAC LD 2026.

MakanΒ² asbab kebersamaan tanpa mengira Agama, bangsa Dan status ...

Majlis Sungkai bersama warga Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial, Hospital Lahad Datu, Sabah Dan family

Tahniah Kakitangan KKM dari Daerah LAHAD DATU telah menghantar Sembilan(9) penyertaan bagi menyertai Konvensyen Kualiti ...
13/02/2026

Tahniah Kakitangan KKM dari Daerah LAHAD DATU telah menghantar Sembilan(9) penyertaan bagi menyertai Konvensyen Kualiti JKNS 2026.

Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial, Hospital Lahad Datu, Sabah
Hospital Lahad Datu
Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu ( KK Tungku, KK LAHAD DATU, PK Lahad Datu, MCH)

Konvensyen Kualiti JKNS 2026      Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial Wilayah Sabah telah menghantar tiga (3) Kumpulan U...
13/02/2026

Konvensyen Kualiti JKNS 2026

Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial Wilayah Sabah telah menghantar tiga (3) Kumpulan Untuk menyertai Pertandingan Inovasi Kategori Produk.

Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial Queen Elizabeth Hospital, Sabah dengan Dua (2) penyertaan iaitu;
1.Magnificent 6 ( NT Trismus) juga berjaya mendapat tempat Ketiga.
2. Absolute Best Creative(Stabilizer Surveyor Drill "SS Drill" for Dental Implants Surgical stent)

Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial, Hospital Lahad Datu, Sabah
1.Clamp Champs ( Modified Dingman Retractor)
fans
Bahagian Kesihatan Pergigian Sabah

KONVENSYEN KUALITI JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH" Perkasa Kualiti Pacu Prestasi"12-13 February 2026 bertempat Kompleks ...
13/02/2026

KONVENSYEN KUALITI JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH
" Perkasa Kualiti Pacu Prestasi"
12-13 February 2026 bertempat Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah. Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial, Hospital Lahad Datu, Sabah telah menghantar wakil Dalam pertandingan kategori Inovasi Produk bagi menimba pengalaman.

Kumplan: Clamp Champs ( Modified Dingman Retractor) diketuai oleh Dr Nur Farrah Aqeelah juga sebagai Pembentang.

Tahniah diucapkan kepada Pemenang Kategori Inovasi Produk

Johan: Innovasion Team ( Steady Additional Chin rest)

Naib Johan: inoGEN (Portable Dental Box)

Ketiga: Magnificen 6 ( NT Trismus)

Peluang ProdukΒ² Di ats mempunyai nilai komersial Yang baik jika diKomersialkan Di pasaran.. Kepada Kumpulan tidak brjaya tahun seterusnya Kita usaha LAGI. Tahniah juga Kepada pihak Penganjur kerana telah berjaya menganjurkan konvensyen ini dengan Jayanya

# "Untuk gambar Kumplan Naib Johan nnt Di update"
fans
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Kota Kinabalu, Sabah
Bahagian Kesihatan Pergigian Sabah

Jumaat 23/01/26Hari ini Hari manis-manis,Terima Kasih kepada PelangganΒ² Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial, Hospital La...
23/01/2026

Jumaat 23/01/26
Hari ini Hari manis-manis,
Terima Kasih kepada PelangganΒ² Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial, Hospital Lahad Datu, Sabah Yang sudi berkongsi rezeki Hari ini..

* Macam biasa kalau Ada Sebarang Aduan, Cadangan, Penghargaan DLL boleh terus ke link πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
http://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do

14/01/2026Hari ini StaffΒ² Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial, Hospital Lahad Datu, Sabah  menerima Bunga tanda pengharg...
14/01/2026

14/01/2026

Hari ini StaffΒ² Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial, Hospital Lahad Datu, Sabah menerima Bunga tanda penghargaan dari pesakit..

Sebarang Cadangan, Aduan ,Penghargaan dll boleh disalurkan ke link https://moh.spab.gov.my..

01 November 2025"Kempen Kesedaran Kanser Payudara 2025"anjuran Jabatan Pembedahan Am Hospital Lahad Datu. Jabatan Bedah ...
02/11/2025

01 November 2025

"Kempen Kesedaran Kanser Payudara 2025"
anjuran Jabatan Pembedahan Am Hospital Lahad Datu.

Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial, Hospital Lahad Datu, Sabah dan Unit Promosi Klinik Pergigian Lahad Datu dijemput untuk memeriahkan Sempena kempen ini. Pihak kami telah mengadakan pameran berkaitan Kanser Mulut untuk berkongsi kepada masyarakat Lahad Datu.

Pihak kami merakamkan Terimah Kasih dan Syabas atas penganjuran kempen ini yang banyak berkongsi maklumat dan pengalaman dari pesakit sendiri..

" Mencegah lebih baik dari merawat"

Address

Lahad Datu
91100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6089895111

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial, Hospital Lahad Datu, Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share