16/04/2026
Ramai yang tersilap anggap rasa pedih ulu hati itu hanya angin biasa. Hakikatnya ada perbezaan besar antara masalah Gastritis dan GERD dari segi punca dan cara rawatan.
Gastritis berlaku apabila dinding dalam perut mengalami radang atau luka. Manakala GERD p**a adalah keadaan di mana asid perut naik semula ke saluran kerongkong disebabkan injap perut yang tidak berfungsi dengan baik.
Memahami perbezaan ini penting supaya anda tidak salah mengambil ubat atau membiarkan simptom melarat sehingga menjejaskan aktiviti harian. Sila rujuk info grafik yang disediakan untuk melihat tanda-tanda khusus bagi setiap keadaan tersebut.
Jika anda mengalami simptom yang berlarutan atau semakin kerap mengganggu keselesaan anda boleh datang berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
π² WhatsApp kami untuk pertanyaan atau temujanji https://wa.me/01129666964
π Family Care Clinic Layong, Lahad Datu
Follow page kami untuk info & kesedaran kesihatan setiap hari