14/02/2021                                                                            
                                    
                                                                            
                                            THE POWER OF BEKAM
Bekam darah merupakan satu prosedur mengeluarkan sejumlah 'darah kotor' melalui permukaan kulit dengan tusukan atau sayatan dengan penggunaan cawan bekam bertekanan negatif.
Menurut teori Taibah, tekanan negatif yang dikenakan kepada permukaan kulit akan mengikuti hukum boyle's dimana semakin besar volume semakin rendah tekanan. 
Tekanan bergerak dari tekanan tinggi ke tekanan yang rendah maka ia akan mendatangkan kesan mendalam kepada saluran darah sehingga berlaku peningkatan filtrasi tembusan melalui dinding saluran darah membolehkan sel-sel darah rosak atau mati serta agen-agen punca penyakit atau dikenali sebagai causative pathological substance, CPS melaluinya dan berkumpul pada tisu-tisu di bawah kulit. 
Ketika tusukan jarum atau sayatan pisau dikenakan pada kulit yg telah dikenakan tekanan negatif 'darah kotor' atau CPS akan keluar dan disedut ke dalam cawan bekam. 
Teori Taibah juga menggunakan mekanisma pembersihan ini seperti organ ginjal yang menyingkirkan bahan kumuhan seperti urea, kreatinin, asid urik, bahan-bahan kimia dan sebagainya.
Bagaimanapun bekam menurut teori Taibah ini melakukan lebih daripada yang mampu dilakukan oleh ginjal kerana ia juga menyingkirkan sel-sel darah mati atau rosak, agen-agen punca penyakit seperti lebihan gula, lemak, kolesterol, asid urik, air, bakteria, inflammatory mediator dan sebagainya. 
Secara teori apabila keluar sejumlah unsur-unsur tersebut ia amat diyakini dapat membersihkan darah serta meningkatkan pengaliran darah yang kaya dengan oksigen, nutrien, antibodi dan zat-zat lain di dalam sistem saluran darah sekaligus menyumbang kepada peningkatan sistem pertahanan badan dan membantu proses penyembuhan penyakit atau kecederaan.
Banyak kaedah rawatan yang dipraktiskan secara tidak sedar telah mengurangi kesan maksimum teori Taibah dan hukum boyle's seperti yang telah diterangkan di atas. Sayang rasanya kerana elemen sedutan pertama, perlukaan dan sedutan kedua telah dilakukan cuma kesannya kurang maksimum.
Saya doakan kawan-kawan pengamal bekam berpeluang belajar mengenai teori ini dan tahu bagaimana memaksimumkan potensi mekanisma bekam dan boleh memberikan rawatan terbaik. Share ilmu ini dan semoga bermanfaat.
😊
*credit to Dr.Azrinaz