
18/05/2024
All Eyes On Rafah adalah satu tagline untuk menyeru masyarakat antarabangsa untuk kembali prihatin kepada isu yang berlaku di Rafah.
Pelbagai isu yang tidak penting seperti skandal rumah tangga, Gala Fesyen besar besaran menyebabkan isu kemanusiaan di tebing barat semakin dilupakan.
Rafah penting kerana ia adalah tempat yang menjadi tumpuan jutaan penduduk yang terkesan akibat konflik yang berlaku.
Ia telah dijanjikan sebagai zon yang selamat namun malangnya masih dibedil dan menyebabkan banyak nyawa terkorban.
Gesaan dan tekanan antarabangsa perlu diteruskan untuk memastikan gencatan dapat dilakukan secepat mungkin.
Jangan sesekali melupakan, jangan berhenti untuk bersuara dan berkongsi mengenainya🙏🏻